Monday, May 31, 2010

Laknat Buat Israel!!!

Bila buka komputer tadi aku terpaku, marah baca pasal serangan komando israel terhadap kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza. bikin hati panas! rasa marah yang teramat sangat! laknat buat israel!!
Gambar komando Israel mendekati kapal bantuan ke Gaza [Berita Harian]

Orang tak buat kacau, dia yang berlebih-lebih. memang mencabul undang-undang kemanusiaan dunia. melampau!! yang bikin hati panas, kapal Mavi Marmala tu tak bawak senjata apa-apa pun. nak menyerang balas macamana??? menurut laporan al-Jazeera 15 orang terkorban dan ramai yang cedera. mungkin ramai lagi..

Dimaklumkan sukarelawan dari Malaysia turut berada dalam kapal Mavi Marmala yang juga menyertai misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza.

Tak tau situasi sekarang.. cuma hanya dapat berdoa. semoga mereka yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini selamat. dan kepada mereka yang telah terkorban, semoga Allah meletakkan mereka dikalangan hamba-Nya yang syahid.. Amiin..

Sama-sama kita mendoakan keselamatan mereka yang terlibat..

Lagi berita perkembangan tentang serangan kapal Mavi Marmala kat link di bawah

Sunday, May 30, 2010

Kemaafan

wallaweh! salam mesra kepada anda.. semoga berada dalam gembira dan bahagia. sudah habis hujung minggu, bersedialah untuk memulakan minggu yang baru esok. semoga minggu baru ini memberi lebih banyak kebaikan kepada kita semua. yeah! hadapi dengan senyuman..

semalam aku dikejutkan dengan seorang kawan yang sedang emo. tapi aku tetap jugak nak bergurau. itu namanya tak mengira tempat.. akibatnya 'orang tu' melenting~ terus off semua benda yang meng-connect-kan diri di alam maya..

alhamdulillah.. 'orang tu' sudah kembali reda seperti sedia kala sekarang. siap mengirim salam lagi. tak tahu lah pulak 'salam sayang' atau 'salam rindu'. hahaha..

terasa lega bila 'orang tu' sudah ok. cuma katanya masih belum benar-benar sihat.. semoga 'orang tu' sehat cepat.. takut pulak karang aku bergurau dia melenting lagi.. hee =P

apa-apa pun.. itulah kuasa kemaafan. dengan memberi kemaafan kedua-dua-nya akan berasa lebih ringan untuk menghadapi dugaan yang mendatang. semoga ukhuwwah yang telah terjalin ini sentiasa tersimpul erat..

perlu diingat jugak. sudah tahu diri buat salah, jangan tak reti-reti nak mintak maaf. nak kumpul untuk hari raya lah tu.. isk.. isk.. selagi punya masa.. mohonlah kemaafan andai ada terbuat salah.

jom! buat renungan bersama :

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dikalangan kamu bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah ; (sebaliknya) hendaklah memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu ; tidakkah kamu suka jika Allah mengampunkan dosa kamu? dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
[Surah An-nur ayat ke 22][surah 24:22]

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, hendaklah dia memelihara hubungan silaturrahim.
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]


nota kaki :
terima kasih yang tidak terhingga kepada anda yang memberi semangat dan mendoakan kejayaan saya.. heee =) masih dalam mode exam.. tapi akan tetap juga rehat-rehat sambil berjalan-jalan di alam maya~

Tiada Niat Mahu Lukakan Hatimu..

Entah apa aku nak merepek ni. masih dalam keadaan hati yang kurang selesa mungkin penyebab benda yang dah ditaip dipadam semula beberapa kali. hari ni belajar sesuatu yang baru.. kalau nak bergurau mestilah kena dengan tempatnya. mungkin itu masalah aku, bila bergurau tak mengira tempat sehingga ada yang mengambil hati.

maafkan aku.. tiada niat untuk menyakitkan hati. andai 'orang tu' datang membaca entry ini.. sepuluh jari ini aku susun mohon ampun dan maaf.. lain kali tak buat lagi..

"maafkan saya.. tobat tak buat lagi dah.. plz.. jangan denda saya macam ni.." rayu Akilah..

Kadang-kadang kita rasa, tak apa bila buat begitu dan begini.. tapi bagi sesetengah orang, benda itu menjadi sesuatu yang sangat sensitif bagi dirinya. jadi kita perlu berwaspada dalam mengambil apa jua langkah dan tindakan. [errkk!! cam kena batang hidung je ni..]

apa-apa pun.. nasihat si asada jejaka bersalah yang telah mengalami pengalaman itu.. jangan bergurau dengan orang yang tengah emo. silap-silap parang tertanam atas kepala.




nota kaki :
aku duduk exam hari ni.. tapi hati terasa kurang senang sebab sudah buat salah.. adeh! doakan aku boleh buat yang terbaekk punya..

pelakon bergaji dalam gambar, akilah kesayangan family aku..


jom melancong ke blog Aku, Kau dan Mereka by maCy.. get well soon macy!!

Friday, May 28, 2010

Rahsia Piramid Dan Sphinx Di Giza

Salam mesra kepada anda. semoga sentiasa bahagia dalam kesejahteraan. senyum-senyum selalu, semoga hari anda lebih ceria seindah sinar suria. hehe..

Seperti yang tertera pada tajuk entry ini, asada si jejaka kacak akan berkongsi cerita tentang piramid dan sphinx di Egypt. beliau bukanlah ahli arkeologi yang pakar. bukan juga pengkaji sejarah. tapi mahu juga berkongsi sedikit pengetahuan tentang kewujudan piramid.

gambar : asada si pengkaji tiada gaji berlatarbelakangkan 3 piramid di Giza.

Piramid merupakan tarikan utama pelancong ke Egypt dan merupakan salah satu binaan purba yang masih kukuh sehingga hari ini. terdapat tiga piramid utama di Giza iaitu piramid Khufu, piramid Khafre dan piramid menkaure. terdapat juga enam lagi piramid kecil lain berada di sekitar piramid utama yang diberi nama Pyramids of Queen.

Piramid Khufu atau piramid Cheops[dalam bahasa Greek] merupakan piramid tertua dan terbesar di antara tiga piramid di Giza. Dipercayai dibina sebagai kubur firaun Khufu dan memakan masa lebih 20 tahun untuk disiapkan sekitar 2560BC. piramid ini menjadi binaan ciptaan manusia tertinggi selama lebih 3800 tahun iaitu setinggi 138.75 meter. lepas tu muncul la Lincoln Catheral di England memintas ketinggian piramid ni. hehe..

Peta kompleks piramid di Giza [gambar dari google]

Piramid kedua dibina pada pemerintahan firaun Khafre [anak firaun Khufu] yang diberi nama piramid Khafre[pyramid of Khafre]. kalau tengok dalam gambar cam piramid Khafre ni lebih tinggi kan. sebabnya ia dibina pada paras tanah 10 meter lebih tinggi daripada piramid lain. tinggi sebenar hanya 136.4 meter.

Piramid ketiga dan terkecil dinamakan piramid menkaure [pyramid of Menkaure]. dibina pada pemerintahan firaun menkaure setinggi 66 meter dan keluasan tapak ialah 108 x 108meter. sebuah keranda batu yang cantik dipercayai milik firaun menkaure dijumpai tertanam sedalam 16 inci di bawah tapak piramid ini. malangnya pada 13 oktober 1838, keranda itu tenggelam di laut semasa pemindahannya ke England. yang ada di British Museum sekarang ni hanyalah keranda yang berbentuk seperti manusia. huhu..

gambar : asada (yang hensem kat tengah) di depan pyramid of Khafre.

Binaan lain yang terdapat di kompleks piramid ini adalah patung sphinx. para pengkaji sejarah Egypt percaya ia dibina sekitar 2555BC ke 2532BC. namun ada yang berselisih pendapat pasal bila benda ni dibuat samada sebelum atau selepas pemerintahan firaun Khafre. Great Sphinx of Giza merupakan batu peringatan terbesar dan patung ukiran tertua di dunia. wallaweh!

gambar : asada (yang macho di sebelah kanan) di depan Temple of The Sphinx.

Lagi satu, hidung dan janggut sphinx ni dah takde. ada cerita mulut ke mulut orang arab egypt dan ditulis oleh Al-Maqrizi [ahli sejarah egypt] dalam bukunya mengisahkan Muhammad Sa'im al-Dahr datang mencabar patung Sphinx yang dianggap sebagai 'tuhan rezeki' supaya menambahkan hasil tanaman. oleh kerana terlalu fanatik Sa'im al-Dahr ni terus memecahkan hidung Sphinx itu. akibatnya beliau dihukum gantung atas kesalahan vandalisme.

Ada jugak kisah lain menyatakan hidung tu hilang pasal askar Napoleon yang tembak. tapi.. mengikut kajian asada, hidung Sphinx tu pecah sebab telah ditumbuk oleh Ultraman!! hahaha.. memang susah nak percaya.. tapi tengoklah gambar kat bawah ni..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


gambar : Ultraman taro memecahkan hidung Sphinx yang telah meretakkan mata bentuk telurnya.

Apa-apa pun.. banyak lagi tempat-tempat lain yang menarik di Egypt selain piramid. masakan tidak, selain terkenal dengan nama Bumi Anbiya', Egypt juga menyimpan sejarah tamadun manusia tertua. kepada peminat arkeologi, Egypt merupakan antara negara paling top untuk dijadikan lokasi lawatan. hehe.. promote Egypt lak aku ni..

Terima kasih kepada anda yang sudi melayan. next time aku cerita lagi berkenaan tempat-tempat lain pulak. hehe..





nota kaki :
maklumat ini diambil dari wikipedia dan buku-buku yang aku pernah baca. kalau ada kesilapan maklumat di mana-mana, sila bagitau.. hee =)

Wednesday, May 26, 2010

Makanan Yang Sedap

Salam mesra salam muhibbah. semoga senyuman bahagia sentiasa bersama anda pada hari ini. namun begitu, jangan sangka panas sampai ke petang, mungkin juga hujan akan turun di tengahari. kepada yang dalam musibah, semoga dugaan itu dapat ditempuhi dengan penuh ketabahan.

Apa-apa pun, senyuman mesra tetap saya hadiahkan kepada anda. semoga dengan memberi senyuman, hari anda lebih ceria. hehe.. budget hot menggoda punya senyuman aku ni kan. hahaha..

Entry ni bukan nak kata aku kuat makan, tapi sebenarnya aku suka makan. oleh kerana suka makan tu la aku jadi banyak makan. hee..

Habit kuat makan ni bermula time aku datang ke Egypt. entah mana datang 'nafsu makan tanpa henti' tu pun aku tak tahu. bayangkan berat badan aku naik dari 52kg ke 62kg. uhh.. sungguh rindu saat kegemukan. berat aku paling teruk menyusut jadi 49kg selepas aku demam teruk selama seminggu tahun 2008. sampai sekarang susah nak naik balik tapi berat tetap mantain atas 55kg.

Bercerita pasal makanan, menu yang paling aku suka, mee kari @ mee jawa. kalau kat malaysia, inilah yang aku cari. paling nikmat bila berbuka puasa makan mee kari ni. pehh.. kalau di Sarawak, resepi mee kari yang paling top bagi aku ada kat J&J Cafe. [mesti cuba!!] aku letak gambar mee jawa tadi, teringin lak nak makan. hahaha..

Bila dah sampai kat tempat orang ni, aku mencuba macam-macam menu. nama pun pelik-pelik.. Shawerma [kebab], Kushairi [campuran makaroni], Nasi Hadralmaut [nama dahsyat giler], Kibdah [hati lembu], Takmiah.. banyak lagi lah makanan orang egypt ni yang sedap-sedap. paling popular Firakh Mashwi [ayam bakar].

Shawerma atau dalam bahasa kita, kebab. [gambar dari google]

Yang bulat coklat gelap tu la takmiah. letak takmiah dalam roti bulat tu, letak campuran salad & sayur, makan. kalau nak lebih perasa, tambah la dengan benda dalam piring tu. entah apa nama benda tu. lupa dah.
[gambar dari google]

Masa mula-mula datang, takmiah ni la jadi kegemaran. tapi yang aku makan takde la sebagus macam dalam gambar tu. pasal aku beli kat kedai kecik je, bukan restoran besar. harga pun murah. cepat siap dan sedap dimakan. hehe..

Seakan sudah panjang lebar entry ni. aku tiba-tiba nak bercerita pasal makan hari ni setelah mendapat 'award kuat makan' dari blog Gerai Opah.. blog gerai opah ni banyak resepi makanan. leh la terjah kalau nak dapat resepi. entah macamana la Opah dapat mengesan kekuatan aku dalam aktiviti makan ni ea.. hahaha..

Ini la award kuat makan tu.. Thanks too Opah sebab sudi bagi award ni.. kena lengkapkan ayat ni, SAYA MEMANG KUAT MAKAN KERANA saya suka makan. bila makan perut saya akan kenyang.. hehe :P

award kuat makan ni jugak aku bagi kat orang yang aku sudah sedia maklum bahawa diorang ni memang kuat makan. siyes! hahaha..
  • MaCy.. dia ni memang kuat makan. asik mengadu lapar je. padahal baru je lepas makan. isk. isk..
  • Yana Kenja.. dia ni pulak sah-sah kuat makan. siap menganjurkan contest 'aku dan makanan itu' lagi..
  • Keyyah.. yang ni tak padan dengan kecik. makan sampai licin pinggan. bukan satu.. tapi ada banyak pinggan.. tu yang boleh join contest 'aku dan makanan itu'..
  • Mawaddah.. ni sama cam keyyah tu jugak. seangkatan. hahaha..
korang kena bagi kat sape-sape lagi yang korang tau diorang tu kuat makan. hehe.. bagitau gak camana korang tau..




Akhir kata daripada model makan tidak berbayar di atas.. makan untuk hidup, jangan jadi hidup untuk makan. hahaha.. kurangkan manis dalam minuman, jangan sampai dah 'putus kaki' sebelah baru nak berhenti makan manis.. dah terlambat dah bai.. heee =)

Monday, May 24, 2010

Ponteng Sekolah

Salam mesra kepada anda. semoga sehat-sehat saja dengan hati yang gembira. kepada yang masih dalam masalah, berusahalah untuk mengatasinya. jangan mudah mengalah. yeah!

Hari ni aku seakan-akan nak demam. adoi.. badan terasa lemah dan mula memanas sejak awal pagi tadi. harap akan turun juga panas ni. sekarang hanya banyakkan minum air kosong. belum terdesak untuk telan ubat-ubatan. sungguh tak suka bila demam..

Zaman sekolah menengah dulu, demam semacam ni la yang ditunggu-tunggu. kadang-kadang tu buat-buat demam. sebabnya akan dapat cuti rehat & ada orang bawak ke klinik. semasa di tingkatan 1 dan 2, aku tak suka memonteng dengan pura-pura demam. tak hairan la jadi pelajar pintar kesayangan. kahkahkah..

Tapi bila masuk form 3, aku sudah mula tunjuk belang. cuma terkantoi time form 5 bila cikgu letak dalam buku rekod, 4 hari aku memonteng! ayah menjeling, "orang suruh ke kelas, kamOo memonteng!" .. tak kena marah sangat sebab result aku mantain 'ngetop'. hehe..

Taktik best aku, datang sebelah pagi untuk ambil kedatangan, selepas waktu rehat aku terus balik ke asrama. entah apa yang seronok bila memonteng.. duduk di asrama merendam maggi & tido. bila warden datang tanya, beri alasan kurang sehat. lalala~

Memonteng bukanlah benda yang bagus. banyak pembelajaran dalam kelas yang kita akan terlepas. 50% pelajaran tu kita dapat dari pengajaran cikgu di kelas, lagi 50% atas usaha kita mencari. kalau dah lepas 50%, terang-terangan la kita rugi besar.. **motivasi daripada bekas kaki ponteng. hehe..

Zaman sekolah rendah. selama 6 tahun bersekolah, hanya sehari aku tak hadir. itu memang demam teruk. muntah-muntah. betapa berdisiplinnya aku dengan pengawasan ayah yang strict. kalau setakat hingus meleleh takkan dapat excuse!

Gambar perhimpunan sekolah rendah dulu, awal 1990-an.. bangunan sekolah pun masih bangunan lama. sekarang tak wujud dah bangunan ni. dirobohkan tahun 2001. aku tak suka masa perhimpunan sekolah rendah sebab ada pengawas yang check kuku panjang!

Ni zaman baru, aku tak pernah merasa bersekolah di sekolah yang serba lengkap camni. gambar ni dapat daripada adik aku. adik aku yang bongsu, depan sekali di barisan lelaki paling kanan.. dia ni lasak di sekolah, balik sekolah mesti dengan baju putih yang kotor teruk.

Semua ni pengalaman bersekolah.. banyak yang menyeronokkan bila dikenang. sekarang ramai kawan-kawan sekolah dah kawen. ada yang dah beranak pinak. aku ni bila lagi agaknya akan kawen.. hahaha.. tertukar topik kawen plak dah.. heee =)

senyum-senyum selalu =P

Sunday, May 23, 2010

Aku Tidak Sejiwang Romeo

Salam mesra kepada anda. semoga ceria selalu dengan senyuman bahagia. senyuman itu pengubat sengketa. kalau muka masam mencuka, orang tengok pun mencebik sama. try senyum sikit, pasti ada hati yang tumpang gembira.

Kepada yang masih berduka dalam musibah, bersabarlah. setiap yang berlaku samada baik atau buruk, pasti ada hikmah di sebaliknya.

Waahh.. intro penuh dengan 'caring' si penulis. Love is sharing.. ke sharing is love? hehe..

Bila bercakap pasal love, maksudnya berbicara soal hati. aku tidaklah sejiwang kasih Romeo pada Juliet. tidaklah sehebat romantiknya lakonan Shah Rukh Khan. walaupun begitu tahu dan sedar aku sehensem hrithik roshan. hahaha..

Aku punya hati, aku punya rasa. jantung pun aku ada, masih fresh belum dibedah. alhamdulillah, masih sehat untuk bermadah, menaip di keyboard untuk berkongsi kata yang tidak terungkap.

layan.. yang ini madah untuk si dia.. pernah terjadi pada aku.. ini terjadi bila insan sudah jatuh cinta..

Bila hati sudah cinta
segalanya manis tidak terkata
semua bertukar menjadi gula
kaki tersandung, kepala terhantuk, semua tak apa.

Bila hati sudah cinta
tidak cantik pun jadi lawa
semua harga boleh ditawar
duit keluar bagai nak gila
sebab nak pikat gadis tercinta.

Bila hati sudah cinta
hati tak susah hilang gulana
semua masalah tiada aralnya
sebut saja pasti kan ada.

Bila hati sudah cinta
dulunya selekeh jadi bergaya
muka berseri senyum menyapa
apa kau buat ni? dah nak gila?

ohh..
Bila hati sudah cinta
kau kata gila, ku senyum saja
tak kan ku marah bukan nak auta
kerna hati dah jatuh cinta.

Wahai puspa karangan jiwa
hatiku ini terlalu cinta
sudikah kiranya dikau terima
aku yang hina lagi kedana
jadi pendampingmu setiap masa
pelindung dirimu tika sengsara
katakan saja apapun jua
pasti ku lunas bersama cinta

Duhai sayang pujaan kanda
daku berjanji tetap setia
walau tsunami datang melanda
cintaku jaga sepenuh jiwa

~[nukilan 7 january 2010]~

Yang sebenarnya, bukan soal cinta hati ini yang aku nak cerita. kisah ini gara-gara award yang aku dapat dari blog the Pink Octopus yang ditulis oleh Kim. "I Love Your Blog" kata Kim.. thanks Kim.. tak sangka ada yang suka blog ni. hehe..

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua followers blog ni. tanpa anda semua blog ini ibarat taman tiada berbunga. umpama kebun tidak berbuah. andalah penyeri saya!! TQ.. TQ.. TQ.. anda memang best!!

Inilah award tu. lawa!! siap guna kertas buku latihan sekolah lagi. hehe..

Bagi kat 5 blog yang anda suka. sikit sangat dia suruh tag 5 blog saja.. sebabnya, banyak lagi blog-blog yang aku suka. mana mungkin aku jatuh cinta dengan dunia blogging tanpa ada blog-blog semenarik blogger semua!

Tapi tak apa.. kita kongsi bersama.. love is sharing kan..

5 blog ini juga menarik seperti blog anda.. nak terjah? jom! click saja link itu..

Blog Tari Jemari by Cik Jari
  • Blog pertama yang aku kenal. banyak benda aku belajar dari blog ni. blog contoh pertama aku & cik Jari ialah follower pertama blog ini. thanks Cik Jari..
Blog Its Not Easy To Be Me by Cik Helena
  • Blog ni banyak tutorial pasal nuffnang & blogging. contest pertama yang aku join ialah dari blog cikhel.. walaupun tak dapat menang. uhh..
Blog Mofasad by Farid Fernandez
  • Blog ni sempoi. banyak isu-isu hangat menjadi pengisian blog ini yang dikupas dengan cara tersendiri oleh farid. best! jangan sampai gelak tak hengat..
Blog Ain Fathihah by Ain Fathihah
  • Blog ni boleh dianggap sebagai blog otai jugak. bermula seawal 2007.. bercerita tentang kehidupan dengan cara penceritaan yang best! hehe.. blog ni pernah citer pasal aku.. hahaha..
Blog When The Girl Talk by Cik Anis Diyana
  • Blog ni bercerita tentang kehidupan seorang guru, tentang kekeluargaan & kekawanan. apa yang menarik, aku suka bahasa dan cara penceritaan dalam blog ni.



nota kaki :
gambar yang kat atas tu gambar di tasik buatan kat park yang aku photoshoot hari tu. hehe..

Friday, May 21, 2010

Kisah Jejaka Di Taman Bunga

Salam kepada anda semua. semoga berada dalam kebahagiaan dan ketenangan. bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberi semoga dengan kesyukuran itu kita tidak terus hanyut dan leka dalam kesenangan.

Wallaweh.. dah macam khutbah jumaat. sama-samalah kita saling beringat ea.

Kali ni nak kongsi gambar-gambar time bercanda di taman bunga hari isnin dan selasa ri tu. lama punya kisah baru hari ni nak bercerita. ye lah, asik ada je kerja yang kena dibuat. hehe..

Setelah sekian lama aku pendam hajat nak ke park ni, akhirnya aku pergi hari isnin ri tu. tapi malangnya takde sapa pun nak teman. uhh!

Aku pergi sorang ke Al-Azhar Park. tak kira, camana pun aku nak pergi jugak. musim bunga dah nak habis. kang tak sempat nak menikmati keindahan musim bunga di taman. hahaha..

Cuaca sangat best, tak panas.. angin bertiup nyaman. bunga sedang kembang mekar. tapi malangnya.. bateri kamera buat hal! tak puas hati betul la.. baru separuh taman aku jelajah, bateri dah kong. bengkak giler hati..

Dengan rasa tidak puas hati aku keluar dari park lalu terus menuju ke Khan Al-Khalili. (nanti aku citer pasal Khan Al-Khalili ni)

Aku plan lagi nak pergi esoknya pulak (selasa). bila dengar aku citer bunga tengah kembang mekar, member aku nak join sekali. so ade la member ambik gambar kalau nak berposing di taman. hahaha..

jom layan gambar..
Aku seronok lak tengok budak berlari-lari kat sini.. bahagia je diorang ni..

Bunga chrysanthemum.. hari first aku pergi dapat ambik gambar bunga-bunga n pemandangan je. takde orang nak ambik gambar aku. hahaha..

Ni aku tak tau bunga apa. sungguh kalerful.. kat taman ni ramai couple dating. huhu..

Hari kedua penuh dengan gambar pelbagai pose. hahaha..

Layan jer la dak ni..

Ni atas bukit yang paling tinggi.. dapat lihat bandar Cairo..

Hehe.. rumput kaler hijau yang macam karpet..

Guling-guling turun bukit..

Dah penat.. makan ice cream.. riang gembira..

Ni nengok sunset.. tapi matahari kurang menyerlah lak petang tu..

view ni lawa.. bawah bukit ni ada tasik buatan. lawa gak la. siap ada air pancut..

hohoho~ takat ni la dulu gambar.. koleksi gambar kat park tahun ni banyak giler. lain hari aku taruk gambar yang dekat tasik tu. tak banyak gambar kat tasik sebab kat situ ramai sangat orang couple dating. cam mengganggu lak kalau aku ambik gambar. hahaha..

Masa pegi ke sini memang tenang, nyaman. menghijau je.. susah gak nak jumpa tempat di Egypt hijau camni. lagi la di Cairo yang asalnya hanya padang pasir.

Park ni kira setiap spring aku mesti pegi. tahun ni agak terlewat, so ada bunga yang dah mula gugur..

Oh ye.. ada sorang minah salleh kiut pandang-pandang aku je ri tu. mesti nak ambik gambar sama-sama tu. tapi sori la, bateri dah kong. hahaha..



nota kaki :
aku cam berminat gak nak jadi photographer cam adam adamaya tu. hahaha..

Tuesday, May 18, 2010

Mangsa Ugut Buka Mulut

Salam kepada anda semua.. semoga berada dalam kesihatan dan kebahagian. kepada yang masih dalam kancah musibah, bersabarlah, pasti dengan kesabaran itu ada banyak kebaikan yang anda dapat.

Dua hari blog ni senyap tanpa entry. sampai maCy pun dah bising, tanya bila nak ada entry baru. sebenarnya aku telah diugut untuk meletakkan nama maCy. tapi bukan kisah ugutan ni yang aku nak cerita. ini kisah ugutan yang benar-benar terjadi pada tahun 2005..

Dikesempatan ni jugak nak ucapkan thanks kat Nuraisyyah yang bagi tag ABC kat asada. sambil bercerita ni, asada selesaikan tag yang diberi. namapun tagged kreatif. tapi aku ni takde la kreatif sangat. hahaha.. jom layan citer..


A - Aku pernah kena ugut masa duduk kat kelantan dulu.

B - bengkak giler hati ni bila handphone kena ambik.

C - Cuba jugak kejar pengugut-pengugut yang ramai tu tapi tak sempat.

D - Diorang lari lepas tu naik motor, berdesup je hilang.

E - Entah ke mana diorang bawak handphone tak seberapa tu.

F - For your information, time tu aku berdua je ngan kawan aku, baru habis bershopping barang untuk balik raya.

G - Giler punya bengang, aku pegi kat pondok polis bagitau benda yang dah jadi tu.

H - Hahaha.. kelakarnya, boleh pulak polis tu tanya aku nak buat aduan je ke nak buat report.

I - If nak mengadu je, dengan mak aku pun boleh..

J - Jap lepas tu, sorang abang polis ni bawak aku pegi balai untuk buat report.

K - Kat balai ni aku tulis la cerita detail peristiwa ugutan tu dengan bantuan sorang akak polis.

L - Lepas tulis-tulis tu, aku hantar report tu kat sorang lagi brader polis di bangunan sebelah n dia bagi nombor report & ape semua yang berkaitan.

M - Macam tu rupanya buat report.. ye la, tu first time. dulu pernah jugak kena tahan dengan polis, tapi takde la buat report. hahaha..

N - Nak dijadikan cerita, esoknya aku ngan kawan aku ni keluar lagi pegi Kota Bharu jalan-jalan, pastu terserempak la dengan geng yang mengugut semalam.

O - Oh my God!! nervous jugak.. pastu aku terpandang sorang laki yang agak familiar.. rupa-rupanya brader polis semalam!!

P - Polis tu tengah follow 5 orang pengugut tu persis james bond yang sedang menyelesaikan tugasan. (dia menyamar jadi orang awam)

Q - Question di sini, siapa kata polis malaysia tak hebat??

R - Rasa-rasanya la, geng yang mengugut aku tu termasuk dalam geng yang paling disuspek polis kat Kota Bharu tu kot..

S - Setelah aku keluar dari tempat persembunyian dalam kedai jeans di tepi jalan, aku tak tahu dah ke mana arah diorang pegi.

T - Tu lah.. memang takde rezeki nak dapat balik handphone pertama aku tu. habis hilang semua nombor skandal yang aku simpan..

U - Untuk pengetahuan korang, benda ni jadi 3 hari sebelum aku balik KL. pastu nak balik ke sarawak plak.

V - Vavi vetul mamat-mamat desperado tu.. sanggup diorang buat aku camtu..

W - Walaupun camtu, aku tau ada banyak hikmah disebalik kejadian ni. kalau takde kes ugut tu, takde la ayah aku bank-in duit lagi. hehe :P

X - X-factor dalam setiap kejadian tu pasti ada. kita je kadang-kadang tak tau..

Y - Yang peliknya.. sampai sekarang aku tak tahu apa perkembangan kes tu lepas sampai ke sarawak. hahaha..

Z - Zaman berganti zaman, kurun berganti kurun.. kes tu hilang dipuput angin.. lalala~

Kisah ni jadi pengalaman ngeri aku. sebelum tu aku memang alert, orang selalu pesan.. kalau nak naik bas, tunggu driver bas tu naik, baru kita naik. tapi hari tu aku ngan member aku naik awal sebab kat luar hujan renyai..

memang geng pengugut desperado ni aim awal-awal dah. tak sampai seminit kitorang kat atas tu, dah kena serang. aku sayang nyawa dari harta.. kang tak bagi dia hempuk dengan topi keledar.

ahh.. kisah dah jadi. hahaha.. ambik sebagai pengajaran. berhati-hati di mana jua anda berada. penjenayah sentiasa mencari peluang untuk buat onar..

Kenangan di Kota Bharu, Kelantan. gambar ni 28 July 2005, aku ngan member keluar pasal nak jalan-jalan ambik gambar time birthday. hahaha..



nota kaki :
kepada che kechik.. nanti asada buat ea tag tu. heee =)

Saturday, May 15, 2010

Peristiwa Hari Guru

Salam Hari Guru buat semua.. semoga berada dalam kebahagiaan dan gembira selalu. tanda gembira.. senyumlah selalu.. hehe =)

Kalau masa sekolah rendah dulu, antara hari yang paling aku suka di sekolah ialah hari guru. masing-masing bawak hadiah nak bagi kat cikgu. aku suka tu sebab takde belajar dalam kelas. hehe..

Sangat ramai cikgu yang pernah mengajar aku. begitu banyak ilmu yang aku perolehi. sungguh! tidak terbalas.. masakan aku boleh membaca tanpa bimbingan cikgu-cikgu semua..

Cikgu Saloma, cikgu paling garang mengajar bahasa melayu masa tahun 3. kepala kawan aku pernah kena tenyeh ke papan hitam gara-gara letak kaki atas meja semasa beliau ada di depan kelas. hahaha.. kalau sekarang mesti kes polis terus kot.. huhu..

Cikgu Fatimah, cikgu kajian tempatan & bahasa melayu tahun 6.. terus terang, ayat dan nasihat cikgu fatimah banyak terkesan kat aku. pernah kena denda berdiri luar kelas sebab tak siap kerja rumah kajian tempatan. itu first n terakhir!

Cikgu Norasmah, cikgu bahasa inggeris.. sampai sekarang masih mengajar bahasa inggeris. orang pertama yang mengajar kitorang sekelas choral speaking. best!!

Lagu ini didendangkan semasa hari guru.. sungguh bermakna!! aku pun pernah jadi cikgu! jom layan lagu ni..

video

Ucapan Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua guru-guru di Malaysia.. khususnya kepada cikgu-cikgu yang amat berjasa kepada saya..

Cikgu-cikgu di SK Dato Traoh.. Cikgu Malik Haraman, Cikgu Noriah Endong, Cikgu Fatimah, Cikgu Norasmah, Cikgu Sharifah, Cikgu Saloma, Cikgu Ling Lee Lee, Cikgu Fatimah Mahrup, Cikgu Awg Fadzelah Awg Matusin, Cikgu Ahet, Cikgu Zulkifli, Cikgu Chua H. Leong, Cikgu Rogayah, Ustazah Fatimah, Cikgu Samad, dan ramai lagi.. {dapat ingat cikgu yang mengajar kelas saya je.. heee.. }

Juga cikgu-cikgu di Pesantren Abdul Taib Mahmud.. Cikgu Bolhan Omar, our best principal ni! Ust Ahmad Fauzi Mighfaza Hj Abdul Syukor, Ust Fuad Abd, Jabbar, Ust Ahmad Sharkawi, Cikgu Abdul Rahman, Ustazah Hadiah, Cikgu Mogeret, Cikgu Sharifah, Cikgu Norrita Sapiee, Cikgu Faridah, Cikgu Rafidah, Cikgu Syarifuddin, Cikgu Saifuddin, Cikgu Zulkarnain, Cikgu Maad Simin, Ustazah Mariam Sangkero, Cikgu Faizan, Cikgu Basok, Cikgu Siti Puspa, Ust Rafaiee, Cikgu Rosnah, Ust Hamid, Cikgu Yan, Cikgu Dewi, Ust Khaironi..

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan.. kalau dulu boleh deklamasi sajak depan cikgu.. sekarang tak dapat dah. terasa cam otak sudah berkarat mengarang sajak. hehe :P

Juga selamat hari guru kepada rakan-rakan yang sekarang dah jadi cikgu, kepada kawan-kawan yang bakal jadi cikgu.. hehe.. Selamat Hari Guru!! yeah!




nota kaki :
al-fatihah untuk arwah cikgu Junaidi yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun lepas. terkejut dengan pemergian beliau di usia yang masih awal bagi aku.. beliau mengajar bahasa Inggeris dan music di kelas aku suatu ketika dahulu. best! aku dan kawan-kawan lain rapat dengan beliau walaupun beliau tidak lagi mengajar kami. semoga roh beliau berada dalam golongan orang yang beriman.

Kita Kawan Kan...

Dalam hidup, kita perlu ada kawan.. mana mungkin kita boleh bersendiri.. siapa kawan ni?

pernah ada ungkapan.. "kalau kita nak tahu kehidupan seseorang tu, tengoklah kawannya.. kalau kawannya baik, insyaAllah, baiklah orangnya. kalau kawannya jahat, berwaspadalah." ..

pernah dengar pepatah.. "kalau kita berkawan dengan si penjual minyak wangi, kalau tak banyak, pasti ada sedikit wangian ada pada kita.. kalau berkawan dengan pesawah, pasti ada tercalit sedikit sumur di mana-mana." ..

kali ni aku nak kongsi email yang aku terima daripada seorang kawan lama.. email ni pun dah lama.. jom sama-sama hayati..

Kawan bukan macam main futsal,
mula-mula kejar.. dah dapat, SEPAK..

Kawan bukan macam skateboard,
mula-mula gosok.. lepas tu PIJAK..

Kawan tu bukan macam main ragbi,
mula-mula tangkap.. dah dapat, TENDANG..

Kawan tu bukan macam pampers,
dah pakai, BUANG..

Kawan bukan macam barang kemas,
masih baru, pakai.. dah sengkek, GADAI..

Kawan bukan macam pelangi,
time cerah takde, gerimis datang baru nak muncul..

Kawan bukan macam kereta,
rosak sikit, JUAL.. ambik kereta baru..

Kawan bukan macam chipsmore,
kejap ada, kejap takde..

Kawan tu bukanlah bank,
bila takde duit, pegi sana ambik duit..

Kawan ni macamana ea??

Kawan takkan biarkan kawannya menangis, bersedih, berduka dan sebagainya..

Kawan sejati adalah kawan yang dapat diajak duduk berbincang tentang pelbagai perkara..

Kawan.. akan sentiasa bersama walau dalam apa jua situasi, sentiasa di belakang memberi sokongan, berada di sisi mengawasi langkah, sentiasa di depan menunjuk arah..

-sallam-

wallaweh!! entry ni pun aku bawak sekali award yang amirah kasi hari tu.. wah.. seolah-olah sungguh best bila dapat award camni. oh! lihatlah dunia.. wahahaha.. >.< kepada nama yang tersenarai di bawah ni. sila ambik award ni dan tempekkan kat sidebar korang.. bagi jugak kat 20 komentor tertinggi untuk menerima "Sunshine Award" ni..

Adah, Keyyah, MaCy, CikHel, Farid Fernandez, ShiMawar, CikAidaComei, Arieza, AKi, Si Jari Telunjuk, Ann Saichou, Zulaikha, Hanie@Nisya, Paani, NichKhun, Zulaikha Bukan Penggoda, Zella, Amirah Rashid, Aien_Raz, Ain Fathihah


"apa yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kepada kawan-kawannya.."

kepada anda semua.. senyum-senyumlah selalu =)

Friday, May 14, 2010

Masalah Lelaki Yang Perlu Anda Tahu

Salam pembaca semua. semoga berada dalam keadaan sihat walafiat. kepada yang masih sakit-sakit, makan ubat ea. kalau melarat, bawa pegi klinik. bahaya biar lama-lama. sekarang dah bermacam jenis penyakit muncul. check awal, lebih selamat.

pesanan oleh Biro Tindakan Kesihatan blog asada ryutaro. heee =) ..

Entry ini bukan untuk melemahkan kaum adam. walaupun tak semua bermasalah, tapi kebanyakan orang lelaki memang bermasalah. jadi kena terima lah.
Kelemahan yang ada pada kita bukan untuk diperam, tapi untuk diperbaiki. berusahalah mengatasi segala kelemahan itu untuk menjadi orang yang lebih berjaya. jom kita tengok apa masalah orang lelaki ni..

001
Bila perempuan layan dengan baik, lelaki akan kata.. "minah ni jatuh cinta kat aku la"
tapi..
Bila perempuan tak layan, lelaki akan kata.. "pehh.. sombong giler perempuan ni"

002
Bila perempuan pakai baju lawa-lawa jumpa dia, lelaki akan sangka.. "minah ni nak ngorat aku la ni, pakai lawa-lawa.. padahal jumpa kat depan pintu je."
tapi..
Bila perempuan pakai selekeh.. lelaki akan kata.. "minah ni kuno betul.. orang ke apa ni?"

003
Bila perempuan membangkang, lelaki akan kata "keras kepala betul minah ni.."
tapi..Bila perempuan diam senyap, lelaki akan kata.. "takde otak ke?"

004
Bila perempuan lebih bijak, lelaki akan kata.. "ala.. aku saje bagi chance kat dia"
tapi..
Bila lelaki lebih bijak, dengan bangganya lelaki kata "hahaha.. orang hebat, biasa la"

005
Bila perempuan tak cintakan dia, lelaki akan sedaya upaya memujuk & merayu.
tapi..
Bila perempuan dah cintakan dia, sedaya upaya lelaki cuba meninggalkan perempuan tu.

006
Bila perempuan luahkan masalah kat dia, lelaki akan kata "banyak betul masalah minah ni, heh!"
tapi..
bila perempuan tak mau kongsi masalah, lelaki akan kata "ala.. you ni tak percayakan i la.."

007
Bila perempuan membebel, lelaki akan kata " you ni macam mak nenek tau.. hari- hari bebel kat i."
tapi..
Bila lelaki yang membebel, lelaki akan kata.. "i bukan apa, i sayang kat you.."

008
Bila perempuan tak tepati janji, lelaki akan kata.. " you ni tak leh dipercayai la"
tapi..
Bila lelaki tak tepati janji, lelaki akan kata.. "i terpaksa buat macam ni you.. "

009
Bila perempuan merokok, lelaki akan kata.. "pehh.. minah merokok. gila teruk dia ni."
tapi..
Bila lelaki merokok, lelaki akan kata.. "merokok baru la gentleman.." [merokok membahayakan kesihatan]

010
Bila perempuan sakiti hati, lelaki akan kata.. "you ni kejam kat i.. sampai hati you.."
tapi..
Bila lelaki pulak yang buat, dengan selambanya lelaki kata.. "ala.. you ni sensitive la.."


haaa? macamana? kalau terasa kelemahan diri, perbaiki lah.. ala.. bukan lelaki je bermasalah, perempuan pun bermasalah jugak. sape yang takde masalah, memang "bahagia" sangatlah hidup.. lalala~


nota kaki :
thanks to SyAmSuL AnUaR from SyamSul StOrY coz benarkan asada terjemah benda ni. hehe.. tapi dah ubah sikit. =)

Thursday, May 13, 2010

Walau Jauh Dekat Di Hati

Salam kepada anda semua, semoga berada dalam kebahagiaan, kegembiraan dan ketenangan. kepada yang ditimpa musibah dan dugaan, tetaplah bersabar dan teruskan usaha mengatasi segala cabaran. semoga dengan usaha itu anda dihadiahkan dengan kejayaan.

Wallaweh.. giler best punya intro. hehe..

Tajuk entri ni seolah sebuah entri jiwang mat bunga yang romantik. mentang-mentang dah dapat personaliti romantik dari blog maCy hari tu, terus dalam hati tumbuh taman. hahaha..

Duduk di perantauan memang kena tahan rindu. kalau tak tahan, mula la 'homesick' tak habis-habis. makan tak kenyang, tido tak lena.. silap hari bulan, kena ayat sikit terus nak sentap.

Bukan nak kata aku hero sangat bila duduk berjauhan ni. pernah jugak sentap bila lama sangat tak dapat nak bersembang dengan mak & ayah. dulu bukan main aku gelakkan kakak di jordan yang nanges-nanges time call rumah. bila sendiri dah merasa, hambek.. dekat cyber cafe aku sentap! entah apa penyebab aku pun tak tau..

Semalam buat temu janji nak call rumah guna yahoo messenger. akak siap ajak atok datang. sebelum tu, hari ahad lepas bersembang ngan mak & ayah. selama duduk berjauhan camni, ni la first time dapat ber-webcam. bukan main hepi lagi.. tiada lagi 'jauh di mata'. hahaha..

Kitorang buat conference. aku, adik & akak.. tapi yang conquer depan lappy mak ngan apoi. best! sembang-sembang, gelak-gelak.. rindu yang teramat sangat.. tapi tak sentap. hahaha..

Semalam agak kecewa.. sebabnya aku tak dapat sembang lama ngan atok gara-gara line yang agak lembab. time macamni la nak buat hal. geram giler.. adik aku lagi la teruk, terus tak dapat nak sembang sebab tak dengar suara. dapat tengok muka je. sian dia. hihihi...

Walau berada jauh dari mereka semua, tapi tetap terasa dekat bila boleh ber-webcam camni, rasa terubat sikit rindu. dapat jugak tau perihal orang di rumah. semoga semua mereka berada dalam kesejahteraan & sihat walafiat sentiasa. amiin..

Kepada mereka yang duduk berjauhan dengan parents.. hantar-hantar la jugak berita kat mereka. walaupun sekejap. terubat rindu, hilang risaunya.. hehe =)

Wednesday, May 12, 2010

BEST VACATION PHOTO CONTEST by mekchu

Ni dia semangat nak menang contest sudah mari. kali ni BEST VACATION PHOTO CONTEST by mekchu. mesti ramai yang dah tau pasal benda ni. aku dah pasang iklan ni kat sidebar blog berkurun lama, tapi baru hari ni berkesempatan nak upload gambar.

wallaweh! kepada sesiapa yang nak join sama, click la banner kat atas tu. hadiah best menanti anda. hohoho~ ..

kalau ikut dari syarat contest, sorang boleh hantar banyak-banyak gambar tapi hanya 1 gambar yang akan dipilih. aku sebenarnya naik blurr bila memilih gambar nak masuk contest. jadi dengan selambernya aku upload la banyak gambar sekali. takpe ea mekchu. hehe..

sebenarnya, gambar-gambar ni adalah trip yang aku ikut sempena cuti musim sejuk lepas, 21 Februari 2010. banyak jugak lokasi lawatan. antaranya, makam imam sya'rawi di Mansoura, meninjau bandar Mansoura. lepas tu menuju ke Dumyat (lebih kurang 3 jam perjalanan dari Mansoura). di Dumyat melawat ladang kurma n ladang gandum. kemudian ke pantai mengutip kerang. tapi aku tak kutip kerang pun. duk photoshoot tak sudah-sudah.

perjalanan disambung lepas lunch. kitorang pergi ke Ras El-Bar iaitu tempat permulaan sungai terpanjang di dunia. dalam perjalanan sempat singgah ambil gambar di atas jambatan yang menyeberangi sungai Nil. Dumyat terkenal dengan seafood, so makanan laut memang sangat murah berbanding di tempat lain.

aku pilih letak gambar dari percutian ni sebab dalam trip ni sungguh enjoy. seharian aku gelak kot. memang enjoy habis! photoshoot di mana-mana. hahaha.. happening lah.. tambahan pulak ni first time dapat datang ke Dumyat. so gambar-gambar ni semua kat Dumyat. hehe..

Gambar paling happening di Ras El-Bar

Ladang kurma n gandum

cari gaduh.. hehe..

Berlari ke pantai

Mengontrol macho

Duduk lepas penat

Menengok sunset.. tapi matahari tak nampak.

Rumah api di muara sungai Nil

Waterfront

Lompat melompat.. yang ni pun happening jugak..

Bas tak rosak.. tapi diorang rajin nak tolak. jimat minyak bas..

maklumat yang diperlukan untuk contest ni :

nama Glamer : Asada Ryutaro
Tarikh : 21 Februari 2010
Tempat Percutian : Ras El-Bar, Dumyat @ Damietta, Egypt.

nota untuk mekchu :
ingat nak buat banyak entry untuk satu-satu gambar, tapi takut susah lak mekchu terpaksa bukak satu-satu.. boleh di terima kan kalau camni?