Sunday, September 26, 2010

Koleksi Gambar Sopan Santun Beraya

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga sihat dengan penuh ceria di mana jua berada. yeah! masing-masing sudah sibuk dengan kerja, sudah berlambak dengan assigment. tak terkecuali aku yang sedang membizikan diri sampai blog ni bukan tahap bersawang je, malah lebih super dahsyat dari tu.

Masih syok beraya? aku call rumah dua hari lepas, kat kampung orang masih buat open house raya di mana-mana. adeh.. betul sangatlah tu, aku kalau kat Malaysia, selagi tak habis Syawal, selagi tu masih raya! cuti dah habis pun masih boleh beraya.. balik je kerja, sambung beraya. entah mana datangnya semangat makan yang tak reti nak surut.

Ahh.. bak kata orang tua-tua, usah di kenang benda yang takde. hahaha.. kat Egypt dah habis dah raya. yang tinggal hanya gambar-gambar saja.. kali ni nak kongsi koleksi gambar raya 1431 H.

Tahun ni lebih sikit meriahnya dari tahun lepas. tahun lepas kitorang berlapan je raya bersama kat sini. masak untuk makan-makan raya pertama je. raya kedua dah pergi main bowling. tapi tahun ni agak ramai, 17 orang.. terasa jugak meriahnya..

Gambar pertama di pagi 1 Syawal.. berjalan kaki ke tempat sembahyang raya di Suq Sayyarat. time ni masih lengang, belum ramai orang. tempat sembahyang ni tak jauh dari kompleks kediaman pelajar Malaysia.

Suasana selepas sembahyang raya.. penuh dengan umat manusia.. setiap tahun, kawasan tempat menjual kereta ni akan dibuka untuk menunaikan sembahyang sunat hari raya. (nak tengok video sebelum dan selepas sembahyang raya, ada kat post sebelum ni.)

Kami Satria Jubah Hitam!! hehe.. gambar balik dari sembahyang raya. takde baju raya tahun ni. guna baju tahun lepas-lepas punya.. duit raya pun takde! adeh.. sadisnya..

Gambar ni mesti ada setiap tahun. ambik gambar ngan adik kat bawah bangunan Asrama Kenyalang. bila dibandingkan dengan gambar-gambar sebelum ni, cam sama je.. hahaha

Raya pertama ada makan-makan lepas sembahyang raya. tapi takde gambar best nak dikongsi. makan-makan dengan kenyangnya, lepas tu tak larat nak bangun..

Malam raya kedua kitorang buat BBQ ikan. dah selalu sangat ayam, terus tahun ni tukar jadi ikan.. layan jugak..

Sementara tunggu bakar ikan, duduk melayan makan biskut raya.. tak banyak pun. sebab yang membuatnya ada dua orang je! yang lain tukang makan. lalala~

Ok.. gambar ni memang saja nak tunjuk. jejaka yang penuh dengan kasih sayang. hahaha.. naikkan saham bakal suami mithali

Menu simple je. nasik ngan ikan. pastu buah anggur, air berbotol-botol. ikan banyak giler.. tapi orang sopan santun cam saya, cukup lah dengan sekor ikan dan sepinggan nasik. tapi sekarang rasa rugi lak tak makan banyak hari tu.

Raya ketiga adik aku dengan housemate-nya buat open house(berdua je). heh.. pasal makan-makan free ni usah disebut, pasti nakkk memanjang.. ni para jejaka yang sakan beraya. (aku takde dalam gambar.. jangan di cari.)

Ni la biskut-biskut raya diorang berdua tu buat.. boleh jugak menaikkan suasana raya dengan biskut ni. aku suka cheese cake hari tu. entah la.. nak panggil kek ke biskut ea? hahaha..

Menu open house rendang ayam, mee jawa, nasi impit & kuah kacang. jangan tanya mana ketupat, mana lemang okeh. walaupun macam tu, semua sedap! maklum saja free.. sayangnya hanya sempat makan sikit je rendang ayam. cepat giler habis..

Tengok.. penuh sopan santun dak ni ambik makanan. sape la dak sopan ni ea..

Gambar yang paling aku suka sebab aku senyum dengan sempurnanya. hehe.. jejaka baju purple tu blogger jugak, tapi sudah berpunya..

Gambar ramai-ramai Hari Raya Aidilfitri 1431 H.. kalau bukan hari raya susah nak tengok semua ni pakai baju melayu dengan samping. kepada yang tengah cari calon suami, semua yang di dalam gambar ni bujang. cuma tak pasti single ataupun tidak. yang confirm-nya.. jejaka berbaju hijau (tiga dari kanan) masih single. hehehe..

Ini entry raya ke entry mempromosikan bakal suami? hahaha.. layan jer la..

Begitulah sambutan raya para perantau macam kami ni. takde lah semeriah sambutan raya di Malaysia. walau apa pun.. raya tetap raya di mana pun kita berada. yang penting, puasa enam jangan tak habis pulak. karang dah syok sangat pergi open house di sana sini, puasa enam bulan Syawal tak cukup. rugi tu..


Nota kaki :
Saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andai ada silap dan salah sepanjang berblogging ni. mohon maaf jugak sebab lama giler tak update blog.. sampai ada yang kasi ingat kat FB suh update blog. hihi..

Selamat Hari Raya.. err.. ada lagi kan?

Tuesday, September 14, 2010

Raya Si Perantau : Suasana 1 Syawal Di Egypt

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu di hari raya. pehh.. masih dalam mode raya lagi ni. saya raya sebulan penuh. hehe.. tapi puasa 6 jangan lupa ea. walaupun raya sudah mencecah hari kelima, saya masih belum dapat duit raya. sadisnya..

Gambar pagi raya, lepas makan-makan. kenyang giler..

Hari ni nak berkongsi suasana pagi raya di Egypt. orang lain tengah syok beraya dengan family tersayang, si perantau macam saya ni hanya dapat mendengar dan baca kisah-kisah best beraya di kampung. apa pun, raya tetap raya..

Ini rakaman sebelum sembahyang raya. bunyi takbir raya agak lain sedikit dari takbir raya kita di Malaysia. tapi kalimah yang disebut tu sama.. alunan je lain. apa yang menakjubkan, orang sangatlah ramai. penuh sesak dengan umat manusia..



Kawasan tempat solat sunat hari raya ni sebenarnya kawasan untuk menjual kereta yang dibuka pada hari Jumaat dan Ahad. hari jumaat la yang paling crowded. orang berpusu-pusu bawak kereta ke sini untuk dijual. kebiasaannya kereta terpakai. kalau hari jumaat dan ahad, penuh dengan kereta. hari raya pulak, kawasan ni akan penuh dengan manusia..

Uniknya, kita boleh tengok pelbagai bangsa di dunia berkumpul kat kawasan ni time hari raya. mungkin juga sebab kawasan ni menjadi tempat kediaman pelajar dari seluruh pelusuk dunia. Malaysian Student's Complex yang menempatkan asrama pelajar Pahang, Selangor, Terengganu, Kedah dan Sarawak pun tak jauh dari sini. berjalan kurang 5 minit dah sampai.

Kat bawah ni plak suasana selepas sembahyang raya..



Solat sunat hari raya diimamkan oleh imam dari masjid As-Syarbini. kalau tengok kat rakaman atas ni, nampak menara masjid As-Syarbini (minit 0.10). kalau nak dapat tempat kat dalam masjid tu mybe kena datang sebelum subuh kot. saya datang lepas subuh, dapat lah tempat kat luar masjid.

Sembahyang raya kat sini agak awal.. 7.30 pagi (12.30 tengahari waktu Malaysia). lebih kurang sejam setengah lepas subuh.

Belakang tu tempat solat perempuan, sebab crowded sangat, keadaan macam bercampur plak. sampai imam masjid tegur guna pembesar suara sebab orang-orang ni bercampur laki perempuan. huhu..

Banyak kali jugak beraya kat sini, termasuk raya korban. hari raya korban pun sama jugak macam ni lah keadaannya.. sesak dengan umat manusia. takjub tengok orang ramai. macam-macam perangai. para gadis-gadis pun ramai. hehe..


Buat ke sekian kalinya saya ucapkan.. Selamat Hari Raya~~ ^^


Nota Kaki :
Musim raya ni macam agak sunyi dunia blogging. huhu..

Saturday, September 11, 2010

Raya Si Perantau : Video Ucapan Hari Raya ASaDa RyutaRo



Pertama kali buat video ucapan raya.. macam ni la jadinya. tak reti sangat meng-edit video..

tQ kepada semua yang sudi nengok.. =P

Mohon maaf andai ada yang terlepas kata, tersalah bahasa, terasa hati atau apa jua kesalahan, sengaja atau tak sengaja.. saya mintak maaf.. hee..

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. =)



Nota kaki :
jangan lupa duit raya tu ea.. lalala~

Friday, September 10, 2010

Raya Si Perantau : Hari Terakhir Ramadhan

Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua.. semoga di hari pertama Syawal ni anda lebih ceria dan bahagia bersama family tersayang. kepada yang tak balik ke kampung, sabar je lah ye.. raya tetap raya..

Lama jugak tak up-date blog. bukannya bizi bonar pun. sibuk dengan benda lain sampai terabai sekejap blog ni. sian dia.. nak jugak bagitau, sekarang ni saya pun dah jadi family 100 Penulis. sape yang tak tau lagi pasal 100 Penulis ni, baik pergi jenguk. memang superb best! setakat ni baru dua post yang saya buat kat situ. hehe..
Panjang ke laut ni.. sebenarnya nak citer pasal hari terakhir Ramadhan, semalam.

Bangun sahur terakhir Ramadhan terasa lain sikit, sebab dah tertido awal. 2 minggu terakhir puasa lepas, saya tak tidur malam. entah apa yang penat sangat malam semalam sampai tertido tak sedar diri. tak join gotong royong plak tu. isk..

Subuh terakhir di pagi Ramadhan, alhamdulillah.. sempat berjemaah walaupun hampir ketinggalan satu rakaat. lepas subuh boleh pulak melayan movie Kapoww. hehe.. ok jugak movie tu. tapi member yang duk sama-sama menonton tertido di tengah movie. hahaha.. mengantuk sangat dah kot.

Habis je movie, aktiviti membasuh baju dimulakan.. sepanjang Ramadhan proses membasuh baju agak terganggu sebab air selalu tak naik. geram jugak bila air takde ni, sebab terpaksa guna toilet orang rumah tingkat bawah. memasak untuk berbuka pun kadang-kadang jadi masalah. uhh..

Panjang jugak cerita ni ea..

Sebenarnya nak citer pasal takbir raya. hampir setahun tak dengar takbir raya berkumandang.. hari ni, kitorang yang berbelas orang tak balik beraya kat kampung buat majlis Gema Takbir.. best jugak walaupun simple.

Kalau nak tau, kitorang ni, walaupun duduk sama-sama kat Sarawak, tapi loghat lain-lain. jadi yang menariknya, alunan takbir raya pun bunyi lain-lain.. enjoy jugak. kitorang pun namakan alunan takbir tu ikut nama kampung seseorang. sayang tak buat rakaman tadi. hihi..

Saat tengah menaip ni, masing-masing tengah sibuk dengan agihan kerja. esok lepas solat sunat hari raya, kitorang ada majlis Khatamal Quran dan Tahlil Arwah. lepas tu makan-makan. menunya, nasi himpit, rendang daging, mee jawa dan lain-lain lagi.. actually makan-makan tu yang ditunggu-tunggu. hehe..

Tengah menanti pagi Syawal yang ceria ni. Egypt lambat 6 jam daripada Malaysia. baru lepas bersembang dengan mak dan ayah jap tadi.. rindu sebenarnya, tapi tak dapat bersembang lama, semua tengah bersiap nak pegi masjid.
buat video ucapan hari raya. tapi tak siap lagi. pakai baju raya tahun lepas-lepas punya. tahun ni takde baju raya.. jadi bagi la duit raya kat saya untuk beli baju raya. hehe..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA.. MOHON MAAF ANDAI ADA SILAP DAN SALAH..


Nota kaki :
esok pakai serba hitam untuk solat sunat hari raya.. jubah hitam, pakai songkok.. =)

Monday, September 06, 2010

Kenapa Nak Tunggu Sampai Lima?

Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua.. semoga semuanya sihat walafiat dan penuh semangat menjalani ibadah puasa di hari-hari terakhir Ramadhan. yeah!

Kepada yang dah sampai kat kampung, selamat bermesra dengan family. semoga Ramadhan kali ni dan Syawal yang akan menjelma lebih bermakna, lebih meriah. kepada yang tak dapat balik ke kampung, bersabar sajo lah yer.. senasib la kita. huhu..

Baru jap tadi terjumpa tajuk yang agak menarik jugak la kat kosmo. bukan kisah jutawan yang hilang, tapi ni kisah pemandu bas ekspress yang dikenakan lima saman. dahsyat bila dengar lima saman dalam masa sejam.

Tahniah kepada pasukan JPJ yang buat teknik penyamaran di dalam bas ekspress sempena Ops sikap ke-22. mungkin dengan kaedah ini dapat mendisiplinkan pemandu bas ekspress yang mengabaikan tanggungjawab memandu bas secara melulu tanpa menghiraukan keselamatan penumpang.

Cumanya.. timbul dalam benak fikiran saya, kenapa kena tunggu sampai lima kesalahan? kenapa tak tegur pada kesalahan pertama? sedangkan kesalahan yang dilakukan oleh pemandu berkenaan sangatlah major. memotong di garisan berkembar! guna telefon bimbit semasa memandu bas! bas ye.. bukan kereta sorong. berpuluh penumpang dalam bas tu.

Saya kurang pasti bagaimana tugas seseorang yang boleh menyaman orang ni. tapi saya agak terkejut bila pemandu tu disaman selepas melakukan lima kesalahan di mana pegawai JPJ menyamar jadi penumpang menyedari kesalahan itu seawal kesalahan pertama.

Perlu dikumpulkah kesalahan itu terlebih dahulu? risau juga tak sempat nak saman, pemandu dah arwah..
Sumber Berita : KOSMO!
Geram jugak dengan si pemandu ni. dengan selamba kata tak sedar buat kesalahan tu semua. dah biasa sangat la buat macam tu. huh!

Pernah naik bas ekspress dari Kelantan ke Kuala Lumpur dan pemandunya sangatlah dahsyat mengalahkan pemandu F1.


Nota Kaki :
Kepada yang nak balik kampung tu, berhati-hati di jalan raya. pulanglah dengan bawa senyuman kemeriahan untuk keluarga tersayang.. =)

Saturday, September 04, 2010

Raya Si Perantau : Kisah First Time Balik Raya

Assalamualaikum dan salam mesra semua.. semoga dalam keadaan sihat walafiat menjalankan ibadah puasa. kepada yang terpaksa skip puasa tu, jangan lupa ganti. yang sengaja skip puasa tu, tak dapek la den nak kato apo. kono ganti jugak tu jang..

Dalam masa tak sampai seminggu lagi nak raya ni, terasa rindu dengan family di kampung tu membuak-buak. ditambah lagi masa berjalan-jalan menjenguk blog kawan-kawan lain, lagu raya di sana-sini. kadang tu sampai terkejut hampir nak jadi beruk bila terpasang volume kuat sangat.

Ramai jugak blogger dah balik ke kampung. sang perantau cam aku yang tak balik beraya tahun ni, sabar je la ea. raya tetap raya.. cuma tak dapat la nak bersama mak ayah, adik-beradik dan sanak saudara kat kampung. aku nak kirim gambar kat Salam Perantau, tapi takut pulak orang koyak atau buat pembungkus lemang panas. jadi aku batalkan niat nak hantar tu.

Bercerita pengalaman balik raya si perantau ni, bagi aku, kisah balik raya tahun 2005 yang paling best. time muda remaja baru habis sekolah. [sekarang pun masih muda remaja jugak.] tahun 2005 tu kira kali pertama balik dari jauh. betul-betul merasa perasaan seorang perantau yang balik kampung nak beraya dan kisahnya sangatlah sadis!
ni gambar member yang hantar aku ke airport time balik bercuti tahun lepas.

Hari terakhir puasa, tiket dari KLIA ke Kuching. balik grouping, tiket dapat free dari Yayasan Sarawak untuk student. cam sesuai je layan lagu Balik Kampung daripada Allahyarham Sudirman, walaupun sebenarnya hati aku tengah sedih dan risau. dalam perjalanan dari asrama Yayasan Sarawak ke KLIA awal pagi tu, aku masih duk fikir-fikir lagi cara nak sampai ke rumah.

Sebelum hari tu, aku call ayah mintak datang ambik kat airport Kuching. tapi ayah kata, dia sibuk. aku mintak la siapa-siapa datang ambik. tetap jugak ayah kata tak dapat. pak su pun sibuk, semua sibuk. ayah suh naik teksi. seriusly ayah kata tak dapat datang. aku yang mendengar tu terus nangis. cengeng betul.

Aku nangis sebab memang tengah kering. dalam poket ada RM2 je. aku tak bagitau kat ayah yang aku takde duit, sebab beberapa hari sebelum tu ayah baru je bank in RM150 tapi aku dah habiskan. kalau aku ngadu duit dah habis, confirm kena marah. kat asrama yayasan tu sepatutnya semua free, makan tanggung, minum tanggung, berak cangkung. macamana ntah duit aku boleh habis.

Aku bagitau kat member sekampung yang nak tumpang sama-sama balik ngan aku, ayah aku tak dapat datang ambik. kena naik teksi. kurang-kurang kena ada RM20. aku pun tak tau member aku ada duit ke tak. tapi dia selamba je.. (untuk pengetahuan, takde perkhidmatan bas kalau dari airport Kuching tu.)

Macamana aku nak balik? dalam kepala aku, kalau terpaksa naik teksi, sampai rumah suruh teksi tunggu. pastu mintak duit dengan mak untuk bayar. set!

Sampai kat airport Kuching, pukul 12 tengahari. aku tengok member-member lain tergesa-gesa je nak keluar jumpa mak ayah yang tengah tunggu. aku masih dengan sayunya ambik beg, berjalan lesu. sedih seyh.. sampai aku terlupa nak bagi kad raya kat sorang classmate yang akhirnya sampai sekarang aku tak pernah lagi jumpa dan tak ada cara nak contact dia. tu citer lain..

Dekat pintu keluar arrival tu, aku tengok member-member disambut oleh parents masing-masing. dalam hati, aku ni takde yang sambut. sedih giler.. time tu rasa cam orang tak hepi pun aku balik rumah. lama jugak dah takde kat rumah. family member aku yang tinggal kat Betong pun datang ambik dia kat Kuching. aku? rumah aku tu, drive 30minit dah boleh sampai kat airport. tak ke haru mengenang diri tak diambil tahu.

Dalam aku ke kiri ke kanan tengok orang tu, tiba-tiba 2 orang budak laki melambai kat aku. tak pasti siapa. aku usha betul-betul, rupanya adik aku! hahaha.. ayah aku dengan ayah member sekampung berdiri tak jauh dari situ. pehhh! terus laju je aku berjalan tak tengok orang, datang n dakap ayah erat-erat. keluar lagi air mata aku.. kali ni nangis hepi. ngee =)

Sampai rumah, mak n kakak aku perli-perli sebab nangis cengeng. rupa-rupanya, yayasan sarawak dah hantar surat awal-awal lagi kat ayah bagitau yang flight kitorang hari tu, jam sekian-sekian. detail! semua orang saja berpakat nak kenakan aku. kalau tak buat camtu, tak merasa la aku macamana sedihnya bila family sendiri tak peduli kat kita. huhu..

Walau apa pun, sangat best! sampai sekarang pun masih ingat camana rasa sedih tu bertukar jadi hepi. hahaha..

tamat..

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk semua muslimin dan muslimat.. sambil-sambil buat persediaan raya tu, jangan sampai lupa benda yang wajib pulak. puasa jangan sengaja tinggal noOo..

Thursday, September 02, 2010

Dedikasi Merdeka 2010

Assalamualaikum dan salam mesra.. semoga anda sihat walafiat bersama insan tersayang. jangan buat-buat sakit pulak sebab nak skip puasa. apa pun, kepada yang tengah demam kurang sihat tu, semoga cepat sembuh. bawa-bawa bersenyum ceriakan diri. hehe..

Sepatutnya entry ni dah di post 1 september hari tu, tapi tak siap-siap lagi mp3 yang nak dibuat. berbekalkan semangat patriotik yang tinggi menggunung, maka hari ni dapat jugak disiapkan..

Sebelum anda bertindak lebih rakus.. baik saya pesan dulu.. nak click button play kat bawah ni, pastikan anda sorang-sorang dan volume speaker tidak terlalu kuat. takut juga mengganggu sehingga orang di sekeliling terus stop buat kerja dan bergegas ke laptop atau pc anda tu. hehehe..




( dah ok.. jom dengar. hehe =P )

APA MAHU KU DARI MERDEKA

Sajak bukan dinukil oleh orang yang profesional. orang yang deklamasi sajak pulak tahap beginner pun belum. sekadar mahu meluahkan semangat membara dan sayangkan Malaysia. seriusly sangat mahu Malaysia terus maju bukan dari segi ekonomi dan teknologi saja, malah mahu anak watannya mempunyai jati diri serta akhlak yang unggul.

Kalau orang dulu sebelum merdeka, mereka berjuang berkorban nyawa nak negara bebas dari jajahan orang lain. sekarang, tugas kita ialah mengekalkan kemerdekaan dan memajukan diri demi negara. sekiranya masing-masing dalam Malaysia memainkan peranan dengan cemerlang, tak mustahil Malaysia boleh jadi terbilang. jom! sama-sama transform jadi unggul, tak kira siapapun kita.. kerana hanya ada satu Malaysia! kita penggeraknya..

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53.. 1 Malaysia Menjana Transformasi.


Nota kaki :
komen la tentang sajak tu. nak tau gak apa komen orang lain. kalau masuk contest, ada harapan menang tak? hehe =P