Wednesday, September 28, 2011

Hilang Ghaib Ku Sangka Mati

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah! (^^,)

Kelip-kelip ku sangka api,
Kalau api mana puntungnya,
Hilang ghaib ku sangka mati,
Kalau mati mana kuburnya..

Kisah ni nak kata musibah pun ye, nak kata kelakar pun boleh. minggu lepas kami serumah dikejutkan dengan kehilangan kucing kesayangan seantero rumah. tak lain tak bukan, si Boboy tu lah. biasa ade je nampak Boboy ni mendagu di kerusi ruang tamu. kalau tidak pun, terbongkang atas kerusi di dapur.

Lewat petang Ahad nampak lagi Boboy ni ikut makan bersama kucing-kucing lain. pagi Isnin tak nampak dah. mula ingat Boboy pergi main rumah jiran sebelah, so takde la tercari-cari sangat. tengahari tak nampak bayang, masa bagi makan lewat petang pun masih tak nampak. mula dah rasa kehilangan Boboy. dalam kepala takde lain, samada mati kena langgar atau diambil orang yang lalu lalang. tapi yang menjadi kemusykilan, kalau mati mana jasadnya?

Pasrah dengan kehilangan Boboy. awal pagi Selasa, semasa menyidai di ampaian saya dengar bunyi macam periuk besar ditolak sesuatu di belakang rumah. takde lah nak tengok, nak check ke ape sebab saya sangka kucing tengah bermain kat kawasan tu.

Tengahari Rabu, mak saya tergerak hati nak selongkar tempat menyimpan periuk besar sebab dengar bunyi kucing mengiau seolah-olah terperangkap. akhirnya terjumpa lah si Boboy yang menghilang dua hari. kesian sungguh, dua hari tanpa makan minum. mujurlah periuk tu tidak terlingkup rapat sebab menindih kotak telur. ada la ruang udara nak bernafas..

Dari cerita mak, Boboy keluar dari bawah periuk besar tu terhuyung hayang. memang lemah sungguh dah. kotor kemain.. yang bestnya, Boboy tak buat 'kuih' pun kat bawah periuk. cuma dia sendiri kotor kena 'air ketumban'. kalau tak dijumpai lebih lama, mungkin Boboy mati kebulur terperangkap bawah periuk. yang kelakarnya, macamana lah dia boleh terperangkap. sungguh-sungguh sangat bermain lah tu kot. hahaha..

Boboy yang kepondanan..

Monday, September 26, 2011

Jadi Cikgu Lagi

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Lebih seminggu tak dapat update blog. siyes tak dapat! sibuk yang tak dapat disangkal lagi. sejak Isnin minggu lepas, saya sudah berkhidmat menjadi cikgu di Sekolah Kebangsaan Empila, Kota Samarahan. kebetulan pula, minggu lepas adalah minggu persediaan untuk temasya Sukan Tahunan Sekolah. saya datang melapor diri terus dipanggil attend meeting Sukan Tahunan! hahaha..

Hari Selasa ada pemilihan atlit rumah sukan. saya ditempatkan bersama cikgu di Rumah Kelisa yang bertemakan warna merah sebab ikut nama cikgu yang saya ganti. agak digeruni jugak Rumah Kelisa ni sebab ada atlit terbaik dan terhebat sekolah. saya pun kalah bila lumba lari 100meter. tapi itu mungkin sebab saya dah lama tak berlari, dulu saya atlit jugak okeh!

Hari Rabu dan Khamis saya menjadi guru pengiring kepada empat pelajar SK Empila ke Kem Bina Juara Seni Khat. walaupun takde lah letih macam hari buat pemilihan atlit, tapi saya khusyuk belajar teknik menulis khat bersama budak sekolah rendah. banyak jugak benda baru saya dapat tahu. satu hari suntuk di dalam dewan pun tetap best.

Hari Jumaat buat raptai perbarisan lintas hormat perasmian Sukan Tahunan Sekolah. siyes punya panas Jumaat hari tu. nasib baik raptai habis sebelum tengahari. pagi saje dah membahang, kalau tengahari mau terbakar terus gamaknya. hahaha.. 

Tahun ni agak special sebab buat julung kalinya temasya Sukan Tahunan Sekolah diadakan di Stadium Mini Kota Samarahan. sebelum ini pihak sekolah adakan di padang sekolah sahaja. so semestinya memerlukan persediaan teliti untuk bawa rombongan beratus murid yang perlu sentiasa diawasi. itu pun ade jugak yang terlepas kawalan! uhh.. 

Semalam dah selesai temasya Sukan Tahunan Sekolah. dengan kerjasama guru-guru dan PIBG SK Empila, semuanya berjalan lancar. cuma part penutupan je ada sedikit tersasar daripada rancangan asal disebabkan hujan lebat. overall, semua okay.. 

Syok jadi penyokong setia Rumah Kelisa semalam. cikgu memang perlu over dari budak-budak. hahaha.. walaupun dapat tempat kedua keseluruhan, acara balapan lelaki 12 tahun ke bawah di sapu bersih oleh Rumah kami. acara balapan perempuan 12 tahun ke bawah pun tak kurang hebatnya. hehehe.. 

Seperti biasa, bila dah all out semalam, hari ni badan pun dah rasa sengal sana sini. nasib baik lah ada cuti hari ni. boleh la buat rehat-rehat. walaupun berhabisan letih, pengalaman tu sangat best. ditambah dengan cikgu-cikgu semuanya sangat-sangat friendly dan menceriakan. tensen yang datang pun boleh hilang..

Nota kaki :
Belum ada lagi gambar nak dikongsi dalam entry ni, insyaAllah akan menyusul gambar-gambarnye. ngeee..

Friday, September 16, 2011

Malaikat Maut Lalu Di Kampung

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman..

Malam hari Rabu lepas, kira-kira pukul 11.30 malam, anjing menyalak sayu. lain benar bunyi mereka menyalak bersahutan, seolah-olah ketakutan oleh sesuatu. ohh.. anjing nampak malaikat maut lalu di kampung lah tu, bisik hati saya. kalau tidak penduduk kampung ini, penduduk kampung sebelah yang meninggal dunia esok pagi. lalu saya suarakan kepada mak, apa yang saya rasa.

Pagi Khamis, mak saya dapat berita seorang penduduk kampung meninggal dunia, suami kepada orang yang pernah bekerja di rumah kami semasa saya kecik dulu. Innalillah Wa inna ilaihi Roji'uun..

Sebenarnya sudah banyak kali terjadi, bila anjing menyalak sayu begitu pasti disusuli dengan berita kematian keesokan paginya. ini mungkin bukan fakta kehadiran malaikat maut, hanya firasat saya. walaupun begitu, kita harus tahu, malaikat maut sememangnya sentiasa dekat dengan kita yang hidup. kita je tidak sedar akan kehadirannya.

Al-Fatihah untuk arwah Mohammad Sahi Bin Leman. semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman kepada Allah SWT. amiin..

Setiap yang hidup pasti akan menemui mati. persoalannya, sudahkah kita bersiap menempuhi sesuatu yang pasti itu?

Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday : Raya Kedua 1432H


Gambar raya paling ramai tahun ni dengan family mak uda..

Saturday, September 10, 2011

Makin Sunyi Dah Rumah..

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Habis sudah suasana hari raya kat rumah saya, sunyi... tinggal Syawal je yang belum habis. sekarang ni rumah terbuka aidilfitri masih lagi berlangsung di sana sini. tanya sama perut, larat ke tak larat je lagi nak makan. ini pun baru balik dari pengilan (kenduri kahwin) di Kampung Mang, Kota Samarahan.

Makin ke tengah Syawal, makin sunyi rumah saya. petang semalam hantar adik saya ke airport. balik ke life kampusnya, kelas nak mula Isnin ni. tinggallah mak, ayah dan saya di rumah semasa hari bekerja. kakak dan abang ipar pula memang jarang-jarang ada di rumah kalau siang hari. bertemanlah kami bersama kucing-kucing yang ramai. sunyi betul lah..

Kucing pun ramai yang buat hal sekarang. lebih-lebih lagi tiga ekor si kenit yang diberi oleh auntie cina jiran selang sebuah rumah. terpaksa dikuarantin dalam sangkar sehingga mereka reti buat 'kuih' di tempat yang sepatutnya. macam dah okay sekarang ni, tapi masih perlu diteruskan latihan buat 'kuih'. hahaha..

Ika yang aktif. bila ajak bergurau, kemain bising suaranya..

Tiba-tiba melalut cerita kucing pulak kan. tapi kucing-kucing ni lah meriuhkan rumah yang sunyi. ade jugak untuk dipanggil time duduk-duduk bersantai.

Friday, September 09, 2011

Nak Bantah Ke 6% Cukai Beli Topup Dan Simpack?

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Bila saya dapat mesej daripada Celcom petang tadi, terkejut tengok nilai cukai yang bakal dikenakan bila beli topup dan simpack bermula 15 September nanti, 6%!! bayangkan beli topup RM10, kita perlu bayar RM0.60 untuk cukai.. maksudnya, orang yang topup RM10 dua kali seminggu macam saya akan bayar cukai RM4.80 sebulan. kalau keje cop duit, memang tak rasa lah bayor banyak tu bulan-bulan.

Menurut apa yang terpampang dalam announcement di laman web Celcom, cukai berkenaan adalah cukai kerajaan. sebijik sama macam cukai kita makan kat restoren besar atau hotel. bapak lah! makan dah kena cukai, sekarang nak bercakap kat telefon pun kena bayar cukai?!!

Seperti biasa, muncul lah pelbagai page bantahan di Facebook. antaranya Kami Bantah Cukai 6% Untuk Produk Reload & Simpack dan lain-lain lagi. itu je lah medium paling dekat dengan rakyat untuk menyuarakan bantahan ke atas cukai yang bakal dikenakan. entah didengar entahkan tidak oleh kerajaan Malaysia..

Negara kita merdeka sudah 54 tahun, tetapi perasaan masih dijajah tu seolah kekal dalam jiwa. ye lah, bila nak buat itu, buat ini dikenakan cukai. duit gaji habis ke cukai. beli kereta bayar cukai, makan mekdi, makan KFC pun bayar cukai, buat rumah kena cukai pintu pulak, bukak company kena cukai hasil. terbaru ni, beli topup nak kena cukai. hurmm...

Ye.. cukai tu untuk kemajuan dan kepentingan bersama dalam negara. masalahnya, cukai yang dikenakan terlalu membebankan rakyat. sampai nak berhubung dengan telefon pun kena bayar cukai. orang bergaji besar memang lah tak rasa, bagi rakyat berpendapatan rendah, benda macam ni lah yang membebankan mereka. lebih-lebih lagi golongan pelajar universiti. nak buat discussion mesti jadi lebih perit nanti. berat dah nak contact sana sini sebab bercakap kat phone kena bayar cukai dulu.

Nak melalut panjang-panjang, takut jadi mengarut. begini je lah.. saya tak kisah tax tu berapa tinggi pun, saya suka.. suka sangat!! tapi saya risau nanti kerajaan Malaysia tidak lagi mendapat kepercayaan daripada rakyatnya.

Nota kaki :
kalau kira cukai ni, siyes punya besar yang kerajaan Malaysia dapat. tapi rakyat jadi sengsara.. saya harap slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" dapat direalisasikan. (^^,)

Thursday, September 08, 2011

Ko Ingat Mintak Maaf Saje Dah Cukup Ke?

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Garang tajuk entry hari ni. hahaha.. tapi bukanlah entry nak marah-marah yer. saje nak bagi nasihat. saya bukanlah baik sangat pun, tapi bolehlah setakat bagi sedikit sebanyak nasihat. kalau betul, boleh lah diguna pakai. kalau salah, tegur-tegur lah saya.

Akhir-akhir ni, banyak kisah berkenaan tuntutan supaya memohon maaf, orang memohon maaf, dan orang yang tak reti minta maaf. maka terfikirlah oleh saya, macamana nilai kemaafan yang dipohon oleh si peminta maaf. adakah sekadar ucapan? cukup syarat? atau hanya debu di bibir saja?

Bermula kes Mat Sabu yang diwarkan sebagai pengkhianat bangsa apabila mengatakan Mat Indera sebagai wira sebenar negara kerana melawan polis British di Bukit Kepong. lalu waris daripada peristiwa Bukit Kepong menuntut supaya Mat Sabu memohon maaf atau menghadapi saman. persoalannya, permohonan maaf yang macamana mereka inginkan?

Muncul pula kisah Petknode yang kejam. pihak Petknode mengakui kesilapan mengabaikan haiwan peliharaan pelanggan yang ditinggalkan di premis mereka lalu memohon maaf. timbul dalam benak kepala saya, cukupkah dengan hanya memohon maaf?? (kisah penganiayaan Petknode ni betul-betul buat saya geram..)

Ade pula kisah orang yang tak reti nak minta maaf. ini memang keras kepala berhati batu punya orang. Turki memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel apabila kerajaan Israel enggan meminta maaf selepas insiden serangan askarnya ke atas kapal bantuan Gaza tahun lepas. ini memang patut lah, biar je Israel tu sorang-sorang.

Daripada tiga kisah ini, timbullah persoalan nilai kemaafan. Rasulullah SAW mengajar kita supaya menjadi orang yang pemaaf, kerana dengan nilai kemaafan, ia dapat membendung berlakunya kekerasan. namun, cukupkah kita memaafkan tapi satu pihak lagi tidak merasa apa-apa?

Orang yang meminta maaf,

Sebagai pelengkap permohonan maaf, haruslah ada penyesalan dalam diri. sesali kesalahan yang telah dilakukan. berikrarlah kepada diri sendiri untuk tidak melakukan kesalahan yang sama di lain masa. kita dah buat salah kat orang, kadang tu memang tak mendatangkan kerugian apa-apa, tapi kalau hanya minta maaf sebagai ucapan, ape je hasil? takde effect langsung lah dalam diri..

So, penyesalan terhadap kesalahan dan kesilapan tu sangat penting dalam permohonan maaf. luahkan penyesalan dengan tindakan yang kita ambil seterusnya. baiki hubungan sesama manusia supaya tiada lagi benci, tiada lagi caci..

Setiap orang pun ade buat salah, jangan pula orang dah minta maaf sungguh-sungguh, kita duk ungkit kutuk lagi kesalahan orang tu. nampak sangatlah kita yang buruk kan.. jadi pemaaf tak merugikan..

Wednesday, September 07, 2011

Boboy Yang Terlebih Lemak

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Walaupun masih lagi hari raya, saya nak jugak cerita pasal kucing kesayangan di rumah ni. gara-gara kisah Petknode semalam lah ni. isk, rasa geram pulak dengan tuan punya kedai tu. sampai hati biarkan kucing dalam sangkar tanpa makanan berhari-hari. duit nak, tapi jaga tak nak. uhh! boleh baca kat Blog Hans Hanis tentang kisah penganiayaan Petknode Online Pet Store.

Boboy taiko paling power kat rumah saya..

Di rumah saya, ada berbelas ekor kucing sebenarnya, tapi yang paling mendapat perhatian, si Boboy ni lah. mungkin sebab Boboy berbadan besar dan paling aktif dulu. namun sudah kebiasaan, bila dimanjakan sangat, terus jadi kucing malas. berat saje cecah 3.9kg, gemok dan berperut buncit pulak tu. huh..

Menurut cerita kakak saya, Boboy jadi besar terlebih lemak sebab curi makan sebalang pil vitamin untuk kucing. balang tu takde la besar, tapi untuk seekor kucing, dah overdose. yang lain dapat sebiji seekor, dia sebalang! mana tak mengembang.. sekarang ada lipatan lemak kat bawah leher Boboy. gemok kemain..

Tengoklah kemanjaan Boboy bila ade orang layan..

Boboy ni badan je besar, tapi agak kepondanan. tak reti nak berlawan dengan kucing jantan lain. budak baik kononnya. hahaha.. sebab tu lah muka Boboy banyak calar. masa gaduh, dia tunggu je si John dan Abon cakar muka. sah-sah pengecut. kita pulak yang tolong halau Abon dan John. (John dan Abon kucing jantan jiran belakang rumah.)

Bulan puasa hari tu Boboy kena gigit anjing. tak reti nak lari bila makhluk lain serang lah tu. terkejut tengok badan dia banyak luka. cepat-cepat mandikan, pastu sapu minyak gamat. alhamdulillah dah okay..

Kat rumah ni, kalau tak nampak Boboy, mesti akan tercari-cari. yang bestnya, panggil seekor, serombongan yang datang. hahaha..

Monday, September 05, 2011

Kesunyian Melanda...

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Masuk hari ketujuh di bulan Syawal. kat rumah saya ni masih lagi menerima tetamu yang datang beraya. walaupun begitu, suasana agak sunyi bila dua adik lelaki saya sudah kembali ke asrama sekolah semalam. hanya tinggal, mak, ayah, adik perempuan dan saya di rumah waktu ini. siang hari bekerja, kakak dan suaminya memang takde kat rumah. mana tak makin sunyi..

Hari Raya pertama dengan baju pink berkilau-kilau..

Dari hari pertama raya hingga semalam, saya jarang betul ada di rumah. hari ni je takde plan nak ke mana-mana. tapi rumah pulak sunyi.. terasa sungguh perbezaan daripada hari semalam. kawan-kawan pun ramai yang dah balik ke tempat kerja. kesunyian melanda..

Selamat menjalankan tugas kepada yang dah mula bekerja hari ni. semoga bekerja dengan penuh semangat sama seperti Semangat Raya hari tu. hehe..

Nota kaki :
Biasanya, selepas raya, ramai yang pokai.. so, cepat-cepatlah cari duit semula sebelum jadi lebih kedana..