Sunday, April 24, 2011

Kisah Rambut Ala Mawi AF

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!

gambar dari google. ini bukan saya, rambut je sama.

Bercerita pasal rambut, saya sebenarnya tidak pandai menggayakan rambut sendiri. kebiasaannya saya hanya menyikat rambut ke belakang dan itulah gayanya. tak pernah berubah.

Pada umur 12 tahun, saya pernah botak tanpa rela semasa emak dan ayah pergi menunaikan haji. itu terjadi apabila kakak sulung dengan penuh yakin menyatakan kemampuan beliau menggunting rambut kawan di asrama.

Hasilnya, dahsyat! macam esklator rambut saya dikerjakan, tak dapat dibetulkan terus. akhirnya dalam esak tangis kepala saya dicukur licin oleh arwah anjang Kiah. buat beberapa minggu saya keluar bermain dengan topi tersarung di kepala. malu berkepala botak.

Gambar zaman muda mudi form 1. saya yang berbaju kuning tak nampak muka. dua kawan saya bergaya dengan rambut 'belah tomok'.

Sekitar tahun 2000 ke 2001, gaya rambut belah tengah ala tomok menjadi ikutan para pelajar di sekolah menengah. ada senior yang sanggup membiarkan dua sikat di kiri dan kanan kepala semata-mata mahu mendapatkan gaya rambut sebegitu. actually, saya pun pernah buat gaya rambut yang sama. tapi ternyata rambut saya tidak berjaya kekal dengan gaya tersebut!

Sesekali di sekolah menengah, saya akan membotakkan kepala ala banduan. ini kerana rambut sudah mendapat saman dan amaran daripada guru disiplin. haha.. tahun 2006 adalah kali terakhir saya membotakkan kepala. alasannya, saya mahu gambar di dalam pasport berkepala botak.

Tahun lepas, saya mengubah gaya rambut. mencuba potongan rambut yang tidak pernah saya buat. namun, hanya bertahan lebih kurang dua bulan. sebenarnya saya sendiri suka, tapi agak leceh nak bagi berdiri, lalu gaya rambut saya kembali normal.

Julai 2010 dengan rambut pacak.

Tahun ni, secara tidak sengaja lagi saya telah botak ala mawi. kisah ni berlaku semasa menggunting rambut di kampung bulan lepas.

Berada di kampung, jangan harap dapat simpan rambut panjang. hari-hari mak saya akan tegur rambut yang panjang nampak serabut dan tidak terurus. akhirnya, saya ambil keputusan mahu menukar gaya rambut kembali seperti tahun lepas. mohawk hairstyle.

Petang tu, dengan penuh semangat pergi ke rumah tukang gunting rambut. orang ni selalu dah gunting rambut saya. sangat berpuas hati sebab kita boleh minta apa je style yang kita nak.

"Nak potong macamana ni?" tanya tukang gunting.

"Potong rata guna mesin dulu, saiz empat. lepas ni saya bagitau lagi." penuh yakin saya menerangkan.

"Okey." jawab tukang gunting ringkas.

Zass.. mesin potong rambut membelah rambut saya dari belakang ke atas kepala. terasa banyak plak rambut yang gugur. saya pandang cermin di tangan.

"eh? pendeknya???" saya bersuara.

"laa.. tadi kata nombor empat. nombor empat lah ni." jelas tukang gunting rambut.

Adeh.. hancur harapan nak bergaya dengan rambut ala david villa. saya tak tau plak yang saiz empat tu dah pendek habis! itu lah.. confident sangat nak saiz empat. hambik.. memang pendek terus! redha je lah. sebab tu tiba-tiba rambut saya jadi ala mawi.

Kembali dengan rambut ala mawi. ke memang dah macam mawi? lalala~

Walaupun begitu, setiap yang berlaku ada hikmahnya. sebab rambut saya botak jugak lah perompak hari tu tak dapat nak tarik rambut saya. kalau rambut panjang, habis lah kena tarik dengan senang.

Nota kaki :
alhamdulillah.. semua luka disebabkan perompak hari tu dah sembuh sepenuhnya. tinggal parut je jadi kenangan untuk diceritakan kepada cucu-cicit. dapat la bagitau, atok diorang pernah jadi hero berlawan dengan perompak. hahaha..

61 comments:

  1. hehehe.. mcm2 la hang ni.. sabor je lah

    ReplyDelete
  2. hahahaha.kembar mawi dekat egypt.sabo je lah.mintak nombor 4 bt pe.len kali ce mintok beso sikit nombornye.HAHA.baru botak chin!:P

    ReplyDelete
  3. hai atok comel. nenek hensem datang melawat ~ HAHAHA.

    ReplyDelete
  4. rambut di header tu waktu bila lak? rambut pacak ok kot. yang zaman tomok tu memang jadi ikutan budak sekolah la waktu sekolah menengah.=.=" try la vit e.

    ReplyDelete
  5. Assalam asada..:)

    waa,potong rambut pn ade saiz empat,saiz tiga ehh????hek2..

    baru tau, aisya pernh potg rambt adk yg laki, skali tersopak nasib baik adik tak marh,juz merajuk je....haha

    ReplyDelete
  6. fuhhh...tred rambut mawi kembali

    ReplyDelete
  7. @khairunnisa :
    rambut kat header tu sebelum gunting jadi pacak. july 2010 gak. hee..

    ReplyDelete
  8. @nur aisya humaira :

    waalaikumussalam ;)
    memang ada size untuk panjang rambut klu potong guna mesin. cuma tak tau lak size empat tu sungguh pendek!

    yang macam tu lah jadi kat asada dulu. kakak yang confiden boleh gunting tapi hampeh. tu nasib baik tersopak je, kalau dengan kulit kepala hilang??

    ReplyDelete
  9. @asada

    haha..lepas buat memg nk gelak, tapi tahan je laa..

    nak belajar potong rambt bdk laki tpi tk de org da sanggup jdi bhn eksperimen...:(

    ReplyDelete
  10. er. suruh "jodoh-yang-belum-sampai-seru" ya lah ~ hahaha

    ReplyDelete
  11. lebih kurang cm mawi la...

    kekeke

    baru aku teringat, dulu senior zaman skul aku pun sebuk nak tiru rambut cm tomok tu

    ReplyDelete
  12. rambut tomok! dah lame tak tengok stail macam tu. keh3..

    eh, siapa mamat ensem gambar 2nd last. kirim salam kat dia ye. kui3(gelak sopan.)

    ReplyDelete
  13. hensem juga. haha. lepas ni asada try la rambut panjang paras bahu ala2 akhil hayy pulak

    ReplyDelete
  14. ko taknak wat rambut cam sagna ke..

    ReplyDelete
  15. lelaki berambut panjang.


    aku suka

    ReplyDelete
  16. hak3...nasib bukan 6..botak licin kot...hehe...

    ReplyDelete
  17. encik asada, cube awk botakkan plak rambut tu..org cakap lelaki botak itu seksi..hehe~

    ReplyDelete
  18. waa..sebiji mawi la...cetry cetry nyanyi..hehehe

    ReplyDelete
  19. oooo.. rupenye bukan sengaja lah ptong pendek ea? ahahaha~ ;DD

    ReplyDelete
  20. hahah...rambut belah tengah memang jadi ikutan waktu dulu...pastu rambut cacak2...

    ReplyDelete
  21. rambut pendek itu lagi kemas dan menawan~ tak mau lah rambut panjang-panjang. :)

    ReplyDelete
  22. rmbut ala tomok tu kelakar je dulu femes gilerr..hehe for me la kalo nk tgk kekemasan rmbut lelaki, mana2 style pun ok asalkan reti nk cuci & bg kemas rmbut tu, jgn ada kutu sudah hehe lg elok kalo tutup ngn kopiah/songkok..auchhh macho!tp susah dh nk jmpa :P

    ReplyDelete
  23. Tu diiiiaaaa.. rambut tomok. haha.. XD sah2 anda minat tomot kan kan kan?:P

    Eh,perasan la muka dia macam mawi konon.. muka anda tetap macam kaer AF2. XD

    ReplyDelete
  24. xsesuai lah rambut ala mawi.. hehehe.. ramai ala tomok tu mmg kelakar... (",)

    ReplyDelete
  25. kaer versi mawi..haha!!

    sila jgn perasan lebih ok..

    tp muka ko mmg sama ngn kaer..

    ReplyDelete
  26. memang lain benar rupa kau tanpa rambut =P

    ReplyDelete
  27. hehe...rambut pacak lg sesuai kot... (~___^)

    erk...tataw cerita kena rompak...lame da x dtng...

    ReplyDelete
  28. waa..
    pasni leh r cari muka cam ekin plak:)

    ReplyDelete
  29. tak kisah le asada..yang penting maintain selesa dan kacak (eh dapat duit raya ke cakap ko kacak ni ) haha

    p/s: avoid hair style macam kat banner blog tu!

    ReplyDelete
  30. haha lawak la hang ni nak simpan parut bukti nak cerita kat cucu cicit... eh la...

    ReplyDelete
  31. botak pon ensem ape Asada..ok lah tu(gaya2 siti saida)..hihihi..puji2 ni dapat pape tak?

    ReplyDelete
  32. x cam mawi pun..cam asada jakla..=DD

    ReplyDelete
  33. asada, lepas ni smpan rmbut wat rmbut pacak lagi..hihi

    jaga diri kat sana :)

    ReplyDelete
  34. adoi. lawak gila.

    niat hati nak asada dtg dlu. tp ta kesampaian.

    ReplyDelete
  35. encik asada!!!!!:) apa khabar? amboi, rambut ala mawi lah pulak.pdhl rambut edisi julai 2010 dah cukup tampan apa;)

    ReplyDelete
  36. Adakah menggunting rambut di luar negara sangat mahal kosnya kerana rata-rata pelajar lelaki Malaysia yang berada di luar negara sukaaaaaaa sangat berambut panjang?

    ReplyDelete
  37. hhahahahaahah !!
    kesian ! org kata jgn over konfiden kan..hihih

    ReplyDelete
  38. haha..okey da tuu. mawiiisada...mau sainnnn.

    ;)

    ReplyDelete
  39. huhu.. hensom ape?? tak payah sikat.. lagi senang ;)

    ReplyDelete
  40. bila rambut pendek ala2 mawi nampak lebih matang..xgitu??

    ReplyDelete
  41. cair tgk gmbr gmbr asada..hahhahahaa.....

    ReplyDelete
  42. waa.. p mmg ada iras2 ckit laa. :)

    ReplyDelete
  43. tak apa
    hang botak pun tetap hensem juga
    okay lah tu

    ReplyDelete
  44. hahahah...cam2 gak yer laki ni nak potong rambut..igt pompuan je....tapi lagi nice kalo kamooo rmbut pacak...juz my opinion k...btw..nice entri~

    ReplyDelete
  45. perompak?
    omg.
    dah terlepas la post yg tu.
    nak kene check balek ni.
    hehehe.

    ReplyDelete
  46. okay..lelaki pon mementingkan gaya rambut juga..tapi apa yang penting kesihatan rambut tu lagi penting.xmau kutu-kutu ni..ok.hehe

    ReplyDelete
  47. ok.lelaki pon jaga juga ye gaya rambut segala.hoho..tapi ppe pon apa yang penting penjagaan kebersihan rambut tu pon lagi penting.takmau kutu-kutu ni..eiyaks..kalau rambut terpacak de kutu pon xmacho jugak.hehe

    ReplyDelete
  48. wah. rambut pacak2 hensem lagik. hihi.

    kene rompak? siannye.
    syafakallah~

    ReplyDelete
  49. haha bab tomok tu tak bla bro. mmg habes semua budak buat haha

    ReplyDelete
  50. saya pun nak raya puasa dulu pernah tergunting guna saiz no. 4 tu .. tak apalah. nak buat macam mana. lagipun rambut kat panjang balik.

    saya miss entri awak tentang berlawan dengan perompak itu.

    ReplyDelete
  51. lge nice u rmbot pacak lah!!haha ..

    ReplyDelete
  52. smart pe kemas je..tp nampak ala2 behave sket rmbut ala2 mawi ne...hehehe..


    tp kan kalo rmabut yg pacak2 tu confirm siap lambat...:P

    ReplyDelete
  53. nasib aku xpernah buat rambut kuali macam tomok masa aku sekolah dlu
    nasib2
    hahahahaha

    ReplyDelete
  54. lagi senang rambut mcm mawi, kemas dan bersih

    ReplyDelete
  55. adoyai..lawak sungguh tuan hambe...ngaaa~~

    ReplyDelete
  56. perubahan zaman. eh dh mmg mawi la. ingat blog mawi td. haha. bole?

    ReplyDelete
  57. sekarang dah tak rambut mawi kan =D

    ReplyDelete