Thursday, December 02, 2010

Alasan Demi Alasan

Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua. semoga sentiasa ceria selalu, senyum-senyum selalu. senyuman anda mungkin boleh membuat hati seseorang berbunga hari ni. siapa tahu? hehe..

Dengan penuh senyuman menaip entry ini, alhamdulillah sudah sembuh daripada dugaan yang maha Esa. masih menahan pedih ulser di dalam mulut sejak dua hari lepas. walaupun begitu, pedih begini tidak mampu menandingi penyakit 'hidung sumbat' lebih seminggu hari tu.

Sungguh dahsyat bila dinamakan dengan penyakit 'hidung sumbat'. sebenarnya ia disebabkan oleh mokus berlebihan di dalam hidung. dalam bahasa mudah : selsema. apa yang pasti, apabila menghidap selsema, masa tidur akan bertambah selepas makan ubat! sila percaya..

Selepas bizi dengan kambing, saya kemudian menyibukkan diri dengan lawatan pengarah Yayasan Sarawak ke Mesir, seterusnya dijangkiti selsema dan sangat tidak sihat. seolah-olah selsema turut mematikan semangat berblog. err.. adakah ini boleh menjadi alasan saya tidak menjenguk blog orang lain dan blog ini terabai? heee.. *sambil kebil-kebilkan mata*

Gambar bersama Pengarah Yayasan Sarawak dan rombongan di Asrama Kenyalang sebelum mereka bertolak balik ke Malaysia. siapa nak cari bakal suami? nak saya rekemenkan? jejaka berdiri dua dari kiri masih belum berpunya. hehe..

Nota Kaki :
tadi menjenguk 'dinding facebook' seorang sahabat.. statusnya menarik perhatian saya.. "malam itu panjang, jangan dipendekkan dengan tidur. siang itu cerah, jangan digelapkan dengan dosa." mungkin anda yang membaca dapat menghurai kata nasihat ini dengan lebih baik. senyum selalu.. ceria selalu.. :)

hehe.. entry pemanasan kedua daripada saya membersih sawang di dalam blog. dalam usaha mengedit gambar aidiladha untuk dijadikan koleksi. =P

34 comments:

Unknown said...

takpe2..cari mood dulu..hehehe,
amboi..asada nak jadi org tengah menjodohkan org ye..hheheeh..

faINa989 said...

cepat2 sapu blog ni..hachooo..bersawang penuhhhh..=p

al-lavendari said...

salam.

saya merujuk nota kaki.

saya sangat suka dengan kata sahabat awak kat fb dia tu .. cukup cantik. dalam maknanya walupun pendek.

agak-agaknya dia marah tak kalau saya pinjam. nak bagi kredit kat dia pun tak kenal.

M a W a D D a H said...

ehemmm..baru nampak!!!

yeayy..asada buat alasan..haha


memang menarik perhatian status tue..

kim salam pakwe single dan hensem kat situ kecuali asada..haha

Anonymous said...

pemilik dinding facebook itu pun cantik seperti kata2 nya~


wawawawawawa~

Anonymous said...

;D

Mr. Asada said...

@echah mashuri :
menjadi orang tengah untuk cari pasangan dan mencari pasangan untuk diri sendiri :D

cmna? ok? heeee..

Mr. Asada said...

@f_aRa_aINa989 :
hehe.. masih berusaha menyapu ni. ade tak yang nak tolong vakumkan ea? :P

Mr. Asada said...

@al-lavendari :
saya rasa beliau tidak marah kalau kata-kata ini dipinjam. sebab saya pun tak beritahu beliau nak letak ayat itu di sini. hehe..

PuanPepel said...

eh,...ada lagi habuk2 tu... cepat2..vakum dlu..

Mr. Asada said...

@MaWaDDaH :
selama ni tak nampak ea adah? :P

masalahnya takde yang hensem selain asada kat dalam gambar tu. hahaha..

Mr. Asada said...

@maCy :
ye ke pemiliknya cantik?? seakan masih diragui je..

lalala~

Mr. Asada said...

@mier@merr :
awak tolong vakum kan.. plzzz..

heee ;P

al-lavendari said...

ok. terima kasih.

M a W a D D a H said...

laaa...kata2 dari macy rupenya...hahahaha...

cantik tu asada...cepat2 ngorat..:)

ada la yg hensem..asada je sorng perasan...hahaha

Hanis Azla said...

suka dgn kata2 kat nota kaki tu.. sgt memberi kesedaran.. Thanks yer..

♥cikmOt♥ said...

lama tak nampak asada...

pzy.krol said...

"malam itu panjang, jangan dipendekkan dengan tidur. siang itu cerah, jangan digelapkan dengan dosa"

Terbaek bro!!

Aida Azryn said...

byknye sawang kat sini.. hihi..XD

hans said...

hahaha
sempat lagi promote diri sendiri tu
ekekekek
wah,kesian kawan aku nih
tu lah
kesihatan tu kena jaga selalu
haih
macam2 hal sekarnag nih

P/S : Baru Cadang Nak Jadikan Wayang Tu Macam Rumah Sendiri Tadi

eiela said...

selamat membersihkan sawang-mawang dan gud luck study.

Latest Entri :
Ya Allah Masaku Dah Tiba

Mr. Asada said...

@MaWaDDaH :
manade perasan sorang??? adah pun perasan kan? lalala~

Mr. Asada said...

@Hanis Azla :
hee.. sama-sama.. tQ sudi menjenguk ke sini gak.


@ciK mOt :
hehee.. sekarang dah boleh nampak kot. :P


@chairooL ruLez :
terbaek.. lagi terbaek kalau kita leh amalkan. hee ;)

Mr. Asada said...

@AiDa AzRyN :
hoo.. perli ea. takpe.. takpe.. nanti asada hupdate hari-hari. err.. itu pun kalau mampu :P

Mr. Asada said...

@hans :
promotekan diri sebelum anda menjadi bujang terlajak. :P
tu la.. aku selalu dah jaga kesihatan, cuma sakit je yang baik sangat ngan aku sekarang ni.


@eiela :
hee.. selamat. selamat. tak nak tolong sekali menyapu sawang? ;P

'Athifah Markzzaki said...

akhirnya terupdate jua~ heh.. ;)

♥ 미스 kiera ♥ said...

rajin2 update yea!
senyum sokmo okes!



btw..
visit n do folo me yeah?

http://owlkieranaa.blogspot.com/

tq~

AngahSayang2314 said...

singgah sini 4llow

A-N said...

AS9

semoga sihat sentiasa di bumi orang tu.
semoga cepat sembuh dari segala penyakit. syafakallah akh!

memorable trip

CIK TOM said...

lamanya br terupdate..hehe..suka la status kawan asada tue..mendalam sgt...

asada..cik tom xmau yg 2 dr kiri berdiri tue..ade xyg lain solo??rekemen la..hahaha ;P

p/s; seminggu cik tom tak online..skang sesi balas jejak entry+komen :)

hans said...

aku xpromote diri
cam na nih?

P/S : Apa Yang Terangkat Bila Ada Kakak/Abang/Adik Angkat!

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

salam ziarah di sni, berkunjung lagi nak tengok berita tentang anda!

wah, semoga terus sihat!!

Cikbelog said...

Jangan biarkan hidup diselubungi dengan ulser..hee

Tolong asada bersihkan sawang2,debu2 yang melekat kat blog nih.hee

adie said...

sungguh mendalam sekali status dinding itu.