Alhamdulillah.. masih lagi bernafas dalam Ramadhan Kareem. sama-sama ambik peluang untuk dapat ganjaran yang berlipat kali ganda. Ramadhan ni kira bulan untuk 'over time' nak dapat gaji lebih. siapa rajin buat OT, dapat la banyak 'gaji' untuk 'raya' nanti.
Kesempatan ni nak kongsi apa yang saya dapat daripada tazkirah Ramadhan. benda ni simple je. tapi, kadang-kadang benda yang simple camni la yang kita terlepas pandang. sebelum kita terlepas pandang, meh layan sekejap.
Seperti yang kita sudah maklum, berpuasa di bulan Ramadhan ni termasuk dalam rukun Islam. jadi tak lengkaplah Islam kita kalau tak dilaksanakan. lain la kalau dah memang layak mendapat pengecualian..
Pertama : Golongan Umum, tak special.
Puasa golongan ni hanya menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara lain yang membatalkan puasa sahaja. tak lebih dari itu.

Kedua : Golongan Khusus, Teman ViP Ramadhan.
Puasa golongan ini bukan hanya menahan diri dari makan dan minum, bahkan pancainderanya turut berpuasa. lidahnya berpuasa dari menyebut kata-kata yang buruk dan sia-sia. matanya berpuasa daripada melihat perkara mungkar. telinganya berpuasa daripada mendengar umpatan, fitnah dan hiburan yang melalaikan. tangannya berpuasa daripada melakukan perkara yang tidak wajar. kakinya juga berpuasa daripada melangkah ke tempat maksiat atau yang menjuruskan kepadanya.

Ketiga : Golongan Kelas Atasan, Teman VViP Ramadhan.
Puasa golongan ini puasa yang hebat. bukan hanya berpuasa seperti golongan pertama dan kedua, malah lebih tinggi hebatnya. hati golongan ini turut berpuasa. maksudnya di sini, hatinya berpuasa dari niat-niat yang buruk. hati dijaga dengan rapi dari lintasan maksiat. apa yang ada dalam hatinya ialah zikrullah dan menuju tahap taqwa kepada-Nya. beginilah puasa yang dimiliki oleh para anbiya'..
*****
So.. kat mana kita? adakah kita masih sama dengan puasa kanak-kanak yang tak sabar menunggu masa berbuka ataupun lebih advance time berbuka terus melahap tak ingat dunia, lepas tu tersadai tak dapat nak buat apa?Mahukah kita berada ditakuk yang lama setelah berbelas-belas, berpuluh-puluh Ramadhan yang telah dilalui? tak majukah amalan kita? cukupkah dengan begitu saja?
Keputusan akhir untuk mengubah terletak di tangan kita sendiri. sama-sama muhasabah diri, gandakan iman, tingkatkan amalan.
Salam Ramadhan daripada ASaDa RyutaRo =)
Nota kaki :
banyak lagi benda yang kena diperbaiki dalam diri. terasa sikit benar amalan untuk jadi bekalan di hari kemudian.
Nota kaki :
banyak lagi benda yang kena diperbaiki dalam diri. terasa sikit benar amalan untuk jadi bekalan di hari kemudian.
selamat menjadi VVIP!
ReplyDelete;DDD
Ass-salam dik
ReplyDeleteBersama berusaha untuk digolongkan kepada golongan yang terbaik...insyaAllah
good info.terima kasih:)
ReplyDeletesemoga kita sama2 menjadi golongan yg vvip yg diharapkan:)
selamat berbuka puasa:))
sy tiada dalam senarai. huhu.
ReplyDeletehati maCy berpuasa pada 1 ramadhan sahaja.. :(
ReplyDeletesalam ramadhan.
ReplyDeletemesti cuba jadi yg VVIP nh~
terima kasih atas info yang sangat bermanfaat...
ReplyDeletep/s: risau andai ini Ramadhan terakhir, tapi masih tak dapat mujahadah nafsu. =(
InsyaAllah kita sama2 berusaha mencapai yang terbaik dalam menjadi hamba Allah
ReplyDeleteerkkkk
ReplyDeleteinsaf2~ ;(
sama-sama la kita memperbaiki diri ke arah lebih baik
ReplyDeletethx for sharing the info =)
ReplyDeletewa takde num 2 - 3 tu.
ReplyDelete:P
good info asada
aku rasa aku vvip kut
ReplyDeleteekekekek
P/S : Kalau Minum Batal Puasa Kan?
selamat berpuasa bro...=)
ReplyDeletemasih berada di tengah-tengah kot,antara golongan pertama & kedua..
ReplyDeletekena upgrade lagi amalan.. insyaAllah Ramadhan tahun ni lebih baik drpd thn2 lpas..amin
ramadhan karim....hehehehhehe
ReplyDelete:D
ermmm btol la tu... hehehe stuju 200% =)
ReplyDeleteeheh.
ReplyDeletemencuba utk menjadi vvip
insyaAllah
;)
banyak laie yang tak sempurna ngan posa aku.....
ReplyDeletesama2 la kita baiki amalan. insyaallah.....
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yg sebelum2nya..(^^)
ReplyDeletesemoga mampu menjadi yg terbaik...
ReplyDeletecarilah keredhaan-Nya dibulan mulia ini.. insya Allah...
semoga kita berada di tmpt vvip...
ReplyDeleteinsyaallah..
harap dapt berdada dalam golongan yang ketiga itu
ReplyDeleteyuk berusaha! puasakan hati kita semua..
ReplyDelete*bila Ramadhan menjelang, lagu yang paling disukai adalah dari Raihan dan ManBai- Harapan Ramadhan.
"Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna. Agar dapat kulalui. Dengan sempurna. Selangkah demi selangkah. Setahun sudah pun berlalu "
-setahun dah berlalu, adakah tahun depan kita masih bernyawa untuk mengimarahkan Ramadhan..wallahualam-
yg pasti telor pose penuh hehhe...percaye x?
ReplyDeleteselamat menunaikan ibadah puasa
ReplyDeleteharap tergolong dlam vvip :) amin..
ReplyDeleteadah rasa asada ni puasa kanak-kanak yang tak sabar menunggu masa berbuka..yer tak??
ReplyDeletelarikk...hahahaha
selamat berpuasa... jom gi makan eskem.. Zu belanje ;) lalala..
ReplyDeletethx kongsi bro~
ReplyDeleteermm nak tny...
menu arab..
apa yg bes??
hehhehe
Salam Ramadhan,
ReplyDeleteLebihkan amalan dibulan Ramadhan ni, semoga kita bukanlah orang yang berada dikalangan Pertama : Golongan Umum, tak special.
Jadi VVIP Ramadhan sasaran kita.
yg jadi VIP pon lom tentu....huhu
ReplyDeleteamal masih jauh..
bagus!!!
ReplyDeletesemoga kite menjadi lebih baik!
perbanyakkan amalan di bulan mulia nie..moga2 berpanjangn tuk selamanya..
ReplyDeletebanyak3 kan amalan.. insyaAllah..
ReplyDeleteinsyallah, kita sama2 berubah menjadi yg terbaik ok...;)
ReplyDeleteNICE!!!sgt menarik~nanti ada masa,baca yg ni pula..kot2 ada kesinambungan cerita?
ReplyDeleteBulan puasa kita perlukan makanan rohani,kan? Cerita terbaru di blog.kisah si tudung labuh~dan kisah nafsu~
nak masuk dalam golongan kedua pun susah.. apatah lagi nak masuk golongan ke tiga.. tapi,harus juga diusahakan agar tergolong dalam golongan tu.. huu~
ReplyDeletethanks for sharing nway.. =)
moga puasa kita diberkatiii amin
ReplyDeletebulan2 puasa jangan date yea asada..hekhekk
ReplyDeletewow.. tidak terkate-kate gua nih..
ReplyDeletealhamdulillah..
ReplyDeleteterima kasih kepada encik asada kerana telah menerbitkan entri yg sangat berguna..
insaf...
p/s : comel le kartun yg tengah dating tu..buat sendiri ke..?
yaaa... sma2 la kita berpuasa seperti para anbbiya'.... amin ~
ReplyDeletemengingatkan padaa yg lupe...bagus2...terima kasih taro...sebolehnyew xnk jd golongan pertama...
ReplyDeleteinsyaAllah same2 berusaha utk memperbaiki diri dan mengumpul bekalan utk hari kemudian...
matlamat sepanjang hayat: VVIP =)
ReplyDeleteaku berharap puasa diterima...yang mana ya
ReplyDeletejum sama2 jadi vvip ramadhan.. =)
ReplyDeleteslamat menjadi vvip dlm ibadat berpuasa...
ReplyDeleteselamat berpuasa semua...!
ReplyDeletemari kita target puasa yg tertinggi sekali !!!
ReplyDeletehamba Allah:
ReplyDeleteassalamualaikum Budak Malaysia.ana mohon share ya...