Tuesday, May 31, 2011

Makanan Sedap : Pizza Italia Arab

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Kali ini memperkenalkan kepada pembaca pizza Italia Arab, salah satu makanan yang sedap di Mesir. tak tahu lah pada tekak orang lain. pada saya memang sedap, lebih-lebih lagi kalau ada orang belanja free. hehehe..

Kena tunjuk kedai pizza nya dulu. ini adalah kedai pizza yang paling dekat dengan rumah dan sering jadi tempat melempias nafsu makan saya. sebenarnya saya belum jumpa kedai lain yang menyediakan pizza lebih sedap dan murah dari kedai ni di kawasan terdekat.

Menu biasa yang saya pilih adalah Pizza Italia Ayam, medium. meh saya tunjukkan sekali bagaimana cara membuat pizza Italia Arab nih. sebab dah selalu tunjuk muka kat kedai tu, saya pun minta izin nak ambik gambar untuk dimasukkan dalam blog. hehe..

Mula-mula, doh atau adunan roti dileperkan dan dimasukkan ke dalam acuan pizza. kemudian terus disapu dengan pati sos tomato. biasanya brader baju ungu tu buat sorang, tapi masa saya datang ni, ramai pulak yang order.

Kalau nak bandingkan etika penyediaan makanan di Malaysia dan di sini, memang sangat jauh perbezaannya. tengok je abang baju biru tu, selamba badak merokok sambil buat kerja.

Seterusnya, brader baju ungu ni tabur isi ayam dan keju mozarella di atas pizza. boleh mintak lebih keju kalau nak. hehe.. ini satu kelebihan berbanding beli pizza di tempat lain. saya lebih yakin nak makan sebab orang tu buat depan mata.

Dah sedia untuk dibakar di dalam dapur. warna hitam tu hirisan buah zaitun, lepas tu ada tomato dan cili benggala hijau. kalau Pizza Hut punya, haruslah lebih gempak topping atas dia. tapi, apa yang patut anda tahu, harga pizza ini dua kali lebih murah dari Pizza Hut!

Tadaa.. selepas beberapa minit dibakar, maka siaplah pizza pujaan hati. simple sajor.. abang baju biru tadi potong pizza ni dan siap untuk 'take away' saya. sedap di makan dengan sos cili Malaysia. buat pengetahuan pembaca, di Mesir tidak ada sos cili macam kita di Malaysia. sos kat sini kebanyakannya sos tomato. ada pun sos cili, mesti dengan campuran tomato dan agak kurang ummph pedasnya. tak dinafikan wujud Sos Thai dan sos import lain kat sini, tapi harga lebih kurang sama dengan emas! hahaha..

Sejarah Pizza.
Pizza adalah makanan yang cukup popular di seluruh dunia. namun tiada sejarah yang jelas berkenaan asal usul perkataan 'pizza'. pada tahun 997, pizza merupakan makanan bagi warga miskin dan belum dianggap sebagai resepi yang agung. sehinggalah pada tahun 1889, pizza melonjak menjadi resepi yang popular apabila pizza khas yang dibuat oleh Raffaele Esposito dan isterinya menjadi kegemaran Ratu Itali. lalu pizza yang dipenuhi sos tomato, keju mozarella dan daun basil itu diberi nama Pizza Margherita.

[maklumat berkenaan sejarah pizza ini saya google, mungkin siapa yang pernah ambik subjek kulinari lebih arif tentang sejarah dia.]

Nota kaki :
saya masih mengalami masalah internet sejak dua hari lepas. dah macam duduk dalam gua jauh di pedalaman sebab tak tahu perkembangan dunia lain. adeh! semoga cepat la internet saya ok.

Thursday, May 26, 2011

Extra Ordinary Angles

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Pertama kali saya dengar pasal Extra Ordinary Angles Contest yang dianjurkan oleh Nikon ni masa singgah ke blog Sizuka World of Life. mantap gambar yang beliau pertaruhkan. sedang khusyuk tinjau meninjau di Facebook, tengok cousin saya pun join contest yang sama.

Hadiah utama Extra Ordinary Angles Contest ni sangat gempak. sebuah kamera keluaran Nikon, model D5100 !! saya yang tengok pun teruja. oleh kerana tak join, saya support orang yang join pun jadi lah.

Ini gambar yang cousin saya pertandingkan dengan nama Orange Pycae. apalah kiranya kalau anda pun turut support dengan klik 'like' gambar ni dekat wall contest. bak kata sizuka izzati, sekali seumur hidup je. hehe..

Klik sini untuk 'like' dan paparan gambar yang lebih besar
[Extra Ordinary Angles]


Klik sini untuk 'like' dan paparan gambar yang lebih besar
[Extra Ordinary Angles]

Sebelum apa-apa, saya ucapkan terima kasih kepada anda yang memberikan sokongan. mana tau dengan sumbangan klik anda tadi mampu mengangkat gambar ni jadi pemenang. walaupun nampak cam jauh giler peluang nak menang, tapi tak siapa boleh sangka rezeki datang dari mana.

Tiba-tiba ter-imagine D5100 ada di tangan. hahahaha.. tenkiu sudi melayan. (^^,)

Nota kaki :
ni hadiah utama yang bakal diterima pemenang : Nikon D5100

Wednesday, May 25, 2011

Video : Perbezaan Besar Lelaki Dan Perempuan

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Tajuk kemain gempak, macam benda serius je yang nak diketengahkan. sebenarnya nak kongsi video yang agak menarik saya tengok malam tadi. mungkin ada yang pernah tengok sebelum ni. walaupun macam tu, saya nak jugak tunjuk kat sini. hahaha..

Video ini menunjukkan perbezaan pemikiran antara lelaki dan perempuan yang sangat ketara apabila ditanya soal perkahwinan atau soal pasangan hidup. jom check this out!

video

Nota kaki :
tidaklah bermaksud semua orang punya citarasa yang sama dalam memilih pasangan. apa yang ditunjukkan dalam video ini hanya salah satu perkara yang dipandang oleh orang zaman sekarang dalam memilih pasangan hidup. hehehe..

kreteria pilihan anda macamana?

Tuesday, May 24, 2011

Menjenguk Iskandariah : Bandar Tepi Laut

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Jumaat hari tu, sekali lagi berpeluang menjenguk Bandar Tepi Laut, Alexandria. pertama kali pergi dengan van yang bercampur dengan orang Arab lain. biasanya saya pergi dengan van sewa yang dicatar, kereta sewa atau keretapi. kira pengalaman pertama jugak lah walaupun sebenarnya dah banyak kali sampai ke Alexandria.

Duduk sebelah Orang Kaya Yusri. dah macam orang buta bila pakai cermin mata hitam.

Salah satu ragam bila ambil van di Ramsis adalah menunggu van penuh. selagi tak penuh, selagi tu tak bergerak. lebih setengah jam menunggu, layan pakcik driver van ni jerit-jerit cari orang nak pergi Alexandria. dalam hati dah risau takut lambat sampai ke Alex.

Perjalanan tiga jam agak seksa bagi saya apabila berhentakan di dalam van dengan perut yang sedang lapar. nasib baik driver van singgah sekejap kat stesen minyak Shell, lalu saya pesan kat member suh beli roti. ada jugak untuk alas perut.

Alhamdulillah kami sempat sampai ke Mau'af Gadid, pusat van sewa Alexandria sebelum solat Jumaat. selepas solat di situ, kami berkumpul semula dan ambil van sewa lain untuk ke destinasi seterusnya di bandar tepi laut.

Tunjuk perasaan aman di depan Perpustakaan Iskandariah (Alexandria Library).

Dalam perjalanan ke tengah kota, nampak ada beberapa kumpulan tunjuk perasaan. selepas revolusi 25 Januari lepas, rakyat Mesir kerap mengadakan tunjuk perasaan aman pada hari Jumaat. biasanya di depan masjid dan tempat lapang tumpuan ramai. saya kurang pasti tunjuk perasaan pasal apa. sekarang macam-macam isu telah timbul dan masing-masing ingin mempertahankan hujah kelompok mereka.

Bandar padat di tepi laut Mediterranean.

Tidak ada gambar yang betul-betul berhenti di tepi pantai. hanya sempat snap dari dalam van saja. pergi lain kali lah gamaknya kalau nak ambil gambar di tepi pantai. tujuan utama menjenguk ke Alexandria kali ni adalah untuk bertemu dengan geng-geng pelajar Sarawak di sana.

Interframe sementara tunggu orang datang ambil di depan Falaky Center.

Dah biasa sangat jumpa driver van yang ambil kesempatan. van yang dibayar hanya menghantar kami di simpang destinasi ingin dituju. nasib baik tahu nama tempat dan tidak malu bertanya. seorang brader Arab macho berkot coklat menunjukkan jalan ke Falaky Center. di situ kami tunggu gadis kenit Sarawak datang menjemput.

Mereka mai dah. sungguh pink.. ada yang berkenan?

Dua gadis comel ini datang menjemput dan membawa rombongan kami ke Asrama Mara Iskandariah. ini adalah kali kedua saya sampai ke situ tetapi pertama kali menjejakkan kaki ke dalam bangunan Mara!

Sebelum program bermula, perut yang lapar harus diisi. sebenarnya program kami ditunda sejam dan masa itu digunakan untuk menjamu selera. hehe.. menunya nasi ayam dan sirap limau. sedap! tapi sirap limau agak kurang..

Gambar family ini harus ada. sepatutnya lebih ramai yang ada dalam gambar.

Selepas habis gathering, tiba masa perjalanan balik ke Cairo pulak. kami berjalan kaki ke stesen keretapi yang terletak tidak terlalu jauh dari Asrama Mara. kepala saya sudah ting tong, penat sangat dah kot.

Sempat ziarah ke Makam Nabi Daniel dan Makam Luqman Al-Hakim. sebelah kanan makam Nabi Daniel dan yang kecil tu makam Luqman Al-Hakim. sebenarnya saya tak perasan pun yang kami perlu lalu di El-Nabi Daniel Street untuk ke Stesen Keretapi! hahaha..

El Nabi Daniel Street. model ini tidak berbayar.

El Nabi Daniel Street merupakan salah satu tempat kunjungan yang agak popular di Alexandria. jadi tak hairan lah suasana di jalan ini sangat meriah dengan peniaga di kaki lima dan bahu jalan. mata saya pun melilau kiri kanan tengok bermacam barang yang dijual. kedai senjata api pun ade!

Medan Syuhada', Iskandariah.

Di penghujung El Nabi Daniel Street, adalah satu kawasan lapang yang diberi nama Medan Syuhada'. takde lah lapang bonar, ade lah pokok-pokok dan bangku-bangku panjang dan satu tugu di tengah-tengahnya. mungkin tempat ini ada sejarahnya yang tersendiri sehingga diberi nama Medan Syuhada'.

Kereta silver dan teksi kuning dalam gambar atas ni tidak bergerak secara normal. diorang reverse di jalan sehala!

Bergambar dengan Sue dan Dedeq di depan bangunan Stesen Keretapi yang antik.

Satu keunikan bandar Alexandria adalah tinggalan sejarah Rome yang masih kelihatan sehingga kini. banyak bangunan mengekalkan ciri senibina lama yang antik, tetapi malangnya tidak diselenggarakan dengan baik. bangunan stesen keretapi ini salah satu contohnya..

Peace! masa ambik gambar ni, siap lari-lari kat situ. hahaha..

Kitorang balik ke Cairo dengan keretapi pukul 6 petang. lepas beli tiket, ada lagi 20 minit sebelum keretapi bertolak! punya la kalut.

Masa pergi ke arah keretapi, sorang pakcik tiba-tiba rampas tiket saya. katanya nak tunjuk mana gerabak keretapi saya. awas, itu adalah taktik nak minta tip. jangan di layan.. saya dapat ambil tiket tu semula, tapi sampai ke dalam keretapi dia kejar nak upah! huh.. nasib baik keadaan terkawal. saya tetap tak bagi upah sebab dia tak buat apa pun.

Perjalanan ke Cairo memakan masa lebih kurang 3 jam dengan keretapi. ingat nak sampai rumah sebelum pukul 10 malam. akhirnya hampir pukul 12 malam juga sampai rumah dengan penat lelah dan kepala ting tong.

Terima kasih kepada warga Iskandariah yang meluangkan masa bersama rombongan kami. lain kali kitorang pergi lagi. hehehe.. dalam bahasa Arab, Alexandria di sebut sebagai Iskandariah.

More info about Alexandria : [wikipedia, Alexandria][www.touregypt.net/alexandria/]

Nota kaki :
punya lah panjang entry ni, terima kasih sudi melayan ke ayat terakhir. ada masa, ada terluang waktu berjalan, insyaAllah akan saya cerita lagi. (^^,) senyum selalu.

Thursday, May 19, 2011

Kisah Mitos Pelangi

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman.

Kisah yang saya nak ceritakan bukanlah mitos asal usul pelangi. bukan juga kisah blogger cik Pelangi Chenta. tapi ini kisah kepercayaan saya tentang pelangi pada zaman kanak-kanak suci innocent. hahaha..

apa rahsia di sebalik pelangi?

Semasa tadika, saya mempunyai kepercayaan bahawa pelangi keluar dari kotak harta karun. ini adalah pengaruh buku cerita bergambar dan animasi di kaca tv. ada ke patut diorang buat cerita, orang bukak peti harta karun keluar pelangi! nak nipu budak lah tu.. saya dah pun tertipu.

Persekitaran saya yang hidup dalam masyarakat Melayu mempengaruhi kepercayaan terhadap mitos pelangi. kononnya, apabila muncul pelangi di langit, ada puteri raja bunian turun mandi. mereka melungsur turun ke kaki pelangi dan mandi di situ. ya ampun, ni paling lama melekat dalam kepala saya. sabor je lah.. tapi mungkin jugak kot, kita mana tau dunia diorang.

Satu lagi kepercayaan pelik masa pelangi muncul di kala hujan panas adalah kes disorok orang bunian. ye lah, dah diorang turun mandi mesti ada bodyguard. jadi, untuk mengelakkan kena sorok dek bunian, kena ambil rumput atau daun, selitkan di telinga. alhamdulillah, saya tak pernah kena sorok lagi. hahaha..

cer tengok bawah tu, mana tau ada puteri tengah mandi. (^^,)

Kata orang tua-tua, tak boleh menuding jari ke arah pelangi. saya pernah ditegur oleh arwah mak cik kerana hendak memberitahu wujudnya pelangi. kalau tuding jari, nanti jari jadi bengkok. tunjuklah guna mulut. tak boleh! nanti bibir jadi sumbing. saya masih fikir di mana relevannya kata-kata tu.

Mungkin mitos puteri bunian turun mandi dan bodyguardnya yang suka sorok budak tu untuk mengelak kanak-kanak keluar main masa hujan panas. karang demam pulak. oleh kerana mitos itu digembar-gemburkan turun temurun, jadilah macam kisah benar.

Hal tuding jari ke arah pelangi pula mungkin tak nak bagi kanak-kanak ralik(leka) tengok pelangi, berjalan tak nampak tanah. karang jatuh pulak. ini tak pasti, kena tanya orang lebih otai kot. haha..

sumber gambar : [my picture mania]

Wednesday, May 18, 2011

Relaxation Meditation Hilangkan Kekusutan

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!

Balik dari ziarah ke Tanta dan Mansurah hari Sabtu lepas, selsema datang temankan saya. tak dapat nak tolak kedatangan selsema ni. silap saya jugak tak ready baju tebal atau sweater bila berjalan jauh di malam hari. sampai rumah pukul 12.30 tengah malam, bersin tak sudah-sudah.

Bila selsema, rasa mau hempas je hidung kat dinding. susah betul nak bernafas. lepas makan Flurest semalam, mucus berlebihan mula berkurang. tapi malam tadi sakit kepala pulak yang datang. ahh.. dah macam sinus infection plak. akhirnya saya menikmati sakit yang datang. baringkan badan di katil, picit-picit dahi sambil dengar bunyi yang mendamaikan.

Mungkin anda pun boleh cuba. dengar bunyian yang damai, rehatkan badan, sambil tu pejamkan mata. ini terbukti boleh menghilangkan kekusutan dan mengurangkan stress. cer cuba.. cer cuba.. saya lebih suka dengar deruan ombak di pantai. menenangkan..

For more relaxing sounds, visit here [Relaxing The World]

Ingat lagi kata-kata ustaz saya dulu, sakit yang datang sebenarnya perlu dinikmati. baru tak rasa sangat bebanannya. maksudnya, nikmat dapat rehat di asrama dan tak perlu datang kelas. hehe..

Alhamdulillah.. rasa kurang sakit kepala hari ni. tapi tetap perlukan rehat. esok ada program ceramah motivasi pelajar. Jumaat ni pula akan ikut ziarah ke Alexandria. semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang. amiin.

Tuesday, May 17, 2011

Senyum Senyum Sikit

Seorang lelaki menginap di sebuah hotel di Kuala Lumpur. oleh kerana bilik hotel menyediakan komputer riba dan internet, lelaki tersebut mengambil kesempatan menghantar e-mail kepada isterinya. tanpa menyedari alamat e-mail yang salah, dia terus menghantar e-mail tersebut.

Di Kedah pula, seorang janda baru saja kematian suaminya. sampai di rumah selepas majlis pengebumian, janda tersebut mengambil keputusan menyemak e-mail untuk melihat sekiranya ada mesej daripada saudara-mara atau teman-teman.

Selepas membaca e-mail pertama, si janda tersebut pengsan. anak lelaki janda tersebut bergegas ke arah ibunya lalu terpandang mesej di skrin komputer :
To : Isteri kesayanganku
Date : 1 May 2010
Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. mereka telah menyediakan komputer di sini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok. semoga berjumpa denganmu nanti, sayang. abang harap perjalanan sayang ke sini nanti lebih menarik dan bermakna seperti yang abang lalui ketika ini.
Lepas tu anak plak yang pengsan. boleyy??

**********

Di dalam kelas anatomi, sekumpulan pelajar perubatan berkumpul melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat. mereka berdiri mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sangat penting untuk menjadi seorang doktor." kata pensyarah itu.

"Pertama, kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat."

Sebagai contoh, pensyarah itu memasukkan satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula lalu menjilat jarinya.

"Sekarang, cuba kamu buat." arah pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah pelajar tersebut sanggup mengikut apa yang mereka lihat. seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka seraya berkata,

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi, saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk."

SEKARANG, TUMPUKAN PERHATIAN. PAHAM!!!


Nota kaki :
cerita rekaan saja. takde kaitan dengan sesiapa.. mybe ada yang pernah baca atau dengar kat mana-mana. saya taip semula penceritaan, jalan cerita sama.. =P

Semoga ceria selalu (^^,)

Monday, May 16, 2011

Tema Hari Guru 1990 - 2011

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!

Mungkin ada yang masih belum tahu kenapa tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru. actually saya pun sudah lupa. tadi menggodek semula, cari kenapa Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun.

Sejarah Sambutan Hari Guru Malaysia.
Pada 16 Mei 1956, Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of Education Committe) sebagai dasar pelajaran negara ini. Sejak itu, dokumen yang dikenali sebagai Razak Report itu menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan. lalu tarikh 16 Mei pada setiap tahun dipilih sebagai Hari Guru di Malaysia.

Saya tidak tahu bila bermulanya Sambutan Hari guru. yang pasti, setiap tahun, Sambutan Hari Guru di Malaysia akan diiringi dengan tema yang menjadi landasan perjuangan warga pendidik negara. ini dia Tema Hari Guru di Malaysia sejak tahun 1990 hingga 2011 :

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2010 Guru Pembina Negara Bangsa

2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK DI MALAYSIA


Nota kaki :
mesti banyak hadiah yang cikgu dapat masa sambutan hari guru. saya pun ex-cikgu, tapi tak pernah lagi dapat hadiah hari guru. sadis sungguh.. walaupun macam tu, saya ikhlas mengajar. hehe.. (^^,)

Sumber : Tema Hari Guru

Thursday, May 12, 2011

Usha Blog Gadis 18 Tahun

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Tajuk kemain gatey. hehe.. kali ini saya datang menaip dengan sifat rajin. jarang jumpa mood rajin macam hari ni. entah suntikan semangat apa yang merasuk. layankan aje..


Gadis 18 tahun yang saya nak cerita hari ni adalah seorang student UiTM Perak. saya tak pasti beliau berasal dari mana, mungkin Padang, Indonesia. mungkin Kelantan. tak pernah tanya, hanya kenal beliau di blog. facebook pun baru je saya add minggu lepas.

Meng-usha blog gadis 18 tahun tersebut, apa yang saya boleh puji, blog beliau masih dalam kategori kemas dan teratur. tiada widget daun gugur, salji turun dan seangkatan dengannya yang boleh melambatkan loading blog.

Walaupun begitu, pada saya, berat blog Ain Dzaya masih dalam kategori obesiti kerana melebihi 100KB. berat ideal untuk sebuah blog haruslah kurang daripada 100KB. uji kelajuan dan berat blog anda di sini. [www.iwebtool.com]

Tips meringankan blog.
Anda boleh mengurangkan post yang dipaparkan di laman utama dan mengurangkan penggunaan widgets tidak penting seperti gambar dan jam untuk meringankan blog. perlu diingat, memasukkan terlampau banyak gambar di dalam satu entry juga mempengaruhi berat semasa. kadang saya pun buat jugak. hahaha..

Pendekkan cerita, meh kita terjah blog beliau. usha-usha ke sana pulak. hari tu dia ada buat cerita pasal saya sikit. katanya saya ensem! *blushing*

harap pakwe dia sporting, tak serang saya sebab letak gambar dia kat sini.

Nota kaki :
sebenarnya saya dah lama teringin nak buat segmen review blog. tapi, oleh kerana bimbang tidak dapat memberi komitmen terhadap segmen tersebut, saya tangguhkan dulu. tunggu masa yang lebih sesuai nanti. sekarang buat bila datang rajin macam hari ni je. hehe..

Wednesday, May 11, 2011

Website Karaoke Online

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Tak habis lagi dengan karaoke. hari ni nak memperkenalkan website karaoke online yang saya sebutkan dulu. sebenarnya, saya kenal website karaoke online ni pun dari blogger lain jugak. tak ingat dah siapa. oleh kerana berminat nak sumbangkan lagu, saya terus register. free je..


Mulanya nak guna nama Salem, vokalis kumpulan Iklim. tapi dah ada orang guna, jadi saya tukar la sikit, jadi Saleem. hehe..

Karaokeparty.com lebih kurang macam laman sosial facebook, friendster dan lain-lain jugak. boleh komen-komen kat page users lain. cuma kelebihan website ini, mereka menyediakan permainan karaoke kepada peminat dan kaki K-Box. kepada sesiapa yang kekurangan modal nak sumbangkan lagu kat pusat karaoke, boleh saja berkaraoke di dalam bilik sendiri secara online.

Tak perlu microfon mahal-mahal, headphone cabuk dengan mic kecik pun dah okay. asalkan tak rosak je.

Satu lagi yang menarik, setiap lagu yang kita nyanyi akan diberikan markah. boleh praktis selalu untuk dapat markah yang lebih bagus. hehe..

Website ini, turut menyediakan kelas vokal macam dalam Akademi Fantasia. tapi saya belum pernah try lagi. kalau tak silap saya, kelas vokal ni percuma! cer tengok.. cer tengok..

Lepas habis nyanyi, mereka akan beri grade melalui markah yang kita dapat. kalau lebih dari 7800 points, Up and coming star. kalau lebih dari 6800 points, Lead singer. agak menarik jugak bila mereka letak kedudukan markah kita berbanding penyanyi lain untuk lagu tersebut.

Seriusly dah addicted dengan karaoke online ni. rasa cam penyanyi tegar plak bila pagi-pagi practice suara. hahaha.. ada sesiapa nak lawan markah saya dengan lagu Wind Of Change by Scorpions ? mintak maaf lah, saya tau lagu rock kapak je. (^^,)

Nota kaki :
karaoke, karaoke jugak.. jangan sampai tak dan buat keje lain pulak. hehe..

Tuesday, May 10, 2011

Demam Datang Menjenguk

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman.

Suasana pagi yang sunyi di Nasr City, Cairo.

Bangun pagi ini, badan panas semacam, tak surut lagi dari semalam. aduhai.. demam datang menjenguk lagi. bukannya best kalau demam ni. nak buat apa pun terasa lemah.

Sebenarnya sudah dua hari demam datang, tapi hari ni rasa lebih dari semalam. saya kurang pasti apa penyebabnya. selesai Indoor Games Festival pelajar Sarawak di sini hari sabtu lepas, tangan saya sedikit menggigil. saya anggap biasa, mungkin sebab letih main ping pong dan lambat makan tengahari. saya menjamah nasi pukul 4 petang hari tu.

Seharian semalam pula badan rasa lain macam, terkesan dihembus angin malam kot. pukul 2.30 pagi semalam saya keluar dengan member mencari makanan hanya memakai long sleeve nipis. sebenarnya tak sangka angin kat luar tu sejuk. haih..

Saya cuba melawan supaya tidak memanjakan demam, tapi akhirnya rebah juga di katil. perlu rehat yang lebih skit kot. cepat-cepat lah pergi demam oi.. jangan habiskan lemak yang saya dah kumpul.

Tapi kan.. dalam tak sihat semalam, dapat juga skor markah tinggi kat karaoke online. hehe..

Nota kaki :
harap demam kali ni tak menyusutkan berat badan saya secara melampau. baru bergembira dapat naikkan berat badan lagi..

Thursday, May 05, 2011

Mood Jiwang : Karaoke Lagu Rock Kapak

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!

Pagi semalam tergerak hati mencari lagu yang bermain di bibir. tak tahu tajuk lagu dan siapa penyanyi, jadi search guna lirik lagu yang saya duk ulang tak tau hujung pangkal tu. jumpa jugak! dunia di hujung jari, search je, 90% boleh jumpa.

| ..Jika ada kesilapanku, maafkanlah diriku oh sayang.. dan izinkan aku bertanya, mengapa kau berubah hati.. |

Ini lirik yang saya duk ulang masa mandi. puas cuba ingat macamana permulaan lagu, tak dapat-dapat. lupa lirik sungguh.. boleh plak masuk lagu lain. hahaha.. dah cari, rupanya lagu Pesanan Buat Kekasih, Kumpulan Spring.

Bila jumpa lagu ni, bersemarak mood jiwang. terus download lagu rock kapak lain dan akhirnya layan jiwang karaoke sendirian.. waima tengah taip entry ni pun lagu jiwang berkumandang di corong speaker.

Tak tahu kepada siapa lagu ini ditujukan. sekadar melayan hati yang sedang sunyi. bila dikenang, dilayan, terasa bait-bait lagu Pesanan Buat Kekasih tersebut kena sangat dengan kisah saya. hahaha.. apa pun, semoga beliau bahagia dengan teman baru.

Bila sudah tidak berteman, antara aktiviti hujung minggu di Malaysia hari tu adalah karaoke dan menyumbang lagu bersama member. walaupun sebenarnya agak bizi dengan hal-hal lain, sempat jugak beberapa kali buat konsert.

konsert : menyumbang lagu bersama member.

Sudah lebih setahun tidak berkaraoke dan menyumbang lagu. nasib baik saya dulu pemenang pingat emas lari berganti sambil menyanyi peringkat sekolah. pastinya tidak mudah untuk dikalahkan. yang best nya, asal karaoke je lagu tema adalah lagu rock kapak! jiwang yang amat. hahaha.. sabor je lah.

Sekarang addicted dengan karaoke online plak. lawan dengan penyanyi dari negara lain. nak lawan saya karaoke? jom! saya guna nama Saleem. boleh jenguk dan daftar kat website ni [www.karaokeparty.com].

Tuesday, May 03, 2011

Cairo - Jeddah - Malaysia : Kisah Basi Ops Piramid!!

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman.

Sekian lama kisah ini saya simpan untuk dikongsi. walaupun sudah basi dalam simpanan, kisah ini akan saya hebahkan hingga ke anak cucu supaya mereka menghargai nikmat keamanan. entah sempat ke tidak nak bercucu. beristeri pun belum. hahaha..

Agak dahsyat pengalaman yang dilalui. bagi saya, pengalaman berada di negara yang sedang bergolak sangat mendebarkan. bayangkanlah bunyi tembakan kedengaran di sekeliling kawasan kediaman kita. tengok api marak di tepi jalan tanda demontrasi. berita tv menyiarkan kekecohan dan kemusnahan akibat serangan marah rakyat Mesir. ngeri seyh..

Ketika kemuncak pergolakan, saya berada di Kaherah dengan kerisauan yang melampau memikirkan keselamatan adik yang terkandas di Alexandria. sudahlah tidak dapat dihubungi lebih sehari kerana talian telefon dan internet disekat. tup tup bila dah dapat call, dengar cerita kereta yang mereka naiki baru saja ditembak 3 peluru sesat semasa nak keluar dari sempadan Alexandria. atas nasihat tentera yang berkawal, mereka membatalkan hasrat menuju ke Cairo.

Seminggu tidak lena tidur dek ketakutan. kalau tiba-tiba rumah diserang beramai-ramai oleh kumpulan yang sengaja ambil kesempatan, memang takde lah kudrat nak melawan.

Alhamdulillah, kerajaan Malaysia ambil langkah memindahkan rakyatnya ke Jeddah buat sementara dan seterusnya ke Malaysia. walaupun begitu, urusan pemindahan itu bukannya mudah. demi keselamatan, hadapi saja dengan kekuatan.

Gambar : jalan masuk ke Cairo Airport. tentera berkawal di mana-mana dengan kereta kebal.

3 Februari 2011, kumpulan pelajar Sarawak seramai 23 orang termasuk dalam senarai pelajar Malaysia pertama yang akan terbang ke Jeddah dengan flight MAS pada pukul 12.30 tengahari. oleh kerana masalah yang timbul, dengan bas menghantar ke airport datang lambat. kumpulan kami lalu diarahkan menaiki penerbangan kedua dengan flight Air Asia. terus menunggu..

Seawal 9 pagi kami sudah menunggu bas di Dataran Kompleks Pelajar Malaysia. bas lambat, pukul 12.30 tengahari baru sampai ke airport. padahal, bukannya jauh jarak airport dari kompleks. sampai kat airport kena tunggu di luar, ramai sungguh umat manusia. nasib baik masih dalam winter, jadi tak terasa sangat bahang matahari.

Pelbagai drama berlaku di depan Cairo Airport. lakonan demi lakonan. tak nak bercerita pasal lakonan.. wartawan menemuramah dengan pelbagai soalan, tak tahu kami sedang kelaparan sebab tidak ada tempat nak beli makanan yang betul-betul dinamakan makanan kat situ! hanya roti pengalas perut.

Akhirnya, menjelang maghrib baru kami dapat masuk ke dalam Airport. terima kasih kepada pegawai airport yang memberi ruang kepada rakyat Malaysia untuk terus masuk ke balai menunggu dengan kaunter khas.

Semua muka keletihan menunggu di dalam airport cairo. sekitar jam 10 malam barulah flight kami dibenarkan bertolak ke Jeddah.

Sampai di Airport King Abdul Aziz Jeddah sekitar jam 1 pagi 4 Februari. kumpulan kami disambut dengan flash kamera dan kamera rakaman TV, ramai jugak wartawan dari pelbagai stesen TV Malaysia. terasa sangat kami ni pelarian dari Mesir. hahaha..

Di Airport Jeddah, kami menunggu lagi untuk mendapatkan visa kecemasan dengan bantuan Pegawai Malaysia di Jeddah. sambil menunggu, ada yang tido, ada yang bersembang, ada yang duk perati orang. saya tengok muka orang lain semua lesu, termasuk saya yang dah layu.. pukul 9 pagi baru selesai urusan visa kecemasan, saya antara orang terakhir.. sabor je lah.

Ini part paling best! Di Jeddah kami ditempatkan di Madinatul Hujjaj iaitu asrama milik Tabung Haji Malaysia. oleh kerana kami kumpulan awal daripada lebih 11,000 pelajar Malaysia, jadi kami dapatlah bilik. pelajar datang kemudian, ada yang bermalam kat garaj sebab asrama tak muat.

Empat hari di sini, makan tak henti! boleh dikatakan takde istilah lapar.. kenyang memanjang. hahaha.. tambahan kitorang tidak dibenarkan keluar dari kawasan asrama, so takde benda jugak dibuat melainkan 'perbincangan' dan 'mesyuarat' dalam bulatan sambil mulut mengunyah. dah penat, tido.

7 Februari 2011, tiba giliran kami untuk terbang ke tanahair. muka senyum dah bila sampai giliran balik Malaysia. namun, ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Flight pukul 7 malam, kami sampai kat airport pukul 12 tengahari. menunggu lah di sana dengan penuh tabah.

Masuk ke balai menunggu, ada kejadian cemas. boarding pass member yang tersengih dalam gambar di atas tercicir tak tau ke mana! muka dah cuak, kalau takde boarding pass, tak boleh masuk flight. hahaha.. cari punya cari, jumpa jugak. mujur pelajar Malaysia yang jumpa. kalau makcik cleaner sapu, tak tahu lah ke mana dibuangnya..

Gambar bersama Datuk Richard Riot, Timbalan Menteri Luar Malaysia dan Wakil Kerajaan Negeri Sarawak.

Pagi 8 Februari tiba di KLIA, rombongan kami disambut oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot. kumpulan pelajar Sarawak seramai 23 orang disambut oleh Yayasan Sarawak selaku wakil Kerajaan Negeri. wartawan serbu bukan main lagi. malam tu kecoh family kat rumah tengok berita kitorang dah sampai. Alhamdulillah..

TERIMA KASIH KERAJAAN MALAYSIA, TERIMA KASIH KERAJAAN NEGERI SARAWAK, TERIMA KASIH KEPADA SEMUA BADAN YANG TERLIBAT DALAM MISI OPS PIRAMID.


Nota kaki :
Adik saya sudah sampai dua hari awal kat rumah. mereka ikut rombongan pelajar Sabah yang diuruskan oleh Kerajaan Negeri Sabah. adik sampai kat rumah, wartawan datang temuramah dia pasal kisah kereta kena tembak tiga kali tu.

Punya la panjang kisah. ini pun dah dipendekkan. panjang sangat, mau 2 hari baru habis baca. hehe.. lepas habis kisah ni, baru la masuk sambungan merayau di KL hari tu. [sini]