Saturday, January 01, 2011

Mula Bersama Cabaran Baru

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. kali ini sebarkan senyuman tahun baru kepada anda. semoga tahun baru ni semangat pun recharge. hehe..

1 Januari 2011, saya tetap bersendirian di rumah seperti 1 Januari 2010. dua orang housemate sudah lari meninggalkan saya sejak pertengahan Disember 2010. hahaha.. maka tinggallah saya seorang diri dengan dua lagi bilik kosong tanpa penghuni. dua bilik itu dikhaskan untuk pelajar yang datang dari luar cairo masa cuti nanti.

Exam is just around the corner kata omputih. kurang dua minggu saya ada exam besar. berbekal keazaman dan semangat tahun baru, sangat berharap saya mampu menempuhnya dengan cemerlang. semoga dipermudahkan untuk menempa kecemerlangan gemilang..

Tahun 2011 sepertinya memaksa saya untuk lebih berjimat cermat dan mengurangkan enjoy berlebihan. saya sudah mengurangkan enjoy ketika bersama 2010, namun kali ini cabaran yang menunggu seakan-akan mahu saya menghapuskannya terus. semoga lebih banyak kebaikan menanti apabila saya hadapi perjalanan 2011 dengan penuh tabah.

gambar tak bermaksud. saje-saje nak letak.

Selalu memberi semangat kepada diri sendiri.. hadapi cabaran dengan penuh tabah dan senyuman. ikhlaskan hati baru kita rasa nikmat atau feel enjoy buat sesuatu. ayah saya pun selalu sebut pasal ikhlas ni. jangan mengharapkan upah semata-mata.

Permulaan baru pastinya bersama cabaran yang baru. sedia atau tidak? bolos saja dinding itu!


Nota Kaki :
Banyak benda yang dirancang untuk 2011. antaranya nak join gathering blogger kat Malaysia. hehehe.. bila la agaknya ea. lagi satu, nak cari calon menantu untuk mak. (^^,)

35 comments:

TunTeja said...

Waalaikumussalam :)

Ahaa..senyum2 tahun baru.recharge semangat macam charge b3 hp la ea~

takpelah..duduk bilik sorang2 takdelah kena sindir kalau nak senyum sorang2 depan cermin kan?HAHA

Gd luck for your exam! Buat sehabis baik!! *macam motto pengakap plak*

Alhamdulillah.jimat2 lah asada eh.nanti balik mesia boleh belanje saya :P *b strong asada!!*

Ikhlas itu ibarat semut hitam di atas batu yang hitam di dalam gua. ianya sukar untuk dikenalpasti :)

hahaha.confirm tengok show bolos!

Nota kaki : ayat yang kena pangkah tu sebenanye bukan setakat 2011 je. rasenye dah nampak dari 2010 lagi.lalala~

**panjang berjela komen tahun baru!
setiap perenggan tu saye komen.hahaha~jgn mara ye.nnt kene jual :p

BUDAK TINGGI said...

semoga tahun 2011 nie membawa kebaikkan pada kmu...
gud luck 4 ur exam k..=)
salam perkenalan dr blogger malaysia..heheheh

Farihah Ahmad said...

HAHA. ayat last mang terbaekk!!

faINa989 said...

asada, azam baru 2011 nk cari calon menantu ea??

semoga berjaya..=)

hehehehehehehehe

haha...

Cik Kumbang said...

gud luck !! (^^,)
epy new year....

Anisa said...

all the best ya
(:

selamat tahun baru..

Rina Rossoneri said...

good luck untuk 2011 kamu

khairul_bariyyah said...

haha.. asal balik mesia je,nak cari menantu kat mak.. bile nak jumpe pon x taw la kan.. :D

Anis izyan Abd Rahman said...

selamat tahun baru !!
may Allah bless us all..
semoge berjaye~

Sophie Al-Yahya said...

tulaaaa. aku pun rase mcm nak join gathering blogger.

anyway asada..good luck eh..
aku tahu kau hebat.

Syafiqah Sabki said...

pheeewit abang macho uuh..muahaha samelah de exam lg 2 weeks..gudluck..

NBLH said...

yaaa! marilah kita kurangkan enjoy dan saving supaya lebih sejahtera. ;p

Mahirararara said...

part carik calon menantu utk emak , terbaekk ! haha

btw , have blast on 2011 !

Wahida Nasution Thakhrim said...

Waalaikumussalam (^^)

selamat tahun baru 2011.. good luck dan all the best..

p/s : nice view la pic tu..

feeza_rashid said...

exam next wik!!! :(
terribly stres. nway gud luck!

'Athifah Markzzaki said...

brader, nak sewa satu bilik kosong tu boleh?? hahaha..

selamat tahun baru... ;)

Aida Azryn said...

Gudluck kaer... eh silap... asada... XD

nUmara... said...

good luck on ur endeavour! :)

1 said...

cari menantu untuk mak??? huhu..

Cikgu Armiza said...

..Gud Luck utk exam yea asada..!!

Bagus2..sila jimat cermat...

nanti pokai, camna nak pegi gthering blogger...???

ehehe...^__^

Anonymous said...

asada : gathering bloggers kt malaysia?? nice idea!!!! sokong!!! hehe

Unknown said...

xjumpa2 lg ke mmntu utk mak bro?angkut minah arab jelah.cun melecun ohh..hheh;p

hazeleyed lady said...

Ass-salam anakanda

...suka dengan azam yang last tu...bahagiakan ibunya.

Wishing you a wonderful year ahead.
Good Luck in your study@ coming exam.
may all your wishes in life come true.

Keep sons in your heart.

CIK TOM said...

hehehe...jom2 buat gathering blogger besar2an..mesti best ek...meh cik tom promote asada kat n3 cr calon isteri..huhu

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

nanti blik malaysia turun lah semenanjungg. boleh join gathering blogger d sni, mna tahu fifiey pun ada di mesia waktu tu! cewahh. haha..

btw, selamat maju jaya buat mr.asada di tahun baru an moga hidup lebih bermakna pada tahun ini dengan azam dan tekad.! insyallah!

MakNana said...

happy new year!!
Wish u all da best...;)

shahazrin said...

boleh2... nanti ajak sekali nak join.

sugar2 kapas strawberry said...

semoga dapat memenuhi azam2 itu..kekekek

cik ciput said...

salam perkenalan tua tanah ;)

hepi new year..semoga bermulanya tahun baru ni, kita semua akan sentiasa bersemangat dalam menjalani hidup!

*hidup baik-baik =)

MASZ said...

happy new year :-)

- Cik Norazlina [@tau] Nora - said...

salam...
selamat tahun baru.
good luck untuk exam ye ASaDa...

M a W a D D a H said...

hadoii..xjumpa lagi ker calon menantu mak...kesian die...:p

nak gathering, jgn lupa ajak adah..hehe..:)

M a W a D D a H said...

oh ya..selamat tahun baru ya asada...:)

Dekna said...

hepi new year mr asada!!

[z@ck] said...

aku ni yg duduk kat Malaysia dah sampai skang still tak berkesempatan nak join gathering blogger.duduk nun jauh di utara.selalu org bt gathering kat KL.sobsss