Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!
Bercerita pasal rambut, saya sebenarnya tidak pandai menggayakan rambut sendiri. kebiasaannya saya hanya menyikat rambut ke belakang dan itulah gayanya. tak pernah berubah.
Pada umur 12 tahun, saya pernah botak tanpa rela semasa emak dan ayah pergi menunaikan haji. itu terjadi apabila kakak sulung dengan penuh yakin menyatakan kemampuan beliau menggunting rambut kawan di asrama.
Hasilnya, dahsyat! macam esklator rambut saya dikerjakan, tak dapat dibetulkan terus. akhirnya dalam esak tangis kepala saya dicukur licin oleh arwah anjang Kiah. buat beberapa minggu saya keluar bermain dengan topi tersarung di kepala. malu berkepala botak.
Sekitar tahun 2000 ke 2001, gaya rambut belah tengah ala tomok menjadi ikutan para pelajar di sekolah menengah. ada senior yang sanggup membiarkan dua sikat di kiri dan kanan kepala semata-mata mahu mendapatkan gaya rambut sebegitu. actually, saya pun pernah buat gaya rambut yang sama. tapi ternyata rambut saya tidak berjaya kekal dengan gaya tersebut!
Sesekali di sekolah menengah, saya akan membotakkan kepala ala banduan. ini kerana rambut sudah mendapat saman dan amaran daripada guru disiplin. haha.. tahun 2006 adalah kali terakhir saya membotakkan kepala. alasannya, saya mahu gambar di dalam pasport berkepala botak.
Julai 2010 dengan rambut pacak.
Tahun ni, secara tidak sengaja lagi saya telah botak ala mawi. kisah ni berlaku semasa menggunting rambut di kampung bulan lepas.
Berada di kampung, jangan harap dapat simpan rambut panjang. hari-hari mak saya akan tegur rambut yang panjang nampak serabut dan tidak terurus. akhirnya, saya ambil keputusan mahu menukar gaya rambut kembali seperti tahun lepas. mohawk hairstyle.
Petang tu, dengan penuh semangat pergi ke rumah tukang gunting rambut. orang ni selalu dah gunting rambut saya. sangat berpuas hati sebab kita boleh minta apa je style yang kita nak.
"Nak potong macamana ni?" tanya tukang gunting.
"Potong rata guna mesin dulu, saiz empat. lepas ni saya bagitau lagi." penuh yakin saya menerangkan.
"Okey." jawab tukang gunting ringkas.
Zass.. mesin potong rambut membelah rambut saya dari belakang ke atas kepala. terasa banyak plak rambut yang gugur. saya pandang cermin di tangan.
"eh? pendeknya???" saya bersuara.
"laa.. tadi kata nombor empat. nombor empat lah ni." jelas tukang gunting rambut.
Adeh.. hancur harapan nak bergaya dengan rambut ala david villa. saya tak tau plak yang saiz empat tu dah pendek habis! itu lah.. confident sangat nak saiz empat. hambik.. memang pendek terus! redha je lah. sebab tu tiba-tiba rambut saya jadi ala mawi.
Pada umur 12 tahun, saya pernah botak tanpa rela semasa emak dan ayah pergi menunaikan haji. itu terjadi apabila kakak sulung dengan penuh yakin menyatakan kemampuan beliau menggunting rambut kawan di asrama.
Hasilnya, dahsyat! macam esklator rambut saya dikerjakan, tak dapat dibetulkan terus. akhirnya dalam esak tangis kepala saya dicukur licin oleh arwah anjang Kiah. buat beberapa minggu saya keluar bermain dengan topi tersarung di kepala. malu berkepala botak.
Gambar zaman muda mudi form 1. saya yang berbaju kuning tak nampak muka. dua kawan saya bergaya dengan rambut 'belah tomok'.
Sekitar tahun 2000 ke 2001, gaya rambut belah tengah ala tomok menjadi ikutan para pelajar di sekolah menengah. ada senior yang sanggup membiarkan dua sikat di kiri dan kanan kepala semata-mata mahu mendapatkan gaya rambut sebegitu. actually, saya pun pernah buat gaya rambut yang sama. tapi ternyata rambut saya tidak berjaya kekal dengan gaya tersebut!
Sesekali di sekolah menengah, saya akan membotakkan kepala ala banduan. ini kerana rambut sudah mendapat saman dan amaran daripada guru disiplin. haha.. tahun 2006 adalah kali terakhir saya membotakkan kepala. alasannya, saya mahu gambar di dalam pasport berkepala botak.
Tahun lepas, saya mengubah gaya rambut. mencuba potongan rambut yang tidak pernah saya buat. namun, hanya bertahan lebih kurang dua bulan. sebenarnya saya sendiri suka, tapi agak leceh nak bagi berdiri, lalu gaya rambut saya kembali normal.
Julai 2010 dengan rambut pacak.
Berada di kampung, jangan harap dapat simpan rambut panjang. hari-hari mak saya akan tegur rambut yang panjang nampak serabut dan tidak terurus. akhirnya, saya ambil keputusan mahu menukar gaya rambut kembali seperti tahun lepas. mohawk hairstyle.
Petang tu, dengan penuh semangat pergi ke rumah tukang gunting rambut. orang ni selalu dah gunting rambut saya. sangat berpuas hati sebab kita boleh minta apa je style yang kita nak.
"Nak potong macamana ni?" tanya tukang gunting.
"Potong rata guna mesin dulu, saiz empat. lepas ni saya bagitau lagi." penuh yakin saya menerangkan.
"Okey." jawab tukang gunting ringkas.
Zass.. mesin potong rambut membelah rambut saya dari belakang ke atas kepala. terasa banyak plak rambut yang gugur. saya pandang cermin di tangan.
"eh? pendeknya???" saya bersuara.
"laa.. tadi kata nombor empat. nombor empat lah ni." jelas tukang gunting rambut.
Adeh.. hancur harapan nak bergaya dengan rambut ala david villa. saya tak tau plak yang saiz empat tu dah pendek habis! itu lah.. confident sangat nak saiz empat. hambik.. memang pendek terus! redha je lah. sebab tu tiba-tiba rambut saya jadi ala mawi.
Kembali dengan rambut ala mawi. ke memang dah macam mawi? lalala~
Walaupun begitu, setiap yang berlaku ada hikmahnya. sebab rambut saya botak jugak lah perompak hari tu tak dapat nak tarik rambut saya. kalau rambut panjang, habis lah kena tarik dengan senang.
Nota kaki :
alhamdulillah.. semua luka disebabkan perompak hari tu dah sembuh sepenuhnya. tinggal parut je jadi kenangan untuk diceritakan kepada cucu-cicit. dapat la bagitau, atok diorang pernah jadi hero berlawan dengan perompak. hahaha..

61 comments:
hehehe.. mcm2 la hang ni.. sabor je lah
hahahaha.kembar mawi dekat egypt.sabo je lah.mintak nombor 4 bt pe.len kali ce mintok beso sikit nombornye.HAHA.baru botak chin!:P
hai atok comel. nenek hensem datang melawat ~ HAHAHA.
rambut di header tu waktu bila lak? rambut pacak ok kot. yang zaman tomok tu memang jadi ikutan budak sekolah la waktu sekolah menengah.=.=" try la vit e.
Assalam asada..:)
waa,potong rambut pn ade saiz empat,saiz tiga ehh????hek2..
baru tau, aisya pernh potg rambt adk yg laki, skali tersopak nasib baik adik tak marh,juz merajuk je....haha
fuhhh...tred rambut mawi kembali
@khairunnisa :
rambut kat header tu sebelum gunting jadi pacak. july 2010 gak. hee..
@nur aisya humaira :
waalaikumussalam ;)
memang ada size untuk panjang rambut klu potong guna mesin. cuma tak tau lak size empat tu sungguh pendek!
yang macam tu lah jadi kat asada dulu. kakak yang confiden boleh gunting tapi hampeh. tu nasib baik tersopak je, kalau dengan kulit kepala hilang??
@asada
haha..lepas buat memg nk gelak, tapi tahan je laa..
nak belajar potong rambt bdk laki tpi tk de org da sanggup jdi bhn eksperimen...:(
er. suruh "jodoh-yang-belum-sampai-seru" ya lah ~ hahaha
lebih kurang cm mawi la...
kekeke
baru aku teringat, dulu senior zaman skul aku pun sebuk nak tiru rambut cm tomok tu
err..cbe rihanna pnye lak nnt
rambut tomok! dah lame tak tengok stail macam tu. keh3..
eh, siapa mamat ensem gambar 2nd last. kirim salam kat dia ye. kui3(gelak sopan.)
hensem juga. haha. lepas ni asada try la rambut panjang paras bahu ala2 akhil hayy pulak
ko taknak wat rambut cam sagna ke..
lelaki berambut panjang.
aku suka
hak3...nasib bukan 6..botak licin kot...hehe...
encik asada, cube awk botakkan plak rambut tu..org cakap lelaki botak itu seksi..hehe~
waa..sebiji mawi la...cetry cetry nyanyi..hehehe
oooo.. rupenye bukan sengaja lah ptong pendek ea? ahahaha~ ;DD
hahah...rambut belah tengah memang jadi ikutan waktu dulu...pastu rambut cacak2...
rambut pendek itu lagi kemas dan menawan~ tak mau lah rambut panjang-panjang. :)
rmbut ala tomok tu kelakar je dulu femes gilerr..hehe for me la kalo nk tgk kekemasan rmbut lelaki, mana2 style pun ok asalkan reti nk cuci & bg kemas rmbut tu, jgn ada kutu sudah hehe lg elok kalo tutup ngn kopiah/songkok..auchhh macho!tp susah dh nk jmpa :P
Tu diiiiaaaa.. rambut tomok. haha.. XD sah2 anda minat tomot kan kan kan?:P
Eh,perasan la muka dia macam mawi konon.. muka anda tetap macam kaer AF2. XD
xsesuai lah rambut ala mawi.. hehehe.. ramai ala tomok tu mmg kelakar... (",)
kaer versi mawi..haha!!
sila jgn perasan lebih ok..
tp muka ko mmg sama ngn kaer..
memang lain benar rupa kau tanpa rambut =P
hehe...rambut pacak lg sesuai kot... (~___^)
erk...tataw cerita kena rompak...lame da x dtng...
waa..
pasni leh r cari muka cam ekin plak:)
tak kisah le asada..yang penting maintain selesa dan kacak (eh dapat duit raya ke cakap ko kacak ni ) haha
p/s: avoid hair style macam kat banner blog tu!
haha lawak la hang ni nak simpan parut bukti nak cerita kat cucu cicit... eh la...
botak pon ensem ape Asada..ok lah tu(gaya2 siti saida)..hihihi..puji2 ni dapat pape tak?
ha ha ha....boloq
x cam mawi pun..cam asada jakla..=DD
asada, lepas ni smpan rmbut wat rmbut pacak lagi..hihi
jaga diri kat sana :)
adoi. lawak gila.
niat hati nak asada dtg dlu. tp ta kesampaian.
encik asada!!!!!:) apa khabar? amboi, rambut ala mawi lah pulak.pdhl rambut edisi julai 2010 dah cukup tampan apa;)
Adakah menggunting rambut di luar negara sangat mahal kosnya kerana rata-rata pelajar lelaki Malaysia yang berada di luar negara sukaaaaaaa sangat berambut panjang?
hhahahahaahah !!
kesian ! org kata jgn over konfiden kan..hihih
haha..okey da tuu. mawiiisada...mau sainnnn.
;)
abang maaaawiiiii asada heheheh ;-)
huhu.. hensom ape?? tak payah sikat.. lagi senang ;)
bila rambut pendek ala2 mawi nampak lebih matang..xgitu??
cair tgk gmbr gmbr asada..hahhahahaa.....
waa.. p mmg ada iras2 ckit laa. :)
tak apa
hang botak pun tetap hensem juga
okay lah tu
hahahah...cam2 gak yer laki ni nak potong rambut..igt pompuan je....tapi lagi nice kalo kamooo rmbut pacak...juz my opinion k...btw..nice entri~
perompak?
omg.
dah terlepas la post yg tu.
nak kene check balek ni.
hehehe.
okay..lelaki pon mementingkan gaya rambut juga..tapi apa yang penting kesihatan rambut tu lagi penting.xmau kutu-kutu ni..ok.hehe
ok.lelaki pon jaga juga ye gaya rambut segala.hoho..tapi ppe pon apa yang penting penjagaan kebersihan rambut tu pon lagi penting.takmau kutu-kutu ni..eiyaks..kalau rambut terpacak de kutu pon xmacho jugak.hehe
wah. rambut pacak2 hensem lagik. hihi.
kene rompak? siannye.
syafakallah~
haha bab tomok tu tak bla bro. mmg habes semua budak buat haha
saya pun nak raya puasa dulu pernah tergunting guna saiz no. 4 tu .. tak apalah. nak buat macam mana. lagipun rambut kat panjang balik.
saya miss entri awak tentang berlawan dengan perompak itu.
lge nice u rmbot pacak lah!!haha ..
smart pe kemas je..tp nampak ala2 behave sket rmbut ala2 mawi ne...hehehe..
tp kan kalo rmabut yg pacak2 tu confirm siap lambat...:P
hahahahaha
nasib aku xpernah buat rambut kuali macam tomok masa aku sekolah dlu
nasib2
hahahahaha
lagi senang rambut mcm mawi, kemas dan bersih
adoyai..lawak sungguh tuan hambe...ngaaa~~
perubahan zaman. eh dh mmg mawi la. ingat blog mawi td. haha. bole?
sekarang dah tak rambut mawi kan =D
Post a Comment