Thursday, May 31, 2012

Trauma Selepas Pernah Kena Rompak

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahhh! 

Malam tadi, mata saya sangat degil untuk dipejamkan. habis dua naskah komik dari siri Dragon Ball saya baca, masih belum juga terasa mengantuk dan langsung tak nampak bibit-bibit mahu lena. mungkin penangan sakit gigi yang masih terasa. sungguh saya tak suka sakit gigi yang boleh jadi punca marah-marah. 

Jam dua pagi, dalam keadaan meniarap menekup bantal, mata saya masih buntang menatap skrin laptop membaca nukilan orang lain di dalam blog sambil tinggalkan jejak. puas sudah saya pejamkan mata, paksa diri untuk lena, namun sia-sia. memang dah tak boleh tidur gamaknya. 

Dalam sunyi pagi, tiba-tiba kedengaran seperti ada orang berjalan di tepi rumah. saya telitikan bunyi rentak langkahnya, yakin lebih dari seorang. sengaja saya berdehem dan batuk kuat sebagai tanda orang dalam rumah belum tidur. masih lagi bunyi derap daun-daun kering dan ranting-ranting halus pada batuan di tepi rumah seperti dipijak orang. bingkas saya bangun dan buka tingkap bilik. GRUBBB!! GRUBBB!! GRUBB!! bertempiaran sekumpulan anjing liar lari. hish! anjing rupanya, bisik hati saya. kawasan kediaman saya ni memang banyak anjing liar berkeliaran waktu malam. 

Sesungguhnya saya masih lagi rasa trauma selepas rumah kena rompak semasa di Mesir dulu. terbawa sehingga sekarang. selalu terbayang orang menyerang ke rumah, merompak dengan senjata di tengah  malam saat sedang lena tidur. kadang tak lena tidur malam sebab berjaga-jaga takut dirompak lagi. 

Kisah Diserang Perompak Bersenjata tahun lepas sangat memberi kesan kepada tidur malam saya. bila sudah lebih tengah malam tidak dapat tidur, mulalah saya akan berdebar-debar tatkala dengar apa jua bunyi pergerakan di luar rumah. walaupun sudah lama berlalu, aksi perompak mengacu pisau, mengugut mahu membunuh saya, aksi bergelut, segalanya masih jelas dalam ingatan. bila teringat kisah rompakan tu, hati saya jadi geram. seriusly sangat geram sebab tidak melunyai perompak dengan lebih teruk, lalu akhirnya perompak berjaya meloloskan diri. 

Luka di muka selepas bergelut dengan perompak. Alhamdulillah dah sembuh dan hilang parutnya. 

Tak tahu bagaimana lagi hendak membuang rasa berdebar saat ingin melelapkan mata di malam hari, saat terjaga di tengah malam dan tika bergadang sehingga pagi. setiap malam saya akan pastikan semua pintu dikunci rapi, tingkap tertutup rapat sebelum masuk tidur. tika berjaga, telinga saya teliti mendengar apa jua bunyi di sekitar rumah. bersedia dengan apa jua kemungkinan. huhu.. 

Tapi bila fikir balik, apa je la yang orang nak ambik kalau masuk ke rumah saya. bukan ada apa yang berharga. tak ada set televisyen yang kebabom mahal pun, apatah lagi set audio super canggih. laptop pun jenis cikai. jauh sekali wang ribuan ringgit. kalau nak pisang nipah, pisang berangan, pisang embun, buah kelapa siap kupas, itu ada la dalam kedai. entah lah, mungkin hanya perasaan saya je yang lebih-lebih. 

Apa pun, sama-sama kita minta dijauhkan daripada segala keburukan. keburukan daripada manusia, keburukan dari segalanya. mohon diperbanyakkan kebaikan, kebaikan daripada manusia, kebaikan dari segalanya. tidak ingin lagi berulang peristiwa hampir dibunuh tahun lepas. sungguh saya mohon perlindungan daripada Allah SWT dari segala keburukan makhluk-Nya. 

Banyak pengajaran yang saya boleh ambil daripada peristiwa tersebut. bersyukur masih lagi bernyawa, masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan hidup. walaupun sekarang terus dalam trauma. tapi baguslah, ia membuatkan saya lebih berhati-hati dan bersiap siaga. (^^,) 

Wednesday, May 30, 2012

Sakit Gigi : Antara Petua Orang Lama Dan Ubat Moden

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahhh!! (yeahh dengan tidak bermaya). 

Sudah tiga hari saya azab menahan sakit gigi. hari ini paling dahsyat. hari pertama, macam-macam petua diguna pakai untuk menghilangkan sakit. saya kumur dengan air garam. sekejap lepas tu saya hancurkan pil panadol, letak dalam lubang kat gigi geraham bawah belah kanan. tak surut sakit, saya tumbuk bunga cengkih pulak, sumbatkan dalam lubang gigi. sakit berkurang walaupun masih lagi terasa. sabor je lah menahannya. 

Saya sangat-sangat jarang menghidap sakit gigi. ini kali pertama sakit gigi yang agak teruk. agaknya lubang kat gigi geraham tu dah mendedahkan saraf sakit. kena cabut buang dah kot. dulu doktor gigi tampal dengan simen je. pastu, tahun lepas tampalan tu tertanggal, tetapi saya tak pergi buat tampalan baru pun. bagi saya, doktor gigi agak menggerunkan orangnya. 


Sekarang pelbagai ubat nak dicuba. baru sekejap tadi kakak saya bagi Weng Heng Tablet dan Hurix's Toothache Drop. saya belum guna lagi. entah berkesan ke tidak. antara petua orang lama dan ubat moden untuk hilangkan sakit gigi, masing-masing punya kelebihan. apa yang penting, kena berusaha untuk bagi sihat. karang tak berusaha untuk sihatkan badan, jadi zalim pulak dengan diri sendiri. 

Sangat berharap sakit gigi ini hilang cepat. dah la banyak kerja nak kena settle kat rumah sebelum menjelang majlis perkahwinan adik saya minggu depan. bila sakit gigi, kerja apa pun terasa lemah dan susah. memang bad mood sungguh lah bila sakit gigi nih. huhu.. 

Dapat bayangkan kerja keringkan kolam ikan, tangkap ikan masukkan dalam sangkar, pastu kira berapa ekor, pindahkan ke dalam sangkar kolam sebelah. semuanya dibuat dalam keadaan menahan sakit gigi!. OMG! sabor je lah.. 

**Gambar dari google.. 

Monday, May 28, 2012

ASY Pilih Siti Aisah

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahhh! 

Semalam pergi ke majlis persandingan sahabat baik saya, Abdullah Sam Yusup atau lebih dikenali dengan nama Abang Dol. jejaka yang sangat diminati oleh warga ibu-ibu di Sadong Jaya untuk dijadikan menantu. akhirnya beliau pilih Siti Aisah menjadi permaisuri beliau. wollaweh.. sudah jodoh. yang bestnya, saya baru tau pagi tadi Siti Aisah tu adik kawan saya! kawan yang sama belajar di Mesir! 

Actually, saya dan ASY dah kenal sejak tahun 2000. sama sekolah, sama kelas, sama belajar sampai ke Mesir. makan sama pinggan, tidur bersambung katil, baring sebantal. banyak dugaan di tempat orang ditempuh bersama. akhirnya, 22 Mei 2012 beliau menamatkan zaman bujangnya mendahului saya. huhu.. 

Serba putih, berkasut hitam.. ini kali pertama saya berkesempatan hadir ke majlis perkahwinan kawan-kawan, walaupun ramai kawan saya yang dah kahwin. 

Sempat tarik ASY ambil gambar bersama. ambik berkat pengantin baru. =P 

Seperti biasa, pasti ada soalan tanya bila lagi saya nak kahwin. soalan tu saya akan jawab dengan sengih-sengih je. lalala~ 

Best datang kenduri semalam, ramai kawan-kawan sama sekolah, senior junior yang datang. ada yang dah lebih tujuh tahun tak jumpa. lepas majlis, berziarah ke rumah Ustazah Hadiah yang mengajar matematik masa sekolah menengah dulu, hantar kad jemputan majlis kahwin adik saya. kebetulan rumah ustazah tak jauh dari rumah ASY. 

Tahniah untuk Abdullah Sam dan Siti Aisah. semoga terus bahagia selamanya hingga ke syurga. selamat menjalani kehidupan berumahtangga. tak sabar jugak nak ada anak member yang panggil saya uncle! hahaha.. 

Saturday, May 26, 2012

Memang Kelas Kau Jah!

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeahhh!! 

Kesinambungan daripada kisah umat yang semakin ramai hari tu, penempatan pun perlu diperbanyakkan. menjelang Pilihan Raya Umum ke 13, Menteri Perumahan telah menyediakan pelbagai jenis penempatan mengikut kelas tersendiri. 

"Ini bukan bermaksud kita membezakan darjat mereka sebagai penghuni dan peserta kita, tetapi ini adalah langkah untuk mempelbagaikan sektor penempatan penghuni selain menambah baik infrastruktur yang sedia ada." kata Datuk Seri Warah, Menteri Perumahan merangkap Pengerusi Bersama Badan Kebajikan Kucing Rumah Hajah Asoha. 

Melihat kepada keperluan, Rumah Hajah Asoha telah menyediakan beberapa bakul dan kain untuk menjamin keselesaan penghuni. wad pesakit juga telah disediakan. kerajaan mengharapkan mereka selesa selama berada di bawah jagaan Badan Kebajikan Kucing Rumah Hajah Asoha. 


Macam-macam karenah kucing kat rumah ni. dah disediakan tempat tidur yang best, nak lagi best. dalam helmet pulak tempatnya. memang kelas kau jah! 

Friday, May 25, 2012

What The... Poyo Lebih Blogger Nih!

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahhh!! 

Saya bukanlah penulis blog tegar. sekadar suka-suka menulis mengikut apa yang saya nak tulis, letak gambar mana yang saya nak letak. ingat lagi masa mula-mula buat blog dulu, saya tengah serabut dengan pelbagai benda. kiranya tulis blog ni untuk menyibukkan diri sendiri dengan benda lain walaupun pada asalnya memang dah bizi. 

Takde pengetahuan pun dalam dunia blog, saya buat blog ikut instructions daripada google. dah siap, saya belek-belek lagi blog sendiri walaupun hanya ada satu entry pendek. lepas tu baru lah saya baca blog orang lain. rajin pulak saya membaca. hahaha.. bila dah banyak baca, banyak tanya, baru lah tau sikit demi sedikit selok belok berblog. try and error itu biasa. dah kenal dan berinteraksi dengan blogger lain, jadi seronok berkongsi cerita dalam blog. 

Orang guna gambar jadi profile picture facebook
Pada mulanya saya taknak tunjuk gambar diri sendiri dalam blog. nak sembunyi identiti kononnya. tapi seminggu lebih lepas tulis blog, saya letak jugak gambar bila jawab tag Cik Jari. dulu rajin join 'tag mengetag'. ayat diguna pun memang poyo. sikit-sikit nak puji diri sendiri. 

Silapnya masa saya letak gambar, langsung tak buat watermark atau tanda hak milik pada gambar, lepas tu ada orang ambil kesempatan guna gambar saya jadi profile picture kat facebook. tiba-tiba rasa bangga diri, terasa saya sungguh hensem. hahaha.. 

Gambar yang orang tu guna, walaupun tak sama dengan bentuk saya sekarang, tapi ini adalah saya semasa slim kurus. kalau jumpa gambar ni dengan nama lain selain nama saya, maksudnya itu bukan saya. 

Kadang saya tergelak sendiri mengenangkan apa dah saya tulis masa mula berblogging dulu. pernah terima komen kata saya poyo. masalahnya, bila komen mengutuk camtu, orangnya kita tak tahu siapa. sabor je lah membacanya. 

Dulu nama blog ni The Story of Life dengan URL akudakmalaysia.blogspot.com. dah setahun guna baru reti nak tukar, jadilah Blog Budak Malaysia untuk ikut sama dengan URL diguna. rezeki melimpah awal tahun 2011, ada orang belanja beli domain kat NetKL. barulah jadi cam sekarang. 

Berbanyak-banyak terima kasih kepada pengunjung dan pembaca yang masih sudi bertandang ke blog ni. saya tak poyo dah, saya dah insaf jadi baik sekarang. malah lebih bersopan santun, berbudi bahasa dan baik hati sebab nak menang Give Away Papan Kekunci Dot Com 2012



Wednesday, May 23, 2012

Tuesday, May 22, 2012

Sembilan Hari Bersama Cinta

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeahhh!! 

Lebih seminggu tak update blog, penangan teman pilihan hati datang bersama family ke Kota Samarahan, Sarawak. excited pun ada, berdebar pun ada menanti tarikh 11 May hari tu. mereka bukanlah datang merisik, tetapi datang untuk majlis konvokesyen beliau di UiTM Sarawak. bila dah dekat, hari-hari mau jumpa. apartmen tempat beliau sekeluarga menginap pun dekat je dari rumah. hehehe..


16 Mei 2012 - Istiadat Konvokesyen ke-76 UiTM Sarawak 
nak jugak kongsi bersama.. 


Beliau bersama mak dan abah tersayang.. 

Setelah pelbagai cabaran dihadapi selama 3 tahun lebih berjauhan merantau di tempat orang, akhirnya beliau berjaya menamatkan pengajian dengan sempurna. tahniah, tahniah dan tahniah. mungkin ada yang anggap 'biasa je' habiskan diploma account, tapi dugaan yang beliau hadapi seriusly buat saya kagum dengan semangat dan ketabahan beliau sepanjang pengajian.

Tak nak ungkit kisah lama, biarlah sejarah pengkhianatan, sejarah penganiayaan, sejarah beliau dipergunakan terkubur. itu asam garam yang akan jadi pengajaran kepada kehidupan yang akan datang.

20 Mei 2012, kira-kira jam 10 malam saya nampak lambaiannya sebelum melangkah ke dalam pesawat Air Asia. sekarang berjauhan lagi dengan dirinya yang dirindu. entah bila akan bertemu lagi. hanya kenangan sembilan hari bersama cinta jadi peneman dikala hari-hari merindu..

Thursday, May 10, 2012

Umat Yang Semakin Ramai

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahhh!! 

Kat rumah ni ramai kucing. sekarang dah makin ramai umatnya. bila kucing betina meningkat remaja, mestilah mengiurkan si jantan yang memandang. apa lagi, berasmara lah mereka. dah sampai masa, ramailah umat kucing di rumah ni. huhu.. antara ibu baru, si Mo-Nyeng. si Amoi pula mungkin akan berkahwin sedikit masa lagi. Boboy dan kucing jantan lain pun dah mula menjeling tu.. 

Gambar cik Bedah sedang menyusu anak-anaknya. belum ada nama lagi untuk anak-anak cik Bedah ni. panggil ikut kaler je. expert dah cik Bedah ni jaga anak-anak dia, maklumlah dah banyak kali lahirkan baby. rilek and steady je. 

Nak buat majlis perkahwinan kat rumah ni nanti, kucing-kucing ni semua bakal masuk bilik besar mereka. karang dibiarkan berkeliaran, ada pula yang hilang lesap. kalau bukan kucing yang lesap, makanan yang terhidang lesap dirembat mereka. huhu.. 

Wednesday, May 09, 2012

Penemuan Buku Sasterawan Pencen

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman, hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahhh!! 

Siang tadi kerja saya hayun parang menebas di kawasan rumah. itu pun sekejap-sekejap saya basuh tangan dan kaki, mengadap laptop di bilik semula. begitulah berulang-ulang kali. bukannya penat menebas, tapi penat turun naik rumah. dalam sibuk turun naik, saya masuk ke bilik pejabat ayah, tiba-tiba ternampak buku yang agak familiar berwarna pink kuning di rak buku. tanpa ragu saya belek buku tersebut, rupa-rupanya buku sasterawan pencen!! 


Ini buku yang saya tulis semasa di Kelantan pada tahun 2005, ketika jiwa sangat ingin bersastera mencurahkan ayat dari minda. time tu takde blog nak menulis idea, buku je lah tempatnya. yang kelakarnya, siap ada gambar saya kat dalam buku! entah mana datangnya semangat letak gambar ukuran pasport zaman muda remaja kat situ. 

Saya tidaklah pandai menulis, sekadar untuk suka-suka. dalam suka-suka, ada dua buah buku latihan berkulit tebal telah jadi mangsa contengan ayat puisi sastera merapu saya di zaman sekolah. buku merah jambu ini dan satu lagi buku berwarna hijau. entah ke mana pula sesatnya buku hijau tu. kalau tak silap, tahun 2004 last saya belek. ada je kat rumah ni kot, cuma tak tahu dalam kotak yang mana satu. 

Puisi Kerinduan - 02 Mei 2005

Ada berpuluh puisi telah saya conteng dalam buku. kebanyakannya sajak patriotik dan madah cinta. salah satunya pernah menang tempat pertama pertandingan menulis puisi dan sajak semasa Minggu Bahasa di sekolah tahun 2005. saya boleh menang tu mungkin sebab tak ramai yang ikut serta kot. 

Ini salah satu sajak yang saya karang dengan nama Pena Emas. tak ingat kenapa nama ini menjadi pilihan, tapi itulah nama pena diguna sejak 2002, masa pertama kali ikut pertandingan deklamasi sajak.

Bulan Kerinduan 


Kerinduan mencengkam jiwaku 
Setelah lama merenung rembulan 
Mengganti pungguk di kejauhan malam 
Meniti kenangan tatkala kesunyian 


Menggigil tubuhku 
Bila salju rindu melanda 
Di dalam kekalutan ribut asmara 
Hatiku terusik oleh tangisan gerhana cinta 


Rindu hati ini bercambah 
Mekar bak seri pagi 
Menyambut limpahan mentari 
Aku terus menanti sinar rembulan cinta 
Agar dapat ku curahkan rindu di dada


Pena Emas, 28 Mac 2005.

Dulu saya pernah buat blog khas untuk sajak-sajak. niatnya untuk letak semua nukilan sastera saya. time tu zaman guna friendster, tak tahu lah ke mana perginya benda tu. mungkin saya dah delete. Friendster pun tak pernah di jenguk dah sejak ada Facebook.

Sekarang dah pencen dari dunia sastera merapu saya. terakhir tahun 2007 semasa di Egypt, saya ikut pertandingan deklamasi sajak. menang tempat kedua dengan sajak 'Suara Bumi Gerhana'. nasib je la menang tu pun. dah jadi belia lanjut usia ni, keaktifan berkarya dah kurang. sembang je la lebihnya.. =P

Bila baca sekali lagi, rasa macam kelakar pulak sajak saya buat ni. hahaha..

Wordless Wednesday : DEGEN Terbang


Egyptian Dragon

Tuesday, May 08, 2012

Anugerah Kepada Datin Seri Rosmah : Tokoh Industri Sukan 2012

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahh!!

Tajuk Berita Harian hari ini, "Putera Harry Terima Anugerah Di AS". anugerah diberikan oleh Majlis Atlantik yang berpangkalan di Washington atas penglibatan beliau dalam aktiviti kebajikan, antaranya melawat pihak tentera yang tercedera, terbabit dalam badan kebajikan wira tentera, termasuklah Walking With the Wounded, yayasan yang membantu askar dan wanita tercedera. 

lagi berita di Berita Harian

Kalau berita dalam negara semalam, Datin Seri Rosmah Mansor mendapat anugerah Tokoh Industri Sukan 2012 yang julung kali diperkenalkan. sebelum ini, beliau juga telah mendapat banyak anugerah lain daripada pelbagai pertubuhan dan badan dari dalam dan luar negara. boleh rujuk anugerah yang Datin Seri Rosmah dapat sejak 2008 di AMENO WORLD. klik sini.

lagi berita anugerah Tokoh Industri Sukan 2012 di Kosmo! 


Nota kaki : 
Malam tadi tengok berita masa makan, macam nampak ada lagi anugerah yang Datin Seri dapat, tapi tak pasti anugerah apa sebab sedang khusyuk makan. 

Monday, May 07, 2012

Senai Airport For The First Time

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahh!! 

Saya bertolak dari Shahab Perdana di Alor Setar ke Batu Pahat pada 30 April hari tu pukul 8.30 malam. perjalanan 12 jam dengan bas ekspress S&S. itu pun siapa yang nak ke Batu Pahat ditukarkan ke bas lain semasa di perhentian rehat keluar dari Kuala Lumpur. leceh, kena angkat beg pindah bas. 

Sesampai di Terminal Bas Batu Pahat, saya dibawa ke Benut, rumah tunang adik saya. berehat sehari sebelum balik ke Sarawak esoknya.


Pertama kali menjejak kaki di tanah Johor, gara-gara tiket flight yang dibeli adik saya untuk balik ke Sarawak berangkat dari Senai Airport. saya langsung tiada gambaran bagaimana rekabentuk Airport Senai. bila dah sampai, tidaklah terlalu besar airportnya. tapi, banyak variasi kedai kat dalamnya. alah.. banyak kedai pun, saya bukan ada duit pun nak membeli-belah kat semua kedai tu. tengok je lebih. hahaha.. 

Senai Airport agak simple. mudah la nak kenal tempat check-in, tempat departure dan tempat arrival walaupun baru pertama kali sampai. kalau yang sesat tu maybe jenis yang tak pandang kiri kanan, tak baca papan tanda.

Ruang legar depan pintu masuk Senai Airport.. 

Check-in bag kat kaunter Air Asia di hati.. 

Masa sampai kat Airport Senai, tak ramai sangat orang. berdiri nak check-in pun tak berbaris panjang. dah settle hantar beg, sempat pergi minum-minum kat situ sebab masa boarding lambat lagi. malangnya bila dah masuk tempat menunggu, flight kami pulak yang lambat sampai. hampir sejam menunggu. tapi ada hikmah flight lambat, sempat charge handphone kat tiang airport before fly. hehe..

Flight Air Asia sebelum berlepas dari Senai Airport

Walaupun terbang lambat setengah jam dari masa sebenar, flight yang diterbangkan oleh encik pilot Air Asia mampu sampai ke Airport Kuching seperti masa yang dijangkakan. hebat wooo..

Penerbangan best dah. tapi bila tuntut beg tu hati jadi bengkak pulak sebab beg yang dimasukkan ke kargo basah kuyup dengan bau ikan mentah. entah pakcik/makcik mana yang bawa ikan beku masuk dalam kargo. hampir semua beg yang sekali dengan saya tu berbau ikan. haihhh.. sadis sungguh. 

Mungkin nanti akan ada lagi penerbangan saya dari Airport Senai. sebelum ni biasa tengok nama Senai Airport dalam game Saidina je. baru hari tu dapat jejak kaki yang betul-betul punya kat Senai Airport. InsyaAllah, 21 Jun nanti, saya ke Benut lagi. 23 Jun tarikh dirancang untuk majlis persandingan adik saya kat tempat pengantin lelaki.


Nota kaki :
gambo tangkap sendiri, nak suruh orang ambikkan gambo, malu ler pulak. dah ler henpon cabuk. 

Sunday, May 06, 2012

Siap Sedia Untuk Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeahhh!! 

Sedang bersin-bersin selepas menyapu dan mengemas bilik yang dah berhabuk lama tidak dihuni. sakit hidung bila bersin banyak kali. boleh jadi flu dah kot..

Saya balik ke kampung kali ni bukan kerana cuti semester semata-mata, perlu bersiap sedia untuk majlis perkahwinan yang dirancang berlangsung 9 dan 10 Jun nanti. bukan perkahwinan saya, tetapi majlis perkahwinan adik saya dan tunangnya sekaligus perkahwinan cousin saya dengan jejaka pilihan. insyaAllah kalau takde apa-apa halangan, nanti ada empat mempelai bersemayam di atas pelamin.

Banyak benda yang perlu diatur untuk memastikan majlis perkahwinan nanti berjalan lancar. ayah saya sedang bersiap sedia dengan kemungkinan tempahan menggunakan Dewan Suarah Kota Samarahan dibatalkan sebab desas-desus Pilihan Raya Umum ke 13 akan diadakan pada tarikh yang sama. sekiranya Dewan tidak boleh diguna, maka kawasan rumah lah yang akan jadi tapak majlis. bangsal sudah hampir siap dibina di belakang rumah, bersedia untuk plan B. 

Hari ini kosongkan bilik untuk bakal pengantin pulak. bilik saya akan jadi bilik pengantin untuk cousin saya, so kena keluarkan segala harta benda dari dalam bilik. sekarang hanya tinggal sebuah katil single, kipas angin, kerusi untuk letak laptop dan bakul baju saya untuk malam ni. bila nak masuk katil pengantin esok baru keluarkan semua. heee.. semestinya nak memaksimumkan masa untuk menggunakan bilik. selepas ini meringkuk lah atas katil kat bilik sementara.

Barang-barang untuk hias pelamin nanti..

Tak sabar tunggu hari majlis perkahwinan adik saya. ini kali pertama saya dapat hadir majlis perkahwinan adik beradik sendiri setelah tidak dapat balik semasa majlis perkahwinan kakak sulung Jun tahun lepas. agak frust jugak la.. semoga majlis perkahwinan ni nanti berjalan lancar tanpa sebarang masalah. amiin..


Nota Kaki :
kalau ada soalan tanya bila tuan punya blog nak kahwin, soalan tu saya jawab dengan sengih-sengih je. =P

Saturday, May 05, 2012

Ekspresi Rindu Tanpa Cuti






Selamat Hari Wesak..
Selamat bercuti kepada yang bercuti.. rindu di hati tak mungkin dapat cuti. (^^,)

Restoran, Kedai Makan Dan Tempat Bersantap Di Stargate, Alor Setar, Kedah

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahhh!!

Sudah dua hari berada kat rumah di kampung. lega setelah selamat menempuh perjalanan yang jauh balik ke kampung halaman. jauh bumi Stargate di Alor Setar saya tinggalkan buat sementara.

Sunset di Stargate, Alor Setar, Kedah.

Stargate di Alor Setar merupakan kawasan yang baru dibuka untuk tujuan perniagaan. buat masa sekarang hanya ada Tesco dan beberapa buah kedai yang baru beroperasi kat blok-blok kedai di situ. hostel kitorang tak menyediakan dapur untuk memasak, so kena menapak keluar beli makanan. jadi satu masalah buat saya, kedai yang dekat, lauknya tak sepadan dengan tekak. ada kedai yang lauk sedap, lambat pulak servisnya. pernah beberapa kali perut masuk angin sebab lama menunggu order tak kunjung tiba. 

Memang susah nak memenuhi kehendak pelanggan, tapi mungkin komen di bawah ni boleh jadi panduan untuk meningkatkan prestasi kedai makan berkenaan di masa akan datang. semester depan nak kena duduk mengadap makan lagi kat situ. ngeee.. 

Nasi Ayam Singapore 
ruang dalam Nasi Ayam Singapore
  • Kedainya super okay, kebersihan gred A. terletak di blok bahagian belakang Tesco Stargate. dekat dengan hostel pelajar. 
  • Specialist dalam nasi ayam tetapi mempunyai banyak variasi nasi ayam, begitu juga dengan minuman. rasa memang super sedap. paling best, Three Layer Tea. 
  • Harga makanan dan minuman tetap, tidak terlalu mahal untuk orang yang bekerja, tetapi agak membebankan untuk pelajar. boleh je nak makan, tapi tak boleh selalu. 
  • Banyak dan pelbagai promosi yang ditawarkan untuk menarik ramai pelanggan. antaranya makan 10 pinggan nasi ayam diorang, nanti dapat free sepinggan. pada saya, kedai makan ni mempunyai strategi yang superb dalam menjalankan perniagaan. page facebook pun ade. nak tengok lagi gambar diorang, boleh pegi kat page Nasi Ayam Singapore

Nasi Ayam Stargate 
makan kat Nasi Ayam Stargate
  • Kedainya okay, kebersihan gred B tetapi tengok keadaan memang payah nak masuk gred A. terletak di tengah Stargate, senang nak singgah. 
  • Makanan tidak banyak variasi. hanya ada nasi ayam dan satu dua menu lain. rasa okay jugak la. 
  • Harga makanan dan minuman tetap, tidak terlalu mahal. sesuai untuk pelajar. 
  • Promosi tu ada, tapi jarang. kadang diorang beri nasi lebih untuk pelanggan. servis sangat cepat dan memuaskan. ada wifi. 

Warung Geng Pondok Burger 
  • Kedainya okay, menarik. ada layar besar, boleh tengok bola ramai-ramai. dekat dengan hostel pelajar. kebersihan gred B, susah nak masuk gred A kot. 
  • Makanan dan minuman banyak variasi. ada burger dan menu western. rasa pun boleh tahan sedap. 
  • Harga makanan dan minuman tetap, tidak terlalu mahal, sesuai untuk pelajar. 
  • Ada pelbagai promosi ditawarkan. ada set combo, juga set masakan special dengan harga berpatutan. cuma masalah kedai ni, servisnya terlalu lambat. pernah sejam menunggu order tak sampai-sampai. ada wifi. 

Mega Bayu Restaurant
  • Kedainya okay, kebersihan gred B boleh masuk gred A. dekat dengan hostel pelajar. 
  • Makanan dan minuman banyak variasi, rasa okay-okay je la. 
  • Harga makanan dan minuman tidak terlalu mahal. sesuai untuk pelajar. 
  • Tiada promosi untuk pelanggan. servis okay-okay je, tidak terlalu teruk. pada saya, kedai ni sederhana dalam semua aspek. 

Adam Corner Lot
  • Kedainya best, kebersihan gred B, belum boleh masuk gred A. lokasi agak jauh dari hostel, terletak di hujung Stargate. kena menapak sikit kalau nak pergi. 
  • Makanan dan minuman banyak variasi. rasa pun boleh tahan sedap. sesuai untuk makan tengahari je. 
  • Harga yang ditawarkan berubah-ubah ikut mood penjaga kaunter. adakala mahal, adakalanya murah walaupun lauk tu sama je macam yang kita makan semalam. harga sesuai untuk pelajar. 
  • Tiada promosi untuk pelanggan seperti diskaun atau lauk percuma. servis okay-okay je, tidak terlalu teruk. ada wifi tapi diorang tak kasi guna sebab tu untuk penghuni yang menyewa di atas kedai makan.

Restoran Nasi Briyani dan Nasi Kampung 
  • Kedai ni baru bukak. kedainya okay, kebersihan gred B, boleh masuk gred A kot. dekat dengan hostel pelajar. 
  • Makanan dan minuman banyak variasi. menunya banyak kelainan dari kedai makan lain. rasa okay-okay je. ada Nasi Ayam Penyet. 
  • Harga yang ditawarkan untuk menu nasi campur dan lauk sangat murah, tetapi harga untuk menu masakan panas sedikit membebankan untuk pelajar yang nak berjimat macam saya
  • Mungkin ada promosi yang saya tak tahu kot. saya baru tiga kali makan kat kedai ni. kali pertama tapau makanan dapat harga yang sangat murah! 

Stall Goreng-Goreng Makcik Wan dan Kawannya 
  • Makcik Wan antara peniaga kecil yang berniaga kat kawasan Stargate. jual menu masakan panas sahaja bermula sekitar 7.00 malam. stall makcik Wan sentiasa jadi tumpuan pelajar lelaki sebab sangat murah dan menu dihidangkan dengan kuantiti yang banyak. 
  • Makcik Wan selalu bagi makanan free untuk siapa yang singgah. kadang air sirap free, cucur pisang, cucur ubi, cucur tepung, bagi free je. pernah saya pergi kat situ, kenyang makan yang free tu je. pastu balik. ngee.. 
  • Kalau bab rasa pulak, memang boleh tahan. tambah-tambah kalau menu masakan Thailand sebab makcik Wan ni orang Siam. 
  • Makcik Wan berniaga guna stall bergerak yang boleh diusung dengan basikal roda tiga. tapi tempat biasa diorang kat tepi jalan tak jauh dari Adam Corner Lot. jauh jugak menapak nak makan malam. 


Ada lagi kedai makan lain bawah khemah di sekitar Stargate. tapi saya tak singgah dah, tak nak citer jugak kenapa, sebab saya tak tahu kenapa saya tak nak singgah dah. hihi..

Kedai makan kat Tesco Stargate pun ada, cuma jarang makan kat situ sebab nak berjimat. tapi sebenarnya kalau makan kat Tesco tu la murah. malas nak menapak jauh pergi Tesco je. pihak Tesco buka satu stall makanan Tesco, jual makanan siap dibungkus seperti nasi goreng, mee goreng, ayam goreng, sosej dan lain-lain lagi. murah, tapi rasanya pulak tak berapa nak cun.

Semoga semasa kedatangan saya ke Stargate di semester akan datang, lebih banyak kedai yang menawarkan makanan sedap dan menyelerakan dengan harga berpatutan. lima bulan di Stargate, ini lah kedai makan saya, termasuk juga Cafe di hostel. cafe lebih kurang macam Adam Corner Lot, bezanya rasa makanan di Cafe tidak dapat menandingi rasa makanan di semua kedai saya tulis tadi. huhu..