Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!
Saya agak pelik sekejap tadi, kenapa sudah pukul 5 pagi orang belum azan subuh? ingatkan orang kat masjid lupa nak azan. rupa-rupanya jam di komputer saya telah bertukar secara automatik mengikut Daylight Saving Time (DST).
Saya kurang arif berkenaan DST ni. apa yang saya faham, oleh kerana siang menjadi panjang semasa spring dan summer, jadi azan subuh pun awal. bila jam dianjakkan sejam lebih awal mengikut DST, takde lah nampak awal sangat subuh tu.. [apa punya penjelasan ni? hahaha..]
Yang sebenarnya, ini bagi meng-awalkan waktu bekerja semasa spring dan summer. siang dah start awal, takkan lah masa kerja tak ikut waktu siang. macam tu lah.. kalau masih kurang mengerti, mari kita sama-sama tengok apa kata pakcik Google kat sini - [Daylight Saving Time]
Namun, bermula tahun 2011, Egypt telah memansuhkan DST. maksudnya, tiada lagi anjakan jam. beza waktu Egypt dan Malaysia akan kekal 6 jam sepanjang tahun. [sumber : www.timeanddate.com] sekarang tok bilal dah azan subuh pukul 3.57 pagi. baru masuk spring.. summer nanti entah pukul berapa la agaknya azan subuh.
Bila masuk Spring ni, muncul lah niat mahu menjelajah Al-Azhar Park seperti tahun lepas. berposing tak hengat di taman bunga. hehe.. tapi bunga tak muncul lagi rasanya, sebab pokok kat depan rumah saya belum keluar daun pun!
Apa kaitan dengan pokok tu pulak?
Sebenarnya pokok kat depan rumah saya ni mengikut musim di Egypt. so, kita boleh lihat perubahan empat musim dengan perubahan pokok 'YangSayaPun-TakTahu-ApaNamanya' itu. jom lihat perubahan pokok ajaib ni.
Masa Winter, awal Februari. daun pokok ni tak habis luruh lagi. maafkan saya, puas cari gambar yang takde muka model, tapi tak jumpa. hahaha..
Ni dia masa Spring.. siyes lawa! ada satu peringkat pokok ni merimbun kaler merah saja. time tu boleh tengok ramai model yang berposing. hihi..Apa pun, tunggu saja keluaran gambar taman bunga tahun ni. ingat nak pergi ke park lain jugak selain Al-Azhar Park. tapi pada pengetahuan saya, Al-Azhar Park lah yang paling lawa dan paling dekat nak pegi. (^^,)






