Friday, June 25, 2010

Pengalaman Menjadi Orang Tebusan Part II

Bukan aksi gaduh mereka. [gambar dari google]

Si gadis dah tau aku terheret dalam masalah tu mengajak beberapa orang kawan lelaki dari kaum sebangsanya sebagai teman berjumpa si curang yang bersama geng-gengnya. si gadis dah call amin gak supaya datang sebab kumpulan tu takkan berganjak selagi amin tak datang.

"kita dah ada si gadis ini kalau amin tak datang" ni ayat diorang!

Sebelumnya, diorang menahan aku sebab tak dapat nak contact si gadis dan amin. aku dijadikan tahanan. amin pada mulanya telah ditegah oleh kawan-kawan lain supaya tak balik ke rumah terpaksa balik jugak bila si gadis ditahan sekali.

Aku dapat mengagak keadaan akan menjadi panas. aku disuruh balik, tapi aku risau pulak dengan si gadis yang sorang-sorang perempuan kat situ. jadi aku tetap berdiri di situ menunggu amin yang masih dalam perjalanan.

Perasaan marah kononnya tercetus apabila kawan-kawan si curang tidak puas hati si curang tidak membalas sepakan amin. jadi mereka mahu si curang membalas balik hari tu. kononnya kedatangan amin bersama kawan-kawan lain menyerbu di restoren miliknya tempoh hari adalah sangat tidak patut.

Ah.. semuanya tipu belaka! si curang sangatlah pandai mereka cerita! mulut manis macam gula hati busuk cam bangkai.

Sebenarnya si curang dah upah orang-orang tu datang untuk pukul amin! si curang mereka cerita, kononnya dia diserang dengan teruk, padahal orang sempat menahan amin dari bertindak ganas. hanya tempias serangan yang kena padanya.

Lagi, hanya amin yang menyerang dia, bukan semua orang dari 2 buah kereta seperti cerita dicanang oleh si curang! sebenarnya kedatangan amin ke restoren itu secara mengejut adalah supaya si curang tidak lari menyembunyikan diri. sebelum tu dia taknak bayar hutang si gadis.

Geng kaki pukul. [gambar dari google]

Kisah ni terbongkar selepas kekecohan dilerai. amin teruk kena belasah oleh lebih 3 orang dari geng tu. mata kiri bengkak dan luka-luka. setelah keadaan tenang, ada kalangan orang yang diupah bertanya dan amin menceritakan hal sebenar. mereka pun buka mulut dan ceritakan kisah mereka yang diupah.

Menurut khabar orang yang dipercayai, si curang sekarang berlindung di bawah naungan sebuah "badan besar" dan hutangnya telah dilunaskan oleh badan tersebut.

Alhamdulillah.. sekarang hanya menunggu persemukaan antara dua pihak untuk berdamai. kes ini menjadi sangat besar kerana ramai yang telah diseret bersama. perpecahan dua bangsa kian membesar dan jika ini berterusan, pasti membawa kesan yang amat tidak baik.

Sepatutnya hal ini telah selesai sesudah saja menandatangani surat akuan dan perjanjian membayar hutang. tapi oleh kerana marah, dendam dan lidah yang over cabang, keadaan menjadi teruk.

Inilah bahana lidah. sangat benar kata pepatah, kerana lidah badan binasa. yang ni bukan takat badan binasa, dengan bangsa-bangsa pun berpecah. dahsyat! bahaya betul orang yang buat cerita menghasut ni.

Lagi pengajaran dari kisah ni, apabila marah, diamkanlah diri. kerana dalam keadaan marah, anda akan menggunakan bahasa yang dinamakan bahasa "entah apa-apa" di mana mungkin boleh mendatangkan kecederaan dan dendam..

Jom renungi hadith ni. pendek je..

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَوْصِنِي، قَالَ : لاَ تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَاراً، قَالَ: لاَ تَغْضَبْ

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah sholallohu ‘alaihi wa sallam :

"(Ya Rasulullah) nasihatilah saya. Baginda bersabda : Jangan kamu marah. Beliau menanyakan hal itu berkali-kali. Maka Baginda bersabda : Jangan engkau marah. "

(Riwayat Bukhori )

Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya;"
[Surah Asy-Syura : Ayat 37]



Nota kaki :
ini adalah kisah benar, kepada sesiapa yang nak ambik cerita ni buat filem atau drama, sila bagitau. hehe.. [ade ke pembikin filem yang baca blog ni?] wahaha..

aku rasa cerita ni best dan boleh wat drama. camana permulaan dengan kasih sayang menjadi permusuhan n perpecahan kaum.. fuhh. penuh konflik!

Pengalaman Menjadi Orang Tebusan

Kisah ini susulan dari entry Jangan Over Percaya yang lepas.

Si gadis yang meminjamkan duitnya kepada sang lelaki curang telah meminta bantuan amin(bukan nama sebenar) menjadi orang tengah untuk menagih hutang. surat akuan dan perjanjian untuk membayar hutang dengan syarat-syarat telah ditandatangani oleh si curang. namun sesuatu di luar jangkaan sekali lagi berlaku selesai sahaja menandatangani surat perjanjian. amin tidak dapat menahan marah lalu menyepak sang lelaki curang yang sebelumnya menggunakan perkataan kasar untuk berinteraksi.

Bukan kisah mereka yang aku nak cerita. ni kisah aku yang menjadi orang tebusan.

Tengahari selasa, selepas makan di cafe, aku berjalan seorang diri balik ke rumah seperti biasa. tapi hari tu sebelum sampai ke rumah, aku ditahan oleh dua orang lelaki yang tidak dikenali bertanyakan perihal amin. beberapa detik selepas itu, sekumpulan lelaki kira-kira 7 orang datang menyerbu dengan muka bengis.

"kau amin??!!" jerit seorang lelaki menunjuk jarinya ke muka aku.

"bukan. bukan.." dengan penuh sopan aku jawab. ye la.. aku kan orang romantik sopan santun yang innocent. sebenarnya kecut jugak perut. hahaha..

Seorang lelaki dari kumpulan itu menahan mereka yang lain supaya tidak mengapa-apakan aku yang masih dengan muka innocent. mereka nak aku call amin time tu jugak. adeh! aku takde credit.. baru je habis.

Baru aku perasan, si lelaki curang yang pondan dan bacul turut ada kat situ. tahulah aku, ini kes tak puas hati kena sepak dengan amin hari tu.

Dalam hati, "ciss.. badigol ni bawak geng plak nak tibai si amin. nampak sangat bacul."

Lelaki curang tu mengarang cerita palsunya di depan aku. ceh, panggil aku abang konon. nak tunjuk hormat, tapi buat cerita merapu. katanya, geng dia datang tu sebab tau kisah amin sepak terajang tapi dia tak balas. aku call amin dengan telefon lelaki curang, amin tak jawab. aku ambik keputusan pergi beli top-up untuk call amin. diorang ikut belakang aku pegi kedai! seolah-olah tak kasi aku lari.

Apa yang aku takut, aku pulak yang kena lunyai bila tak dapat jumpa amin. alamak! masing-masing antara mereka tu muka penuh dendam. lelaki yang menjerit kat aku tadi masih lagi terpekik terlolong gaya orang sawan, tapi berjaya ditenangkan setelah rakan-rakan seperjuangan mereka menjelaskan bahawa aku tidak ada kena mengena dengan dendam si lelaki curang. jumlah ahli mereka hari tu tidak kurang 20 orang ok!

Aku call amin, masih tidak berjawab. mereka yang mengerumuni aku tu tetap nak jumpa dengan amin. ya ampun.. siyes tak tau nak buat apa. karang melawan takut kena belasah pulak. yang ada kat situ semua muka kaki pukul yang tengah panas. bukan muka budak baik cam aku.

Aku call pulak si gadis, tanya mana amin. aku bagitau gak yang si curang ada bersama aku bawak geng. tak tahu kisah sebenar. tak tau nak percaya siapa. aku end called lepas si gadis kata, jangan pedulikan diorang tu.. tapi camana nak buat tak peduli bila aku dah kena tahan?

Dalam tengah bercakap dengan lelaki curang si pereka cerita merapu meraban tu, tiba-tiba amin call. aku beritahu situasi kat sekeliling. aku agak marah dengan amin sebab dari cerita si curang tu, amin sepak dan pijak kepala dia. amin bagitau aku supaya jangan masuk campur n suruh diorang balik. aku putuskan panggilan n bagitau kat diorang amin tak balik hari tu. hahaha..

cerita tak habis lagi.. diorang nak jugak jumpa ngan amin! aku masih dalam tahanan time tu..

Muka asada ryutaro yang sungguh innocent.. ngeee~~

pagi karang aku sambung cerita.. mau rehat lagi.. **masih kurang sehat..

Monday, June 21, 2010

Perpisahan Terjauh

Menaip dengan teknik kesedihan. aku tahu masih banyak yang perlu aku tempuhi untuk menemui bahagia. kesedihan ini seharusnya aku anggap sebagai dugaan. hidup mana yang tiada dugaan dan cabaran.

Hidup sememangnya penuh dengan warna-warni. cerah gelap telah ditentukan. bersama atau berpisah semua telah diatur. kita manusia hanya merancang, punya kuasa yang maha hebat ialah Sang Pencipta. segalanya telah diaudit di luh mahfuz.

Dalam usaha mencari haluan hidup ini, apa saja bisa terjadi tanpa diduga. bersabar.. besar sungguh makna perkataan ini. biar terpisah dengan jarak. biar terpisah dengan apa jua. aku tetap yakin akan jodoh yang telah ditetapkan oleh-Nya. [aku redha jika dia bukan jodohku. pasti ada hikmah di sebalik segalanya..]

okeh.. cukup! usah bersedih melampau-lampau.

Bila aku teliti gambar ni, rupanya aku ada iras-iras cristiano ronaldo! ok, aku perasan. sebenarnya hrithik roshan saja..

Kepada anda yang masih dirundung kesedihan, bersabarlah.. segala yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya. semoga kita beroleh kejayaan di dunia dan akhirat berkat kesabaran yang tinggi.. senyum selalu =) [aku pun cam berat je nak senyum ni. hahaha..]

"Usah tangisi perpisahan kerana bersamanya jutaan hikmah yang engkau belum ketahui" -asada ryutaro-



nota kaki :
lagi-lagi bab jodoh kan. layan je la ea.. gambar first tu bukan gambar nanges, tapi tgh tunggu order tak siap-siap.. hehe =P

Friday, June 18, 2010

Berjimat Untuk Si Boros Cara Asada RyutaRo

Salam mesra kepada anda. semoga sihat-sihat saja dengan senyuman penuh bahagia. sudah 4 hari blog ini membisu tanpa sebarang cerita. bukan tidak mahu meng-update, tapi dek kerana akal fikiran yang belum sampai tahap membuak untuk meluahkan segala isinya.

Aku masih lagi dalam pertarungan maha dahsyat dengan kertas yang diagih oleh para pengawas peperiksaan. walaupun kertas tidak menyerang, namun aku harus berhempas-pulas memastikan kertas itu berjaya diconteng dengan penuh makna. yeah!!

Oleh kerana tidak mahu sawang terus berlambak dalam blog ini, sekaligus menyebabkan graf traffic semakin menurun secara mendadak, maka aku dengan baik hatinya memberi tips berjimat cermat cara aku yang sememangnya sangatlah berkesan.

wallaweh! apesal ayat skema sangat ni? layan je la..

Pengenalan,
Orang yang sangatlah boros sememangnya sangat sukar menyimpan duit. ada saja yang terdetik untuk dibelanjakan. walaupun kadang-kadang benda yang dibeli itu langsung tidak mendatangkan faedah kepadanya. dalam erti kata lain, hanya menghabiskan duit dengan berbelanja. kepuasan pada mereka apabila dapat menghabiskan duit yang ada di tangan!

Okeh, kita sangat sama bila meletakkan kepuasan pada duit yang telah dihabiskan. hahaha.. jadi sebelum wang anda dihabiskan dengan puas, maka anda perlu menggunakan tips berkesan ini.

Pertama : Bagi orang lain pegang duit belanja anda.
  • Bila duit belanja orang laen pegang, dengan rasa segannya anda akan minta duet untuk berbelanja. ini akan mengurangkan perbelanjaan anda bila keseganan wujud dalam diri. namun sangatlah tidak berkesan terhadap mereka yang sangat tidak tahu malu mintak duet hari-hari. adeh!
Kedua : Tidak perlu guna kad credit atau kad utang.
  • Penggunaan kad kredit akan membesarkan peluang untuk berbelanja secara bebas! di samping anda mendapat kepuasan yang sangatlah best berbelanja, anda juga akan mendapat 'kepuasan' terhadnya gaji di setiap bulan. hahaha.. padan muka. [tak di nafikan banyak kebaikan penggunaan kad credit bagi bukan si boros]
Ketiga : Mengurung diri di dalam rumah.
  • Walaupun cara ini tidak baik untuk kesihatan, namun sangatlah berkesan. anda tidak perlu mengurung diri sepanjang minggu, cukuplah dengan 2 hari dalam seminggu. kalau rasa masih banyak jugak berbelanja, tingkatkan hari pengurungan. hehe..
Keempat : Bawa hanya sedikit duit mengikut keperluan apabila keluar dari rumah.
  • Cara ini juga sangat bagus. walaupun macam tu, sangatlah sukar bagi seorang boros meninggalkan separuh duitnya di rumah. pelbagai alasan yang terkadang tidak munasabah digunakan untuk membawa semua duit. jadi, sila praktikkan point satu. [tapi bila tak cukup duit, jangan pulak pergi ke ATM cucuk duit!]
Kelima : Berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis.
  • Cara ini terbukti sangatlah berkesan bagi yang berbelanja untuk makanan. selain dapat berdiet, anda juga mampu untuk berjimat. akan tetapi berpuasa kurang baik untuk si boros yang suka membeli barang kerana lebihan duit akan digunakan untuk membeli barang lain. jadi, untuk si boros membeli barang, sila praktikkan point empat.
Keenam : Menabung.
  • Amalan menabung sangatlah baik untuk masa depan. mulakan dari sekarang bagi yang belum start menabung. menabung adalah sangat sukar bagi si boros yang suka mengorek tabung. jadi sila gunakan tabung yang mempunyai tahap keselamatan yang tinggi. jika anda menggunakan tabung yang boleh dibukak dengan mudah, tahap keinginan mengorek akan berada di tahap klimaks.
Cukup la dulu setakat enam cara ni. nanti ada lagi point lain yang aku amalkan, leh la kongsi-kongsi. saya boleh, kenapa anda tidak? [budget cam iklan mari berjimat cermat]

Kepada si kaki boros, anda perlu tahu menilai, mana keperluan dan mana keinginan. sekiranya anda mampu menilai kedua perkara ini dengan baik, anda akan menjadi seorang yang kaya suatu hari nanti. selain itu, anda juga harus sentiasa berusaha memajukan diri..

Tanamkan semangat "hari ini mesti lebih baik dari hari semalam" dalam diri. berusaha perbaiki kelemahan, nescaya anda akan jadi yang terbaik!

pehh... penuh semangat aku menaip benda ni. lalalala~ ada tips lain? meh la kongsi..


nota kaki :
masih berusaha untuk membuang sifat boros.. tapi aku jenis boros makan! hahaha..

gambar pertama : budak baik sedang memilih buku untuk dibeli. lalala~
gambar kedua : ambik dari google

Monday, June 14, 2010

Tak Nak Langkah Bendul

Salam mesra kepada anda. semoga sentiasa bahagia dengan senyuman. aku seakan bizi semenjak bermulanya world cup. haha.. semua game nak tengok, sampai masa untuk update blog jadi terbatas gara-gara taknak miss match. adeh!

Bukan nak citer pasal world cup ea, tapi pasal kawen langkah bendul. blog aku ni banyak entry yang menyentuh bab kawen, tak lama lagi boleh la bukak kaunseling nikah kawen. haha..

Pengenalan, aku ada 8 orang adik beradik. agak riuh jika semua ada. aku anak ketiga, ada kakak 2 orang. 3 orang adik perempuan dan yang paling bongsu 2 orang adik lelaki.

Menyarung cincin. aku takde kat ruang tamu time ni, bizi di dapur jadi tukang hidang makanan. kena rajin, mana tau makcik-makcik yang datang tu ade anak dara yang secocok boleh direkemenkan. hehe..

Ogos tahun lepas, buat julung kalinya orang datang meminang dalam family aku. itu yang pertama. aku ingatkan pakwe adik aku tu hanya datang merisik. rupa-rupanya meminang. majlis simple je tapi rombongan sangatlah ramai menyebabkan majlis nampak sungguh grand. takde hantaran or balas hantaran macam orang melayu biasa buat. tunang adik aku tu orang bugis tulen.

Beberapa bulan selepas tu, kakak sulung aku pulak yang dilamar orang. jejaka bugis jugak. adeh.. aku kena carik orang bugis jugak ke ni? hahaha..

Baru-baru ni aku tanya kat adik aku tu, tak nak kawen terus ke? dan jawapan daripada adik aku.. "tak nak langkah bendul." aku gelak je. ye la, aku ngan kakak kedua aku tu lom ada bunyi-bunyi nak kawen. angin pun takde..

Gambar selepas majlis pertunangan kakak sulung(2 dari kiri). aku dah kat egypt time ni. sengih-sengih bila tengok adik lelaki aku tu, besar gedabak! dah tu buat muka senyum suci lak dalam gambar ni. hihi..

Pada aku, tak kisah la langkah bendul atau melompat bendul. perkara yang baik, jangan kita lengah-lengahkan. sebenarnya.. aku yang tak sabar nak ada anak sedara sendiri.. hahaha.. sangat jeles bila tengok orang lain bermanja dengan anak sedara..

Bila la baru turn aku.. ade ke yang sudi nak kawen ngn aku? leh email terus kepada saya ea. lalala~ (tukar jadi saya, sopan dengan bakal calon isteri)

Apa-apapun, aku mendoakan semoga semuanya bahagia dengan pilihan masing-masing. tiada siapa yang mahukan perpecahan dalam keluarga. so, kena ada toleransi dan bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah. jalankan tanggungjawab seikhlas yang mungkin memupuk kasih sayang berpanjangan. insyaAllah akan bahagia. jangan lupa pada yang Maha Pengasih juga.. (^^,)

penutup post ini..
persoalan.. siapakah akan jadi awek asada selaku calon isteri asada? hahahaha... hadoi!



nota kaki :
sangat rindu mau berkecoh-kecoh dengan family..

Saturday, June 12, 2010

Engkau Rasa AsaDa RyutaRo Glamour Tak?

Salam mesra salam muhibbah kepada anda. semoga bahagia mengukir senyuman. kepada yang masih dalam musibah, hadapi dengan senyuman. teruskan usaha, semoga anda dapat mengatasi segala masalah yang mendatang.

Kebelakangan ni, entry yang aku buat cam dalam dilemma masalah hati je kan. marah, rindu, entah ape-ape lagi.. hari ni seolah-olah mahu bersantai saja.. tapi ayat aku ni skema semacam dah. layan je la..

Setelah hampir setengah tahun aku berblogging [budget cam dah lama], bermacam cerita dah aku baca, ramai kenalan dan kawan baru yang aku dapat. sangat terasa kepuasan. dan apa yang pasti, aku nak sangat-sangat ikut gathering para bloggers! hahaha.. insyaAllah kalau berkesempatan, memang teruja la kalau dapat jumpa geng-geng yang sungguh friendly dalam dunia blogging ni. kalau boleh nak cari calon isteri terus.

Panjang lak intro.

Sebenarnya aku nak citer pasal award terbaru yang aku dapat. Glam Blogger Award!! tersengih-sengih bila dapat award ni. korang rasa aku glamour tak? pehh.. cam famous lak kan. adeh! over perasan aku ni. tQ so much! ohh.. lihatlah dunia.. (^^,)

Inilah Glam Blogger Award yang diberi oleh Blog Life Is Colourful by Amalina Wahida.

Tanpa membuang dakwat menaip benda ni, aku dengan rasa best dan penuh bangganya berikan Glam Blogger Award kepada bloggers yang sangat famous kat blog dakmalaysia ni..

Boyachilles @ http://kakimotong.blogspot.com
Cik Helena @ http://www.cikhelena.com
maCy @ http://cahaya-humaira.blogspot.com
Ery Farieha @ http://lapinkyery.blogspot.com
Mawaddah @ http://mwdah.blogspot.com
Keyyah @ http://misszek.blogspot.com
Farid Mofasad @ http://mofasad.blogspot.com
Hanie Nisya @ http://nisyaheartz.blogspot.com
Ann @ http://www.saichou.com
Shahira Ariff @ http://narcissafelton.blogspot.com
Aien_Raz @ http://aienkampongurlz.blogspot.com
Zella @ http://zellastory.blogspot.com
Cik Aida @ http://sitinurohaidah.blogspot.com
Aki @ http://akitoimada.blogspot.com
Zuely Penggoda @ http://zuelyhebatohh.blogspot.com
Kim @ http://kimpinkoctopus.blogspot.com
Cik Jari @ http://tari-jemari88.blogspot.com
Hans @ http://hanspunyablog.blogspot.com
Nabilah @ http://zafiranabilah.blogspot.com
Amirah @ http://nooneknowzz.blogspot.com
Tot Tot Kecik @ http://tottotkecik.blogspot.com
Asy @ http://asyrafhamasaki.blogspot.com

Patung senyum ni plak award happy dari Blog Budak Eaty by Zatyy. tQ so much!!

sebenarnya soalan tag dalam award happy ni dah jawab ri tu.. ada kat sini.. takmo dah jawab.. hehe.. takpe kan? lalalala~


Last sekali.. seperti biasa.. inilah dia si AsaDa RyutaRo yang Glamour itu.. hahahahaha... aku suka watermark yang cool itu..




Nota Kaki :
tak tau la kenapa hari ni cam sangat kosong.. ada sesuatu kekurangan yang susah nak explain!!

kepada peserta contest GAMBAR BEST by AsaDa.. sila check nama anda kat tepi blog ini. kalau ada yang salah, gtau ea.. tQ banyak-banyak coz sudi join... kepada yang lom join, jom la join ramai2.. hehe (^^,)

Friday, June 11, 2010

Engkau Makan Duit Judi Ke?

Salam mesra kepada anda. semoga dalam keadaan yang sihat dan bahagia. ramai yang tengah demam FIFA sekarang ni. adeh!.

Aku pun tak sabar-sabar tunggu ni. malam tadi ada konsert World Cup kat stadium Orlando, Soweto sempena World Cup di Afrika Selatan. perlawanan yang pertama akan bermula kurang 12 jam lagi. pertemuan South Africa menentang Mexico. aku agak Mexico menang.. 1-0. ke cmna?

Itu kisah world cup. yang ni lain pulak. nampaknya kerajaan tak menarik balik lesen judi tu. Jom baca dengan gembira~~

wallaweh! mesti tak sabar para penjudi-penjudi tunggu keputusan perlawanan. tambah-tambah lagi kat Malaysia negara Islam yang sangat dibanggakan oleh negara Islam yang lain.

Sebulan yang lalu, Kumpulan BERJAYA iaitu tuan punya rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven telah mendapat lesen judinya! wahh.. makin syok la rakyat nak berjudi. kerajaan siap bagi lesen lagi tu.

Pastinya sekarang penganjur judi sedang gembira mengira duit masuk tatkala ramai orang sudah meletakkan taruhan mereka. wallaweh! kenapa kerajaan kita pun tak masuk sekali berjudi? kalau menang, duit boleh bertambah. boleh la support RMK-10. dah alang-alang bagi lesen.

Nak ambik lesen judi bola sepak tu kena ada cukai tak ea? kalau bercukai, boleh tambah income jugak tu.. pastu bagi gaji kat pekerja kerajaan.. waaaaa~ *blink*blink*

Malaysia kerajaan "demokratik".. erkk!! demokratik kena tanya pandangan rakyat dulu.. tapi ada rakyat yang sokong.. waaahh!! diorang siap buat banner besar-besar lagi..

Credit gambar to bom321.blogspot.com

Kalau menurut presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas, lesen judi ni mengelak pengaliran wang ke luar negara secara haram. ala.. lesen judi dah lama ada kat Malaysia. yang duk bagi kat Kumpulan Genting.. cuma takde cop halal malaysia je LAGI.

Apa yang mengharukan, sekarang ni tak terdengar lagi kata-kata daripada Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung dengan perkara ni. eh.. takkan senyap je?

Ahh.. cakap banyak-banyak tak guna dah. YANG PENTING ANDA KENA TAHU.. BERJUDI TU HARAM BAGI ORANG ISLAM!! tapi kerajaan kita kerajaan Islam kan? bikin panas saja..

Mungkin orang yang duduk di parlimen tu tidak tahu macamana akibatnya bila ada kedai-kedai judi di tempat aku. penjudi yang kaya-raya harta berkoyan-koyan tu senang la. tunggu nak bankrup je kan. yang miskin kat kampung pulak sampai cerai-berai dalam keluarga. habis harta bergadai isteri, sudah isteri bergadai anak! tahukah mereka?



Nota Kaki :
dalam hati, sangat benci dengan judi!

sumber : berita harian online / Utara Online /

Wednesday, June 09, 2010

Kalau Sudah Jodoh

Ini kisah Asada yang hensem. kisah dua hati yang telah lama terpisah tanpa khabar berita tetapi akhirnya bersama jugak. yezza.. kalau sudah jodoh..

KLIA malam tu seperti biasa. ramai orang lalu lalang. penat weh 10 jam dalam flight. tapi excited menenggelamkan semua penat tu. 4 tahun tidak kembali ke tanah air. memang tak sabar benar nak jumpa orang tersayang.

Aku tinggal sementara bersama pak anjang di subang sebelum tarikh flight ke sarawak lagi seminggu. pak anjang pun bizi seminggu tu, tak dapat nak temankan aku kat rumah. so aku bagitau kat pak anjang aku nak jalan-jalan. mungkin ke Seremban. pak anjang ok kan je.

Niat aku hanya satu. nak jumpa nadhira (bukan nama sebenar). 4 tahun tak jumpa tanpa khabar berita. memang sengaja tak hantar berita sesama sendiri. aku mengharapkan cinta nadhira terhadap aku juga kekal segar dalam hatinya. hanya mengharapkan kuasa jodoh menemukan kami semula.

Mengimbau kenangan silam. aku dan nadhira sepasang kekasih bahagia. namun aku mengambil keputusan untuk menghentikan hubungan cinta terlarang. ya, tiada istilah couple dalam islam melainkan hanya hubungan akad nikah antara adam dan hawa.

Semasa hangat bercouple dulu sememangnya selalu bersembang di telefon. chatting berjam-jam. terkadang aku lalai. akhirnya aku mengambil jalan yang aku harapkan mendapat redha Ilahi. namun silap aku, tidak pernah aku katakan sebab sebenar aku menghentikan hubungan di tengah jalan setelah 3 tahun bersama nadhira. cuma aku simpan cinta itu kemas di dalam hati untuk aku lamarkan suatu hari nanti. dan sekarang, aku telah sedia untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang suami. aku yakin, sekiranya memang jodoh aku dan dia. tiada apa lagi boleh menghalangnya melainkan kuasa Allah SWT.

Pagi tu cerah. seolah-olah ceria mengiringi perjalanan aku ke seremban. kepala masih runsing gak, nak terus ke rumah nadhira ke call dulu. aku ambik keputusan untuk call je dulu. karang aku terjah-terjah kat rumah, orang takde, naya gak kan.

Nadhira terkejut bila aku bagitau sape yang call. ringkas je jawapan aku. "ni asada.". tapi aku dapat rasa nadhira terkejut. lalu terus tanya aku kat mana. tambah terkejut bila aku kata dah ada kat seremban. nadhira datang ambik aku kat stesen monorail ke rumahnya. mak dan abah dia pun terkejut dengan kehadiran aku. masa couple dulu aku sangat rapat dengan family nadhira ni.

Duduk bersama di ruang tamu. bermacam soalan ditanya kat aku. bila sampai dari egypt? cuti ke dah habis study? dan akhirnya..

Aku meluahkan hasrat sebenar kedatangan mengejut tu. berdebar dada nak mengeluarkan kata. dengan perlahan penuh sopan, aku menyuarakan isi hati aku yang ingin memperisterikan nadhira.

nadhira memandang muka aku.. sayu mukanya..

"Asada.. sebenarnya.. " ayat nadhira terhenti. kelihatan air jernih gugur dari matanya..

Hati aku tersentak. tiba-tiba suasana ruang tamu jadi sunyi.. aku menunggu kata seterusnya daripada nadhira..

"ASADA.. i nak kawen ngn u!!" ...


woi.. asada.. bangun.. bangun.. dah asar ni..

oh.. rupa-rupanya aku hanya bermimpi.. hahahaha... penat tak ilang lagi ni. gigih nak update cerita yang aku ngelamun dalam bas tadi. hehe..







nota kaki :
kisah ini hanya lamunan aku dalam bas. ngeee~ hope anda tidak marah. lalala~

gambar sangat jiwang.. act nak try watermark terbaru asada by eybyzzonline. adiah menang contest Best Vacation Photo by Mekchu ri tu. (aku lupa lak nak cerita pasal kemenangan best ni. hahaha..) click sini nak tengok kemenangan best tu.

jom ramai-ramai join contest GAMBAR BEST kat blog ni plak.. (^^,)

Monday, June 07, 2010

Jangan Over Percaya!!

Salam mesra semua. semoga sehat walafiat sentiasa. dah sehat, jangan pula tak jaga kesihatan. karang sakit senang datang.

Kali ni asada si jejaka baik hati mau kongsi kisah benar. aku agak terkejut dengan kisah ini. tidak sangka kebahagiaan yang begitu sempurna pada pandangan aku tu musnah begitu saja. semoga cerita ini menjadi pengajaran kepada kita semua. tak kira lah, lelaki atau perempuan. ini kisah tentang kepercayaan dan musnahnya kepercayaan.

Kisah seorang gadis kecil molek yang dilamun cinta seorang jejaka. cintanya bermula dengan bahagia secara rahsia walaupun mulut orang mengata sana-sini. pertengahan juga bahagia setelah memperkenalkan sang lelaki kepada semua kenalan. pasangan itulah paling bahagia dari cerita-cerita si gadis. namun secara tiba-tiba punah! sekarang, hanya tinggal kesedihan dan sejarah.

Bukan kisah cintanya yang aku nak ceritakan. tapi kisah keyakinan dan kepercayaan yang berlebih diberikan kepada sang lelaki. aku tidak tahu siapa jahat. papa jahat? mama jahat? atau orang ketiga yang jahat? sendiri fikirlah..

Sang lelaki ingin memulakan perniagaan. yakin dengan kewujudan sang lelaki, gadis itu meminjamkan wangnya. jumlah sangat besar bagi seorang pelajar yang masih belum punya gaji. duit untuk pengajian dipinjamkan. perniagaan maju namun wang belum dikembalikan. mungkin kerana nak 'santai' sahaja. sang lelaki kan bakal jadi suami. pernah pula menyebut pasal lamaran nak kawen.

Tapi segalanya musnah! sang lelaki berpacaran dengan perempuan lain. perempuan baru yang muncul tu rasanya dah tau si lelaki punya kekasih. adeh! dalam kesibukan exam si gadis dapat tahu benda ni dengan bukti-bukti kukuh. kesian mengenang nasib si gadis. harapannya berkecai. si gadis mungkin risau dengan wang yang dipinjam belum dipulangkan. bukan setakat itu, pengajian juga tergendala. sayang kan..

Ini bukan kisah gossip artis. cuma sebagai peringatan bersama. jangan terlalu yakin dan percaya yang melampau sehingga memusnahkan diri. peringatan juga.. plz lah!! jangan mempermainkan perasaan orang laen. jangan ambik kesempatan atas kepercayaan orang.

Sungguh sayang pengajian si gadis yang tergendala.. semoga suatu hari nanti akan bertemu juga dengan pasangan terbaek untuk dirinya..

**Bercakap pasal pasangan.. aku bila la agaknya akan berkawen.. hahaha..

gambar tiada kaitan dengan entry.. hehe..

nota kaki :
alang-alang ni.. mau ajak anda join CONTEST GAMBAR BEST by asada.. hadiah dari egypt untuk dimenangi~ (^^,)

Saturday, June 05, 2010

Hadiah Dari Egypt Untuk Dimenangi!!

CONTEST INI SUDAH DI TUTUP..

Salam mesra salam muhibbah kepada anda. semoga anda berada dalam kebahagiaan dan ketenangan. terima kasih yang tidak terhingga kepada anda yang memberi sokongan kepada blog ini. yeah!! tanpa sokongan anda blog ini tiada seri.. anda membuatkan hati ini berbunga-bunga.. Terima Kasih, Terima Kasih & Terima Kasih asada ucapkan..

Pejam celik, pejam celik.. Wallaweh!! ini adalah entry ke 100 asada!! hohoho~

Dengan rasa bestnya asada menganjurkan sebuah contest untuk para blogger. ye lah.. asyik asada je yang join contest. memang best sangat join contest, leh menang hadiah free! hehe.. kali ni biarlah asada pulak yang buat. hope ada yang sudi join..

Syarat-syarat adalah sangat mudah!!
  • Buat satu entry khas dengan tajuk Contest Gambar Best by AsaDa. UPLOAD GAMBAR TERBEST yang anda ada. tak kiralah gambar anda sorang atau ramai-ramai. takpun gambar orang kenduri kawen. asalkan bukan gambar lucah. yang pasti, gambar tu anda punya.. bukan cilok dari pakcik google atau orang lain.
  • Ceritakan kisah sebelum atau semasa atau selepas gambar tu di capture secara ringkas mengikut kreativiti anda. jangan panjang sangat sampai cecah lantai. karang merangkak asada nak baca..
  • Copy banner di atas. letakkan di dalam entry dan di side bar blog anda. pastikan ia di-link terus ke entry ini.
  • Anda boleh letak seberapa banyak gambar. tetapi hanya satu gambar daripada anda dipilih untuk dipertandingkan.
  • Dah siap buat semua syarat, letakkan link atau url entry anda tu di ruangan komen entry ini untuk asada terjah. selesai..
  • Nama peserta akan asada letak dan link kat tepi blog ini. so, sila bagi nama glamour anda.
  • TARIKH TUTUP PENYERTAAN IALAH 1 JULY 2010.. masuk je 2 july, tutup..
Penilaian pemenang adalah berdasarkan:
  • Gambar dan kisah di sebalik gambar yang TERBEST & MENARIK akan dikira sebagai pemenang.
  • Juri penghakiman adalah asada dan kawan-kawannya. hehe..
Hadiah Pemenang-pemenang :
  • Pemenang tempat pertama akan menerima set Kristal Egypt berbentuk Piramid dan hadiah misteri khas daripada AsaDa..
ni hadiah untuk pemenang tempat pertama..
  • Pemenang tempat kedua juga akan menerima set Kristal Egypt berbentuk Piramid dan hadiah misteri khas daripada AsaDa..
ni hadiah untuk pemenang tempat kedua..
  • Pemenang tempat ketiga akan menerima hadiah misteri daripada Asada. jika penyertaan adalah menggalakkan, Asada akan menambah bilangan pemenang mengikut kesesuaian.
yeah!! apa lagi.. jom la godek-godek folder gambar tu.. cari gambar yang best punya untuk join contest ni.. tak kira la gambar kucing atau beruang.. janji gambar tu anda yang punya, bukan pakcik google, bukan milik orang lain..



nota kaki :
peserta contest digalakkan untuk follow blog ini supaya mudah mengetahui perkembangan contest ini. tiada paksaan.. heee =)

Friday, June 04, 2010

Apa Yang Happy Sangat?

Salam mesra kepada anda. semoga sentiasa sihat dan bahagia bersama insan tersayang. wallaweh.. dah macam bunyi surat "kepada adinda di kampung".. kepada yang masih dalam musibah, bersabar dalam mengatasi segala dugaan.. dengan ucapan 'semoga sukses selalu'..

Selamat hari Jumaat yang indah. semoga hari yang penuh berkat ini kita mendapat lebih banyak kebaikan. aku masih lagi dalam suasana bahang asmara berapi EXAM. baru permulaan.. belum sampai tengah musim exam lagi ni. hahaha..

Beberapa hari yang lepas, maCy comel telah bagi assignment yang best. pasti ramai yang dah kenal siapa maCy ni.. ada syarikat besar siap dengan cawangan di seluruh dunia. tapi orang lain yang punya, bukan mathila mansor.. hehe..

ini macy.. gambar diculik dari facebook beliau.

jom menerjah dan menjawab soalan-soalan ni semua..

soalan 1 : Adakah anda happy sekarang?
  • Sebenarnya aku kurang happy sekarang. masih dalam mode struggle untuk exam. uhh.. nak berhepi pun berpada-pada. takut ter-over pulak..
soalan 2 : Kenapa anda happy?
  • Owh.. aku hepi bila anda yang membaca blog ni pun hepi. hehe..
soalan 3 : Apa yang membuatkan anda happy?
  • Banyak benda yang membuatkan aku happy.. bila dapat sembang ngan mak ayah, aku hepi. bila boleh jawab soalan exam, aku hepi. bila dapat hadiah, aku hepi. bila permintaan diperkenankan, aku hepi. aku hepi bila dapat buat orang hepi.
soalan 4 : Pernahkah anda menerima tag?
  • Alhamdulillah.. banyak tag yang orang bagi. ingat jugak orang kat aku. terima kasih banyak-banyak kepada yang bagi tag.. =)
soalan 5 : Nyatakan warna yang anda suker.
  • Hijau.. damai bila melihat kaler yang ceria. tapi blog aku kaler coklat. hahaha..
soalan 6 : Apa yang kamu fikir tentang orang yang tag kamu?
  • macy pemilik tunggal blog cahaya humaira.. friendly orangnya walaupun beliau kata beliau pemalu. sangat jujur dalam berkata-kata, terkadang laser jugak. selalu je beliau kata tengah lapar. tapi sebelum tu dia dah makan.. hepi dapat kenal macy.. baik hati orangnya.. leh ajak kongsi macam-macam cerita. heee =p
soalan 7 : Siapa yang kamu ingin tag?
soalan 8 : Nyatakan sifat orang yang anda tag. nak tulis panjang berjela pun tak apa. asalkan anda happy..
  • Cik Jari.. kenal melalui alam maya.. lom pernah jumpa. seorang student USM yang berkaliber. haha.. sangat kuat kekeluargaan beliau. selalu bagi nasihat kat kawan-kawan. sangat baik hati dan bertolak ansur.. ye ea? hihi =P
  • Mawaddah.. seorang yang kuat makan n aku dah bagi award kuat makan kat beliau. selalu datang jenguk aku kat blog ni dengan senyuman. lepas dia komen, mesti dia larikk.. hihi.. adah ni sebenarnya seorang yang baik hati.. sila kembang idung adah.. lalala~
soalan 9 : Adakah anda happy dengan apa yang anda ada?
  • Alhamdulillah.. sangat hepi dengan apa yang aku ada sekarang. walaupun camtu sentiasa berusaha untuk mendapatkan yang terbaik. yeah!

yeah! dah habes.. hohoho~

Thursday, June 03, 2010

Kehidupan Dalam Bas Di Cairo, Egypt

Salam mesra salam muhibbah kepada anda. semoga sentiasa sihat dalam bahagia. kepada yang tengah demam tu, jangan lupa makan ubat. kalau melarat cepat-cepat pergi klinik. semoga cepat sembuh..

Penat aku ni pun tak hilang lagi. kalau nak diceritakan kisah semalam, terasa cam datang balik segala penat lelah tu. haha..

Cuaca semalam punyalah panas. naik bas di kala tengahari yang membahang.. nasib baik dapat seat dalam bas yang dah macam tin sardin tu. tetapi malangnya, orang yang berdiri di sisi pokpek-pokpek dengan orang yang duduk di belakang aku. dari mula-mula naik bas sampailah aku turun. dekat luar bas dia sambung lagi! bersembang pulak dengan suara nyaring.. satu bas boleh dengar! ya ampunn... sabar je la.

Dengan bunyi hon yang membingitkan di luar bas, ditambah pulak dengan pokpek-pokpek yang bersambung-sambung kisahnya, terasa sungguh menyeksakan. nasib baik tak terkeluar semula makanan yang aku santap pagi tu.. uhh.

Itulah kehidupan harian ketika berada dalam bas di Cairo. meh aku kongsi gambar-gambar yang aku google tadi tentang "Bus in Cairo"..

Bas merupakan pengangkutan awam utama di Cairo. memang banyak sangat bas. teksi dan van sewa pun banyak. untuk perkhidmatan jimat belanja atau save budget, bas adalah pilihan utama.

Satu benda penting yang perlu anda ambil tahu, bas tidak akan berhenti sepenuhnya untuk kaum lelaki yang nak naik. driver hanya akan mengurangkan laju dan pandai-pandai engkau la kejar naik bas tu. nak turun pun sama! tapi untuk kaum wanita, driver sangatlah prihatin..

Pernah dulu member aku tertiarap atas jalan time turun dari bas! kesian pun ye.. nak gelak pun ye.. heee =P .. alhamdulillah, setakat ni aku belum lagi tersungkur.. hampir tersungkur tu ada.. uhh!

Bas adalah tin sardin. orang akan berpusu-pusu masuk ke dalam bas walaupun tau bas dah penuh. kalau dah takde ruang, diorang akan bergayut di pintu bas! sangat dahsyat! walaupun macam tu, tak semua bas padat, ada jugak yang santai-santai kat dalam tu. tapi kebiasaannya kena survive dengan pelbagai karenah. kalau tak tahan, naik teksi je la.. tapi bayaran berlipat kali ganda mahal la bai..

Tambang bas awam adalah sangat murah! paling mahal adalah LE2 [RM1.15 ikut tukaran sekarang] untuk perjalanan yang jauhnya lebih kurang sejam perjalanan. paling murah ialah LE0.50. tahun 2007 dulu LE0.25 je! siyes sangat murah.. baru-baru ni ada bas baru yang memulakan perkhidmatan. kaler merah.. tambang mahal sikit dari bas lama tu. tapi servis tetap sama! adeh..

Alhamdulillah.. kat Malaysia kita takde la berhimpit sangat dalam bas. sebab bas kat malaysia ada had penumpang. kat Egypt takde! dia sukat ikut kemampatan orang kat dalam bas..

hahaha.. entry ni bukanlah nak melemahkan semangat student baru yang nak datang ke Egypt cam shahira ariff. cuma ingin berkongsi pengalaman di Cairo. ini adalah pengalaman hidup. yeah! baru tau camana hidup kat negara orang lain. susah senang sendiri tanggung..

jom tengok cmna traffic kat Cairo.. klik je sini



nota kaki :
pada pengamatan aku, kehidupan kat kampung di sini lebih best dari bandar Cairo. walaupun takde tempat nak berjalan sangat, tapi sangat mendamaikan..

Tuesday, June 01, 2010

Akilah Dan SengKwang

"Masih dalam mode study untuk exam.."

Salam mesra kepada anda. semoga hari anda bersama kebahagiaan dan keceriaan. dalam kebahagiaan itu, jangan lupa untuk titipkan rasa kesyukuran ke hadrat ilahi atas segala nikmatnya.

Wallaweh! pejam celik, pejam celik, tup tup dah masuk 1 June 2010. semoga hari yang mendatang lebih banyak kebaikan dan ilmu yang kita raih. jom mulakan June dengan senyuman..

Dikesempatan ini jugak nak ucapkan Selamat Hari Gawai Dayak untuk mereka yang meraikan perayaan ini. "Gayu Guru Gerai Nyamai".. kalau kat Sarawak dah best jalan-jalan raya ni. lama dah tak sambut gawai. uhh! last join berziarah 2006 dengan arwah cikgu Junaidi.. memang cam sambutan raya puasa jugak tu.

Agak panjang intro kali ni. haha.. jom kembali ke trek sebenar pulak..

Dalam entry yang lepas aku ada tunjuk gambar lakonan si Akilah menyamar jadi teddy. siapa akilah? Akilah ni kucing kesayangan family aku. hohoho~ [bukan kawan Kim Pink Octopus]

Akilah asalnya milik cucu seorang auntie cina bernama Aki.. July 2009, auntie Aki ni bagi kat kitorang sebab tak suka dengan bau najis kucing. menangis-nangis cucu beliau bila anak kucing ni diberi kat kitorang.

Pada mulanya ada dua ekor, Akilah & SengKwang. nama ni sempena nama "Aki". bila masuk family melayu, jadilah "Akilah". SengKwang pulak sempena nama suami auntie Aki ni. hehe..

SengKwang mati kena serang dengan kucing jantan yang jahat! 'ujang' nama dia. kucing orang rumah belakang yang selalu merayau datang ke rumah kitorang.. ni menurut kisah akak aku.. tak tau kisah sebenar camana. mungkin ujang takut SengKwang mengatasi kehenseman dia kat kawasan tu.. lalu dibunuhnya lah Sengkwang tu..

Aku sempat jugak jaga Akilah & SengKwang masa kat rumah dulu. kecik lagi time tu. ni semua pic akilah dah besar. apa yang best, diorang sangat aktif. selalu bergusti manja dua ekor ni. kalau goncang kotak whiskas, berlari dengan lajunya diorang datang. sampai terbabas melanggar pintu pun ade. haha..

Time memandikan diorang, mula-mula meraung-raung takut dengan air. tapi bila dah basah, diam.. merelakan diri diperlakukan apa saja. tabiat aneh usah kata la, ke mana saja kaki melangkah, di situ la dia bergurau dengan kaki kita.

Dalam banyak-banyak kucing kat rumah, Akilah je yang selalu duk sama-sama tengok tv. haha.. kita baring, dia pun baring jugak dekat kita.

Kucing-kucing kat rumah ade port lepak masing-masing. ada yang port lepak kat kedai depan. ada yang port ruang tamu. si Akilah pulak port kat dapur depan tv.. meriah jugak rumah dengan kucing-kucing ni.

walaupun banyak kucing kat rumah, tapi sorang adik perempuan aku tetap takut dengan kucing. entah apa la yang ditakutkan sangat. selalu jugak kenakan dia dengan kucing ni. hehe :P