Thursday, July 14, 2011

Selamba Je Diorang Ni..

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Bangunan asrama pelajar Selangor di Malaysian Students Complex, Hayyu Asyir (10th District), Cairo dalam proses baik pulih sejak Ogos 2010. sekarang pun masih belum siap kerja membaik pulih bangunan tu. mungkin darurat di Mesir tempoh hari menyebabkan proses renovation tergendala.


Walaupun dengan kemudahan asas agak terhad, pekerja arab yang giat menjalankan kerja-kerja membaik pulih tetap tinggal di dalam asrama tersebut. siap ada jamban sementara mereka buat di tepi bangunan. yang kelakarnya, bumbung jamban sementara dibuat dengan kurang sempurna. kalau saya menjenguk di tingkap bilik, boleh nampak apa orang buat dalam jamban tu. bukan sengaja mengintai, tapi saya tertengok!

Paling menakjubkan adalah tempat tidur mereka. berbumbungkan langit terbentang, berlantaikan padang futsal Dataran Malaysian Students Complex. hebat tak hebat mereka nih.

Dataran Malaysian Students Complex, 10th District, Cairo.

Hari dah terang masih lagi membuta. gambar sekitar 6.30 pagi.

Mungkin tidur di dalam bangunan agak membahang pada musim panas, lalu mereka ambil keputusan untuk tidur di padang. lagipun barang-barang di luar bangunan harus dijaga sebelum disapu pencuri.

Hari tu ada anjing liar nak datang dekat, tiba-tiba orang dalam selimut merah tu bangun dan lempar batu. rupa-rupanya dah ready batu di tepi tilam. deria dia hebat, sensitif woo! paling hebat, mereka masih boleh tidur di padang semasa geng budak-budak Malaysia main futsal di situ! hahaha..

Selamba je diorang ni..

Nota kaki :
Asrama pelajar Sarawak pun akan buat renovation bermula Ogos ini. 25 Julai 2011, semua penghuni akan dipindahkan ke rumah sementara di 7th District. harap ada internet di rumah sementara nanti supaya senang nak jenguk blog.

43 comments:

  1. Ingatkan hape la yang kat court tu...hahaa..

    memang slumber! :p

    ReplyDelete
  2. nak tgk gmbr jamban tu masa ada org...

    mana??

    heheheh

    ReplyDelete
  3. lorh..cantikla umah selangor pasni..hehe

    ReplyDelete
  4. dah ngantok tido kat mana pun jadi, janji xada yg kacau mcm anjing tu..

    ReplyDelete
  5. kalau dh ngantuk..mne2 tmpt pon boleh.hihi

    ReplyDelete
  6. mak aih dah ada batu laa! err sampai ati maen futsal tyme orang tido. :DD

    ReplyDelete
  7. Hahaa.. memang hati kering ekk orang kat sana. Paling lawak deporang boleh bantai tidur lagi tyme korang main futsal. Nyenyak gila.

    Cuba sekali-sekala sepak bola laju-laju kena kat pak arab tu, nak tengok respons dan deria bunyi dia hebat atau pon tidak..

    ReplyDelete
  8. hahaha..aduiyai..dan2 je ade prepared batu kat sebelah..keh3^.^

    ReplyDelete
  9. serius diorg selamba asada.hebat.

    ReplyDelete
  10. waaaaa...kalau letak diorang kat kandang rimau agak2 boleh tido tak?? hi3

    ReplyDelete
  11. penat punya pasal lah tu kut
    diorang dah malas amik port
    hahaha
    tapi bab tandas tu lucu pun ada
    ekekekke

    http://hanspunyablog.blogspot.com/2011/07/review-filem-harry-potter-and-deathly.html

    ReplyDelete
  12. fuhh..dasyhat..sabor jek lah kan..=)

    ReplyDelete
  13. hebat berbumbungkan langit
    kalu kat msia blum nmpak lagi....

    ReplyDelete
  14. xbaik mengintai org tau asada.. nanti mata kena ketumbit.. :P

    ReplyDelete
  15. ahaha same je tyme exam kat tonto

    ReplyDelete
  16. 6.30 pagi dh cerah mcm tu skali eh kat sna?

    for sure la hr2 sy akan terbangun awal kalau beginilah keadaannya...

    owh... sebut pasal district2 sebegitu mmbuat sy teringat akan filem 'district 9'...

    teehee...

    ReplyDelete
  17. memang sempoi la diorang nie buat aksi kuak lentang :)

    http://www.anastasyea.com/

    ReplyDelete
  18. asada tak join ke tdor situ. haha..bawak seguni batu. bahaya! hihi..





    semoga tempat baru ade tenet...^_^

    ReplyDelete
  19. uishh..berani dorang tido kat luar tu..memang selamber je dorang ni..

    ReplyDelete
  20. cerah giler kat ctue time 6:30am ek..huhu

    ReplyDelete
  21. haha ni klaka ni klaka. kental sungguh hati mereka.kih paling klaka part dah stand by batu tuh.pergh kene berguru dengan mereka nih :P

    ReplyDelete
  22. hahhaha elek2 kali jak cdak tok,,sukati mok mesen jak =)

    ReplyDelete
  23. dia orang rasa best tidur kat lama gitu, dingin je, angin ori lagi hehe

    ReplyDelete
  24. sian pulak tgk dieorg tido kat bawah tuu...nasib badannn..:D

    ReplyDelete
  25. jeng jeng jeng! jangan mengintai dengan sengaja udah.err. hahaha..

    ReplyDelete
  26. adhoi... mmg slambe la dorg tido kat court... abis sempoi la 2..

    ReplyDelete
  27. wujud jugak tempat berlantaikan bumi, berbumbungkan langit..

    rupa2nya ada di mesir.. hehehe
    bersyukur berada di Malaysia.. amin,

    alhamdulillah.

    semoga berjaya melewati hari-hari mendatang.. K?

    ReplyDelete
  28. sekali mmg tak sengaja.kalau byk kali tak sengaja jgk ke asada?hahahha

    ReplyDelete
  29. dahsyattt la tdo situ. ahaha

    ReplyDelete
  30. hahaha....tidur kat luar x sejuk ke??pergh...gila smangt orng2 arb ni kan..haha

    ReplyDelete
  31. org arab mmg selamberr je,..xkesah ape org nk ckp,.hehe,.dlu pernh stay kt rumah KL,.


    hurrm,rndu nk blk sne,.salam kt org kg ek,.hehe,.

    ReplyDelete
  32. sempoi giler....6.30 kalau kt sini gelap lagi..hoho

    ReplyDelete
  33. ok bace kali kedua baru faham. serius ke? slamber je. hehe

    ReplyDelete
  34. slumber jak sidak tido rah sia..tedah juak ngga cmya gilak huhu

    ReplyDelete
  35. serius kau tak de keje dok mengendap amu ni buat kerja. ceh.

    ReplyDelete
  36. Sekali bola terkena kepala diorang time tido.. Memang bantai habis la arab tu.. Hahah..

    ReplyDelete
  37. wah! tak sangka sanggup tidur dalam keadaan camtu.kalau hujan cm mana lah kan...heee=)

    ReplyDelete
  38. stylo gila tido open air cam tuh .. takde nyamuk kah ?

    ReplyDelete