Sunday, August 28, 2011

Nak Tengok Anak Bulan Syawal Dah??

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah! Selamat berpuasa.. (^^,)

Ape punya cerita lah blog ni. berhabuk kemain lagi sebab tak dijenguk oleh tuannya. cerita gadis gojes hari tu pun belum bersambung! maafkan saya.. ampun.. serius punya bizi. entah apa yang bizi sangat, saya pun tak tahu. kalah tugas perdana menteri.

Sedar-sedar je sekarang ni orang nak tengok anak bulan syawal 1432 Hijrah. ya ampun, esok! esok ye adik-adik.. dah nak raya rupanya kita ni. Ramadhan kian meninggalkan kita. samada kita dapat apa yang sepatutnya kita dapat daripada Ramadhan, itu tanya kepada amalan kita sepanjang empat minggu lepas. cemana?

Lebih separuh daripada Ramadhan tahun ni saya jalani di kampung. cerita pasal makan untuk berbuka kat Malaysia memang sungguh heaven! kat bazaar ramadhan seolah-olah ada banjir makanan. macam-macam makanan yang sedap-sedap. tapi ada jugak yang suam-suam saje. hehehe.. (tiba-tiba cerita pasal makanan, ini memang saje nak bagi jeles perantau kat Mesir dan sewaktu dengannya).

Buat BBQ untuk berbuka pun senang sebab semua bahan mudah nak dapat. lalala~

Sambung cerita tengok anak bulan Syawal tadi, sebenarnya saya baru tahu esok orang nak tengok anak bulan syawal, 29 ogos 2011. saya sangat berharap Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Rabu sebab banyak benda belum settle kat rumah ni. hahaha.. itulah sibuk sangat sampai dah nak raya baru gelabah!

Mungkin hari ni hari yang sibuk untuk saya. adeh... hari-hari pun sibuk!

Nota kaki :
Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat yang menyambutnya.

"hari raya dirai, Kemerdekaan dihayati." (ini slogan TV1 punya..)

26 comments:

  1. amboi engko..balik rumah sonyap je ek..apepon samat hari raya jgk le

    ReplyDelete
  2. aku pun tak faham apa la ko busy sangat abang asada oiiii
    cari kelapa nak buat kelubis ke?
    ekekeke

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya, maap zahir batin yer :)

    ReplyDelete
  4. kalah menteri besar dia punya bizi.HAHAHA.

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya :)

    td ada penyanyi si selamat pagi malaysia tv1 ya mcm muka ktk hahaha

    ReplyDelete
  6. wah. bbq.... aduhai...
    lajuk2.. cari ruang cmnt... hehehhe

    tadi mase BW fara jumpew ni http://www.relevansokmo.com/2011/08/ahli-falak-arab-yakin-raya-rabu.html

    katenye mmg hari rabu.. sbb... esok kemungkinan adew gerhane.. so anak bulan x nampak....

    fara pown harap hari rabu. sbb baju raye pown x siap jaet ag.... (T_T)

    ReplyDelete
  7. selamat menjalani hidup sebagai YB...:)

    ReplyDelete
  8. memang seronok berpuasa di tempat sendiri.. sudahlah banyak kuih muih tersedia.. dpt pulak makan lauk pauk yang memang diinginkan..

    selamat hari raya maaf zahir batin yer..

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya Inche Asada ! ^^

    ReplyDelete
  10. selamat menyambut hari raya.... kalu beraya pun jangan lupa nak update.... hhehehe

    ReplyDelete
  11. Hari Selasa la yeop! Selamat hari raya pada Asada sekeluarga :)

    ReplyDelete
  12. Cik Asada,
    nak ucap (minta izin cakap dalam loghat Sarawak, tapi saya bukan orang Sarawak, kalau silap, tolong jolokkan, eh, tolong tunjukkan)

    Kamik mau ucap Selamat Merdeka Raya kepada warga Mesir yang pulang beraya di Bumi Kenyalang, Asada, :D

    ReplyDelete
  13. eeeiiii, ape ni. taknak la raya lambat2. hehe :D

    ReplyDelete
  14. akhirnya muncul juga perantau nie yer.. hihi. selamat hari raya juga..

    tp, ramai yg ckp, raya hari selasa.. sila bertungkus lumus dgn cepat.. :)

    ReplyDelete
  15. yalah.. arap rabu tok raya.. byk gik lom terpolah.. salu last minute jak mjadi.. haha

    btw, slamat hari raya!!

    ReplyDelete
  16. selamat hari raya dan salam kemerdekaan...

    ReplyDelete
  17. yes yes yessssss hopefully weds la sbb mang byk sgt gile ni x setle lg :(

    ReplyDelete
  18. selamat hari raya
    maaf zahir batin yer !!

    ReplyDelete
  19. ada kat kampung diam2 jak...langsung sik sound2..kekekeke...

    selamat hari raya, maaf zahir n batin...jemput datang rumah....

    ReplyDelete