Tuesday, August 26, 2014

Kisah Tragik : Usop Naik Bas

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman.


Ada kisah tragik yang saya nak kongsikan kali ini. buat memanas blog yang semakin menyepi sejak akhir-akhir ini. kisah yang diceritakan oleh kawan saya ini sangat menyentuh hati.

Usop seorang kanak-kanak yang taat, baik suruhan ibu bapanya, baik suruhan neneknya, Usop tak pernah ingkar. Suatu ketika, Usop dihantar oleh neneknya ke stesen bas Hentian Putra untuk pulang ke Kelantan bertemu ibu bapanya.


Setelah bas bergerak tidak jauh dari Hentian Putra, Usop yang duduk di kerusi belakang bangun dan menghampiri pemandu bas. 

"Abang, nanti kalau sampai Kuala Krai, bagitau ye." Pinta Usop. 

"Okay dik," jawab pemandu bas. 

Selang beberapa minit, Usop menghampiri pemandu bas lagi. 

"Abang, dah sampai Kuala Krai ke?" tanya Usop. 

"Belum dik. takpe, duduk dulu. nanti dah sampai, abang bagitau." balas pemandu bas. 

Usop kembali ke tempat duduknya semula. belum pun lama duduk, Usop berdiri lalu menuju ke arah pemandu bas lagi. 

"Abang, dah sampai belum?" tanya Usop. 

"Tak lagi dik." jawab pemandu bas. 

Penumpang yang lain berasa tidak senang dengan tingkah laku Usop kerana kerap kali berulang alik dari belakang ke depan, dari depan ke belakang. selang beberapa ketika, Usop kembali ke arah pemandu bas. 

"Dah sampai ke bang?" tanya Usop. 

"Belum dik, jauh lagi." jawab pemandu bas dengan nada yang geram. 

Usop kembali ke tempat duduknya. penumpang yang lain memandang geram ke arah Usop. bergerak ke depan, ke belakang bas membuatkan penumpang lain tidak selesa. beberapa minit kemudian, Usop bangun lagi menuju ke arah pemandu bas. 

"Sampai tak lagi bang?" tanya Usop. 

"Aku cakap belum! belum la! ko duduk je, nanti dah sampai aku bagitau la!" jawab pemandu bas dengan nada marah. 

Usop kembali ke tempat duduknya. semua penumpang turut marah dengan sikap Usop yang kerap kali bertanya dan berulang alik ke depan dan ke belakang bas. Usop diam membisu di tempat duduknya lalu tertidur. semua orang merasa tenang. 

Setelah lama perjalanan tersebut, tanpa disedari bas sudah pun melepasi Daerah Kuala Krai. ketika hampir memasuki Kota Bharu, pemandu bas baru teringat akan permintaan Usop. Usop masih belum sedar daripada tidurnya. semua orang berasa kasihan dengan Usop, sudahlah masih kanak-kanak, keseorangan pula jauh daripada keluarga.

Pemandu bas berbincang dengan semua penumpang yang lain samada hendak pusing semula ke Kuala Krai atau terus ke Kota Bharu. Selesai berbincang, mereka sepakat berpatah balik ke Kuala Krai kerana kasihan akan nasib Usop.

Setelah sampai di Kuala Krai, pemandu bas terus mendekati Usop dengan perasaan simpati.

"Adik.. adik.. dah sampai dah Kuala Krai." kata pemandu bas sambil mengusap kepala Usop.

"Oh.. ye ke? terima kasih bang." ucap Usop sambil menggosok mata baru bangun dari lenanya.

Usop segera membuka begnya lalu mengeluarkan sesuatu.

"Eh.. adik tak nak turun ke? tanya pemandu bas kehairanan.

"Tak lah, rumah saya kat Kota Bharu. cuma nenek ada pesan, kalau sampai Kuala Krai, makan nasi yang nenek bagi ni. takut nanti sakit perut pulak." jawab Usop sambil membuka bekas nasi lauk ayamnya.

Okay.. sekian.. sian Usop.. (^^,)

Nota kaki :
gambar saya google, sumber dari link pada gambar. jangan marah, senyum-senyum saja.. 

6 comments:

Zai Zamree said...

adoi la...ni yg rs lg nk mrh kt usop ni

Farah Deeb said...

Aduyai la... lap balik air mata hahaha... Jemput singgah: Jom Camping!

sud@is said...

Baca pun gerammm!! Penumpang lagi..la

al-lavendari said...

Hahaha .. persepsi sendirii jadi begini.

Unknown said...

bhahhhhahahaaaa..how funny!!good job awak!kawak kot..emmm..sabar je laa driver bus tuh!

visit me back okeeyy!

Azhafizah MN said...

nak kesian kat usop ke kat pemandu bas ni..hihihi..