Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahh!
Sedar tak sedar, rupanya hampir dua tahun tak menjenguk blog ni. bila tengok blog rakan blogger sebaya yang selalu sama-sama blogwalking dulu, ramai dah slowdown menulis. tapi ada jugak yang maintain kencang macam abang hans. bila tengok entry-entry dalam blog ni, rasa dalam hati tu semangat nak mula menulis, bercerita balik. tapi biasanya seminggu lepas tu, senyap sunyi lah pulak. maafkanlah hamba atas kelemahan ini. kekangan masa, kesibukan kerja memang punca utama. haha..
Okay lah.. saya mulakan cerita hari ini dengan aktiviti yang dah sekian lama saya tinggalkan. kalau dulu, aktiviti mendaki gunung ni memang saya cukup suka. tapi takde lah banyak gunung dan bukit yang saya dah tawan. seingat saya, yang dah berjaya saya naik ke puncak, Gunung Santubong dan Gunung Serapi di Sarawak. paling mencabar pernah dibuat Gunung Sinai di Mesir. mencabar bagi saya sebab berjalan dalam gelap dan suhu yang sejuk sampai tahap kebas tangan. mula bergerak naik ke Gunung Sinai pukul 12 tengahmalam, kita sampai ke puncak lebih kurang pukul 4 ke 5 pagi sebelum subuh. boleh tengok matahari terbit. Subhanallah.. cantiknya ciptaan Allah.
Pemandangan atas Gunung Sinai
Bila dah lebih tujuh tahun tak hiking dan takde aktiviti sukan yang konsisten, ditambah usia yang semakin meningkat, saya dapat rasa, risiko untuk dapat penyakit seperti masalah jantung dan lain-lain penyakit tu sangat tinggi. betul-betul ni! sekarang menulis dalam mode sedar diri, harap jangan hilang lagi keinginan untuk hidup sihat ni. haha..
Untuk permulaan, awal Ogos hari tu pergi ikut rombongan kursus naik Bukit Semarak di Sungai Petani. biasa orang panggil Bukit H. tak tinggi sangat, kira okay la untuk permulaan bina stamina yang dah sekian lama 'semput memanjang' bila bersukan. lapangan kerja sekarang mungkin akan menjadikan saya lebih kerap bersukan dan buat aktiviti yang sihat. semoga terus istiqamah. amiin..
Atas puncak Bukit H atau Bukit Semarak Sungai Petani, Kedah
Petang ni akan cuba naik Bukit Batu Putih, Melaka. kalau ikut peta, memang di Melaka. tapi dekat je dengan Pantai Teluk Kemang, Port Dickson. ada gambar, ada cerita, nanti saya kongsi. doakan semangat hiking ini berterusan, mana la tau, suatu hari nanti sampai ke puncak Kinabalu. hehe..
akhir kata.. selamat kembali menulis. (^^,)